Daisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Tuesday, February 23, 2010

3rd checkup @ 20 weeks..

beza checkup yg lepas dgn yg ni adalah 2 minggu.
sebab apa 2 minggu?
sbb sang ibu tak cukup Hb (hemoglobin).

baby 20 weeks dah comey cenggini..

apa findings dari checkup kali ini ya puan2..
mari kita lihat..

1. oleh kerana bulan ni dah amek darah, maka takdak blood test utk visit kali ni.. (penat den pulun makan ati.. makan ati? hehe..)

2. berat last 2 weeks adalah 43.5kg.. kali ini adalah 46.9kg.. yaaa.. sgt hebat. fes taim dlm idup berat melebihi 45kg. sgt kagum kt diri sendiri walaupon disaun oleh cik misi kerana berat berlebihan. hahaha..

3. lepas tgk berat, misi tanya, "dah minum air gula ka blom?".. ok, lepas dgr soklan ni, aku rasa dah nak lari wat checkup kt private plak. hahaha..

4. kena inject 1st dose utk kancing gigi (kalau tak silap). masa misi nak cucuk, buat2 pandang dinding dgn muka rilek.. padahal cuak dah. haha.. teringat blk cucuk BCG masa darjah 6 dulu. pahtu mlm td tidor tertindih bahu tu plak.. huuuu.. amek obatnya..!

5. ada buat urine test. tp dia takdak ckp apa2 result pon dari urine test tu..

ok. tamat.

next checkup adalah pada 22 march..
selamat tambah darah, wahai sang ibu.. ;D

>> kena kurangkan mkn mayonis.. bles ke? mak kata, jgn peduli ckp misi. makan saje nak makan apa pon.. hehe..

Thursday, February 18, 2010

Maternity Checklist..

*last update: 23 June 2010 - at 38 weeks.. (14 days to go..)
:)

for baby

Clothes:
[ ] baju lengan pendek = 5-6 helai .:: dah beli 5 lai ::.
[ ] baju lengan panjang = 5-6 helai .:: dah beli 5 lai ::.
[ ] seluar pendek = 5-6 helai .:: TAK beli ::.
[ ] seluar panjang = 5-6 helai .:: dah beli 10 lai ::.
[ ] mittens/booties = 7-8 pasang .:: dah beli 5 psg ::.
[ ] topi (kalau nak) .:: dah beli 2 ::.

Bedding:
[ ] tilam/bantal/sarung .:: dah beli ::.
[ ] baby cot (kalo rasa perlu) .:: kakak bagi ::.

Bathing:
[ ] bath tub baby .:: besen saje ::.
toiletries:-
[ ] sabun .:: dah beli ::.
[ ] bedak .:: dah beli ::.
[ ] syampu .:: dah beli ::.
[ ] losyen .:: dah beli ::.
[ ] baby oil .:: dah beli ::.
[ ] sikat .:: TAK beli ::.
[ ] nail clipper .:: dah beli ::.
[ ] minyak yuyi/telon .:: dah beli ::.
[ ] cotton bud .:: dah beli ::.
[ ] kiddie bud .:: dah beli ::.

Essential:
[ ] selimut = 3-4 helai .:: dah beli 2 lai (with hood) ::.
[ ] kain lampin = 1 peket .:: dah beli ::.
[ ] tuala = 3 helai atau lebih .:: dah beli 3 lai ::.
[ ] sapu tangan = 4 helai atau lebih .:: dah beli jenis tuala muka (IKEA mari) ::.
[ ] alas plastik (nk salin lmpin tu) .:: dah beli (tp mak ckp tak perlu pon) ::.
[ ] bekas baju baby .:: dah beli ::.
[ ] pampers for newborn .:: dah beli ::.


for mummy

[ ] BREASTPUMP (cari yg quality yg leh wat double pumping) .:: dah beli kt nad (single pumping) ::.
[ ] botol2 utk storage susu perahan .:: dah beli 4oz - 4 botol ::.
[ ] maternity pad (pad biasa pon ok) .:: dah beli ::.
[ ] nursing bra .:: dah beli 3 lai ::.
[ ] disposable panties .:: dah beli ::.
[ ] nursing pad .:: dah beli 2 psg ::.
[ ] set bersalin .:: akan dibeli lepas bersalin (nak tgk samada bersalin normal @ ceaser ::.
[ ] termos .:: dah beli ::.
[ ] stokin/sweater (or cardigan) .:: dah beli ::.

