Sunday, August 26, 2012

Selamat Hari Raya..

Maaf Zahir dan Batin.. :-)

Ikhlas dari Farah & Anas + Aufa Farhana..
Syawal 1433H

>> setelah seminggu.. Kuikui..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, July 12, 2012

Babai puting aufa..

Setelah mendapat sedikit tips dr amoi sblh meja opis kaedah memberhentikan anak puting atau pacifier ni, ibu dia pon cuba.. Camne kaedahnya? Aku gunting puting di seperti gambar.. Siap cr puting lama dia. Sbb yg dia slalu guna tu rege RM25 (kes xmau gigi dia jd jongang).. Buntang mata ibu dia kalau gunting puting mahal. Baik sedekah kt cousins dia. Huhuhu.. pahtu, camne nk isap kalau sekerat gini kan? Janji ada je..

Hari pertama, dia meraung.. Hampir putus asa jgk la smpai hampir2 rasa nk bg blk puting spare dia (dia ada 4 puting termasuk yg kt rumah baby sitter).. Aku pi keja dgn eyebag baik punya esok pg tu.. Cam panda dah. 2nd day dia buat main je.. Isap, pahtu hembus. Siap suka plak.. Tp bila dah mamai, ada la dia tercari2 hujung kain (slalu ikat puting kt kain supaya x ilang).. Lepas2 tu ok dah..

Alhamdulillah. So, far nmpk la perubahan positif tu.. Kini dah nk masuk 2 minggu Aufa tanpa puting..
:-)

Sila la cobe2... Yg penting, parents kena byk sabar dan tahan telinga di mlm2 hari..
Hehehe...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, July 6, 2012

Happy 2nd Birthday Aufa Farhana..

Semoga menjadi anak abah dan ibu yang solehah, terpelihara dan diberkati oleh Allah, fi dunia wal akhiroh.. Amin...

Luv,
Abah dan Ibu

Tuesday, June 26, 2012

Aufa dan puting..

masa Aufa baby2 dulu, dia diberi puting utk tenangkan dia walaupon aku x berapa gemar.. Secara terpaksa.. Walau penggunaan x kerap sehingga sekarang, tp rasa susah plak nk stopkan dia. Dah ketagih la pulak.. Guane gamok?

Opismate aku seorang cina penah ckp, masa anak dia dulu, dia gunting puting tu. So bila anak dia nk isap, puting tu jadi pendek dan tak jadi nk isap. Kesan sampingan adalah amukan selama seminggu ketika tidor.. Lepas tu slowly ok.. Tips bagus gak tu.. Tp pastikan puting yg digunting tu bukan puting yg ada cap.. Nnti beli mahal2, jadi korban pulak..

Skrg kena byk survey nk hentikan dia dari isap puting.. Ala2 kempen berenti merokok la ni..
Hehehe..

Thursday, June 21, 2012

Aufa kini...

Aufa sudah hampir ke 2 tahun..
Sudah makin bijak..
Sudah makin matang..
Sudah pandai bagitahu bila dia berak..
Sudah pandai beza panas & sejuk..
Sudah pandai kira 1 hingga 10 dlm bm & bi..
Sudah pandai sikit2 ABC..
Sudah kenal beberapa huruf hijaiyah (alif ba ta)..
Sudah kenal & hafal nama sepupu2 dia..
Sudah ingat kt rumah tok sblh abah ada kucing yg byk dan kolah yg bes utk mandi..
Sudah pandai nyanyi lagu Twinkle2..
Sudah ada 3 kawan.. Bear, Mimi & Bird (si buntang)..
..dan macam2 lagi.. And keep growing..

Dah tiba masa dia ada adik..
Sebelum dia jadi mengada..
Thihihi...

> ibu doakan semua yg terbaik untuk Aufa.. Amin...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, March 22, 2012

Bahaya straw minuman kultur..

Smlm Aufa minum minuman kultur..

Sambil dok mengecak sepupu dia dari atas sofa..

Dalam sekelip mata, dia tercucuk straw dlm idung dan darah pekat kluar tak henti2 selama 5-10 min..


Panic room mettar...


Kesimpulannya, sila tuang minuman kultur dlm botol susu @ cup sebelum beri anak anda minum..

Sekian...


>> kesian Aufa.. Huhu..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, February 21, 2012

Aufa Farhana - 1 tahun 7 bulan..

Aufa yg tgh mengendeng kt Pak Njang dia.. kalau naik keta ibu dia mmg xdak harapan la nk posing kt situ..

Itulah dia.. Mcm2 dah reti.. Dari menyanyi lagu x paham smpai tadah tgn baca doa, suma buleh dah.. Dah tau apa itu "sakit", "batuk", "jatuh", dan tunjuk ibu jari sambil ckp "bes..".. Tp yg paling champion, MAKAN!!! Demam x demam, mkn ttp mkn.. Roti vanilla gardenia sebiji tu sat saje bleh lenyap ke perut dia. Rupa mcm seminggu x mkn. Hahaha..

Skrg ni tgh ajar dia gosok gigi dgn berus gigi. Sblm ni guna berus silikon kt jari tu.. Dia nk gosok sendiri tp teknik kurang betul.. So kena paksa sket. Harap2 lepas ni ok la.. Ada cuba letak toothpaste tp dia x reti ludah. Kena cuci toothpaste tu pakai jari ibu dia.. So, start slow2.. Pelan2 kayuh..

Berat dia 11 kg dah kot.. Masa cucuk 3 serangkai (18 bln) haritu dah 10 kg. Mmg dah x berdukung dah skrg. Bleh krem tgn.. Hohoho..