Tuesday, December 1, 2009

8 weeks..


gambar scan smlm.. tak clear sgt sbb snap dgn kamera cap ayam hp saje..

smlm MMS ke bapanya yg sedang bernafas di laut Pangkor sana..

>> mak menakan aku ckp, if kantung tu bentuk bujur (spt gambar kecik yg bawah tu), kemungkinannya baby adalah lelaki.. kalau bulat, perempuan.. adakah?

Wednesday, November 25, 2009

Expected Due Date..

aku tukar due date..
eceh.. macam suka-suka plak kan? hahaha..

haritu aku bgtau 28 June 2010..
bila aku pi check-up last week, dokter kata, lepas tgk saiz janin, dia dapat tau umor janin baru 6 weeks, then dia tukar date.
so, expected due date = 10 July 2010..

sebulan sblm posa stat tu weh..
kwang3..

teruja gak both of us dgr jantung baby yg berdegup laju tu..
bulat mata ai bila tau ada jantung dlm perut.. hahaha..

skrg ni sedang cuba utk makan dgn bersungguh-sungguh..
makanan yg paling buleh masuk adalah roti krim perisa vanila cicah milo.
kira abih sedap la tu agaknya.. <-- ayat penyedap ati. ;p

kalau tak larat nk mkn, cuba utk paksa gak selagi buleh..
kalau tak makan, angin masuk perut..
angin masuk perut, mula la nk meloya..
itu yg den tak menahan tu..

~semangatttt...!!~

gambatte ne!!


>> makan.. makan..
>>> doakan aku supaya sehat2 saje..

Tuesday, November 10, 2009

kisah aku dan kismis..

pagi tadi aku flat jap. nak bgn je rasa loya.
mujur smlm tak mkn. so, takdak apa pon yg kuar..
last2 smpai opis kul 9.30..
sblm tu singgah beli kismis buat kudap-kudapan ketika meloya..
ha... rasakan penangannya..
hehehe..

ni aku jmpe kt tenet..

10 tip mengurangkan rasa mual anda pada waktu pagi :

1. Banyakkan rehat.
Rasa mual akan menjadi lebih teruk sekiranya anda mengalami stress. Gunakan maternity body pillow untuk mengampu punggung dan perut untuk memastikan anda tidur malam dengan lebih selesa.

2. Makan sedikit tetapi kerap.
Rasa mual akan bertambah sekiranya anda membiarkan perut anda kosong.

3. Kurangkan waktu anda berada di hadapan komputer.
Kurangkan waktu anda duduk di hadapan komputer. Ini kerana paparan monitor yang berkelap-kelip berkaitan dengan morning sickness anda.

4. Lakukan beberapa pergerakan tubuh.
Jangan habiskan masa anda dengan hanya berbaring. Ia akan hanya menjadikan badan anda terasa lesu.

5. Jus minuman.
Untuk mengelakkan rasa mual, anda digalakkan mengambil jus epal yang ditambah dengan sedikit madu.

6. Buah-buahan.
Makanlah buah epal. Buah ini juga boleh menghilangkan rasa mual anda.

7. Asam.
Anda juga digalakkan untuk makan buah pir atau asam kerana ia dapat mengurangkan kesan morning sickness.

8. Pisang dan kentang.
Makan pisang dan kentang panggang sebagai sarapan pagi dapat membantu mencegah morning sickness kerana ia mempunyai potasium dalam kandungannya.

9. Pakaian.
Baju yang ketat terutama di bahagian pinggang boleh meningkatkan lagi rasa mual. Jadi, pakailah pakaian mengandung yang selesa dan tidak ketat.

10. Vitamin.
Ambil vitamin untuk kanak-kanak sebagai pengganti vitamin prenatal biasanya. Anda juga digalakkan mengambil sandwich kacang dengan madu atau bijian dengan susu sejuk.

Selain itu cubalah melalui morning sickness anda dengan aktiviti yang boleh membuat anda lebih releks. Contohnya seperti menonton TV, bermain puzzle kad atau membaca buku. Bagi mereka yang beragama Islam amat digalakkan membaca Al-Quran.

ni dari web lain lak..

1. Makan dengan jumlah yang sedikit tetapi kerap
2. Jangan berbaring selepas anda makan
3. Elakkan makan makanan yang berlemak
4. Hindari bau-bauan yang tidak menyenangkan
5. Makan makanan yang masam jika tekak terasa loya

sumber: web ni dan web ni..

>> jmpa dokter td. ada problemo sket. x pasal2 dapat MC utk esok dgn lusa.. terpaksa tido la aku jawabnya.. hehehe..