* sumber: puan Lisa (my officemate)
** detailed checklist yg lain bleh tgk kt SINI dan SINI..

>> bila dah masuk 6 bulan bleh la stat beli sket2.. kalau dah 7,8 bulan baru nk pi beli, nanti tak larat nak jalan plak.. ;)

Wednesday, February 17, 2010

berat anda ketika hamil..

oleh kerana aku kena saun dgn cik misi sbb berat aku naik haritu, aku pon carik info kt tenet..
ni antara info yang sangat bagus dari Ratuhati.com berkenaan pasal tu..


Pertambahan berat semasa hamil sepatutnya bergantung kepada berat anda sebelum hamil.

Jika BMI anda...

  • BMI kurang daripada 18.5 (Kurus) - tambah antara 12.5kg - 18kg
  • BMI 18.5-25 (Normal) - tambah antara 11.15kg - 16kg
  • BMI 25-30 (Gemuk) - tambah 7kg - 11.5kg
  • BMI 30-40 (Sangat Gemuk / Obes) - tambah 7kg
  • Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg.

  • check BMI anda kt SINI..

    BMI aku sblm pregnant adalah 18.55..
    haa.. lebih sket saje..
    so, aku kena tambah berat within 11.15kg - 16kg.

    >> bak kata emak: jgn dgr sgt cakap misi tu.. ;p

    Tuesday, February 9, 2010

    2nd checkup @ 18+1 weeks..

    semalam pi checkup..
    kt klinik gomen biasa tu la..

    komen2 dari visit yg sebelum ni:

    1. "berat awak ni kurang sgt la.. sepatutnya kena capai 45kg, ni 41.5"
    - ok.. masa bujang pon lebih kurang gini gak beratnya.. nak buat camna..

    2. "Hb (hemoglobin) kurang (Anemia).. sepatutnya 11 tp awak punya 10.3"
    - mana tau.. selama ni bkn sukat pon..

    tu suma sang ibu jawab dlm ati saje ok.. hehehe..

    so, beza tempoh visit yg baru ni adalah sebulan.
    dalam sebulan tu aku berusaha la apa yg patut supaya komen2 yg tulis dgn pen merah tu tak tulis dgn pen merah lg..

    komen susulan dari visit smlm:

    1. "berat awak kali ni dah 43.5kg. awak tau tak sebelum kandungan 20 minggu, berat awak tak boleh naik lebih dari 0.5kg? lepas 20 minggu, kena naik 2kg.."
    - pulak dah.. haritu beriya ckp berat kurang. siap tuleh dgn pen merah. bila dah naik, kena taboh plak.. nak kena blasah? hehehe..

    2. "Hb awak lagi rendah dari yang haritu. dulu 10.3, sekarang jadi 9.5. awak mkn ubat dgn air apa?"
    "air masak, nurse..", aku jawab
    "brapa lama gap masa awak mkn ubat dgn mkn mknn lain?"
    "asalkan sblm mkn, saya mkn ja ubat. kdg2 5-10 minit sblm mkn", aku jawab
    "oh.. tak boleh. at least 1 jam tau. patut la Hb awak makin kurang.."
    - ok. ada ka hang kata camtu masa last visit dulu? tak kan? kt botol ubat kata sblm makan saje. tak ckp sejam sblm makan pon.. mmg nak kena blasah ni..

    sbb Hb aku makin kurang, 2 minggu lg aku kena pi check-up..
    check-up = amek darah..
    dah la darah aku sket, amek byk2 plak.
    hoh.. emo.

    ok.. ok.. ok..
    demi sang sang bayi..
    i follow, cik misi............
    (tp mak ckp, jgn dgr sgt ckp misi tu.. hehe..)


    gambar curik (dated 7 Feb 2010) dari blog nomey..

    >> saket mata. mata merah macam hantu raya.. nk boh ubat mata yg biasa takleh plak kata dokter. ada chemical la.. apa la.. sabar.. sabar..

    Wednesday, February 3, 2010

    17-18 weeks..


    snapshot of the sang bayi..
    we took at Klinik Annur, Sec 6 yesterday..

    that's all..
    ok. mommy nk p mkn koko krunch jap.

    >> sesekali ada regangan perut.. sang bayi tgh eksesais kot..