Monday, November 2, 2009

*wink* *wink*

pagi ahad (semalam), cubaan membuat pregnancy test secara solo dibuat setelah lebih 10 hari period delay.. tanpa mempunyai harapan yg tinggi.. biasa-biasa saja..

result:


uii..
siap tgk byk kali..
betui ke idak..

pahtu pi klinik lak. wat ujian pengesahan..

Alhamdulillah..
I'm 6 weeks pregnant..
expected due date: 28 June 2010..
:)

Doakan aku sihat-sihat saja..
dan menjaga kelakuan supaya lebih sopan dari biasa..
hehehe..

>> chayok.. chayok..

Thursday, October 29, 2009

5 months..

dah kawen 5 months olredi ka?


"Ya Allah, kurniakan rahmat kepada kami dan pasangan suami isteri ini, Farah dan Anas, agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki, dilanjutkan usia dan mendapat zuriat yang soleh dan solehah serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad SAW."

Amin..

>> baru teringat kt uniform putih yg dah sehari semalam rendam dlm klorok tu.. hoho..

Thursday, October 15, 2009

hadiah lagi..?

setelah 4 bulan berkahwin, aku dapat hadiah kawen lagi.. encek mohd hasben pon pelik.. tp itulah namanya rezeki..

cadar dan buku itu..

thanks to Cik Angah Lee..
btw, buku tu sangat bagus..
sangat disarankan kepada mereka yang dah berkahwin & bakal berkahwin yer.. org yg masih belum nk kahwin bleh gak baca tp takleh la nak buat praktikal. hehe.. sekadar menimba pengalaman peringkat awal leh kot.. kikiki..

>> cubaan memaksa "sleeping partner" baca buku tuh.. ;p

Tuesday, October 6, 2009

kerjaya sebagai seorang nelayan..

dunno what else to write at this blog..
hahaha..

meh cerita pasal kerjaya encek mohd hasben pulak la.. setelah dia pindah dok skali dgn sang isteri kt shah alam..

bermula dari 28 September 2009, beliau mula bertugas di Pulau Indah. ulang alik dari shah alam naik moto.. sebelum ni tak pernah tgk lagi dia bersama uniform.. cuma tau brapa jenis baju yg dia pakai ja.. tu pon aku ingat kaler saja..

ni ada beberapa fakta berkenaan encek mohd hasben:

1. malam sebelum pi kerja, dia akan kilatkan kasut, kilatkan kepala tali pinggang (bak kata lina: ni pon nk kilatkan ke?) & kilatkan lencana sauh besi yg letak kt kolar uniform tu.. (banyakknya benda nk kilat)

2. iron uniform smpai side baju tu bleh lukakn jari.. haha.. (aku tipu)

cengeynya muka.. ;p

3. kerja dari Isnin - Jumaat.. itu mmg dah termaktub cam biasa. pahtu ada tugas tambahan plak iaitu bertugas (duty) pada setiap 4 hari skali dari lepas kerja sampai jam 8 pagi esoknya.. maksudnya, kalau dia kena bertugas pada hari isnin, sesi bertugas seterusnya adalah pada jumaat (balik sabtu pagi)..

4. bekerja & bertugas di dalam bot.. bot mesti la dalam laut.. tp buat masa sekarang, bot tu tak bergerak ke mana-mana pon..

5. buat apa dlm bot? dok saja.. haha.. depends kepada head yg bg arahan.. dia lebih kepada technical (engineering)..

6. instead dia kerja as navy, dia juga sebagai nelayan.. hahaha.. sejak 2 minggu kerja, dah 6 ekor ikan hasil dia pancing dari atas bot dia bawak blk. paling besar x tau brapa kg.. tp panjangnya lebih kurang 30cm. ikan kurau, ikan gelama.. aku takyah beli ikan dah. sep.. :D

ini dia hasil laut.. ikan gelama..

7. sepanjang 8 tahun sebagai navy, pernah belayar ke 9 buah negara antaranya, pakistan, india, kemboja, australia, dll.. (katanya, sambil beliau riak menunjukkan wang² asing dalam walletnya)

kapal ni la yg dia naik dulu..

8. pernah dok kt base di Kuantan, Johor, B'worth, Lumut dan kini di Pulau Indah. 3 tahun lg mebi kena dok kt east coast lak kot..

9. dalam 2 tahun lg kena kembali ke Lumut utk kursus kenaikan pangkat ke Bintara Muda tu.. insyaAllah awal tahun dpn dah leh tempek gambar sauh semata tu kt baju..

susunan pangkat: sila baca dari kiri ke bawah..

10. tak bagi aku join navy sbb kursus dia terlalu tough.. (ke sbb aku tak berdisiplin langsung? hahahaha..)

muka berdisiplin seorang isteri..
tengok..! tengok..! (nada seperti kempen keselamatan jalanraya)

>> harini dia duty.. tah rezeki ikan apa plak bawak blk sok ni.. dpt siakap careee gak..