Daisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers
Showing posts with label Al-kesah... Show all posts
Showing posts with label Al-kesah... Show all posts

Monday, August 3, 2009

al-kisah baju pengantin.. - Episod 2

kisah pasal persalinan pertama ya udah selesei..
cerita psl gaun plak..

dkt² nak cuti kawen baru aku amek gaun tu kt umah lina. pemilik gaun iaitu Puan Adik tak sempat jumpa aku (memandangkan dia agak sarat time tu) sbb aku bz, dia tinggalkan kt OSC - One Stop Centre (umah lina). hahahaha.. (umah ko dah jd OSC la lina)

tak sempat nak tes, aku dah balik kg. BuJaL dah macam tin sardin. tin sardin pon ada ruang udara.. ngan baju la, goody bag la, periuk la, kain buruk la.. (benda pelik² tu mak aku yg pesan).

sok tu baru aku torai gaun tu.. wow weeeeeeeeee... macam prinses. tp longgar plak. almaklum la, aku 'kering' sket dari empunya gaun. almost 18 years aku tak pakai gaun. klako rase.. sbb kain dia kembang tu yg rasa cam pelik sket. slalu ada kain melekat kt kaki (e.g kain baju kurung). ni rasa cam tak pakai apa².. hahaha.. ok, aku off the record apa yg aku rasa tu. haha..

seminggu nak kenduri baru torai. elok la tu. tgk selendang yg kena pakai ngan gaun pon dah panik² ayam.. sbb xtau camna nak pakai. camna nak rehearsal ni wei.. last2, aku blasah saje, pahtu tunjuk kt mak ngan makcik aku.. sume kaget tgk gaun. bkn nk komen camna rupa aku yg bergaun dan bertudung ala kadar tu.. pahtu aku simpan balik..

masa aku cuba try tes..

kain luar tu mmg ropol² gitu..

antara komen yg paling sedap aku terima masa testing baju ni adalah..

"wah.. nmpk tinggi la plak bila pakai gaun ni.."

haa.. sebab aku pakai kasut tumit tinggi dalam kain tu. mmg la aku tinggi.. bkn sbb gaun tu.. hahahaha..

last², aku rehearsal gaun tu dgn betul (siap sarung tgn dan semua accessories) adalah pada hari perkahwinan aku.. pemilik gaun yg yg tunjuk ajar camna nak pakai sambil dia bersantai memberi arahan kepada dayang² dari atas katil saje.. hehe..

masa dayang² tgh siapkan aku.. (gmbr curik dari: blog wawa)

seb bek elok.. walaupon kena kecikkan sket guna pin kt bahagian pinggang tu.. hehehe..

kepada bakal² pengantin, jgn buat aksi camni kt pelamin yer.. sila duduk sopan² sket..
(aku dah boring tahap gaban dah time ni..)

posing dgn bapa mertua.. ewahh..

lagi 1, macam bunga tangan & crown, pagi hari kenduri tu baru org butik pengantin tu hantar kt aku. tu pon aku tgk selepas dah blk mekap, kira² 2 jam sblm majlis. kalau tak, aku petik bunga raya je la kt depan umah tu buat pegang.. hehe.. ade ke patut aku langsung wat tak kesah psl benda² tu.. gilak ni pompuan.. hahaha..

bunga tangan & crown yg aku dapat pagi kenduri tu.. layan saje..

so, kepada yang nak kawen, sila test baju korang siap².. prepare suma yg patut.. jangan wat las menet sbb nanti korang akan jadi panik room.. jangan dah terhantuk baru nak terngadah..

renung²kan dan selamat beramal.. ;-)

>> tgh pikir tajuk apa plak nak apdet nanti..

Monday, July 20, 2009

al-kisah baju pengantin.. - Episod 1

pada kebiasaannya, pengantin akan mencuba pakaian yg akan dipakai oleh mereka pada hari kenduri lebih awal, mungkin beberapa bulan sebelum majlis. ini bertujuan bagi memastikan pakaian yg dipakai itu memenuhi citarasa, saiz badan dan kelihatan menarik. ada jugak yg cuba menguruskan badan untuk kelihatan 'sempurna' pada majlis mereka.. (apsal ayat aku mcm rencana tv plak ni?)

menurut pengalaman pengantin pompuan, dia tempah baju kawen yg kaler kuning tu berdasarkan contoh yg dilihat dalam majalah² pengantin. bajet nmpk cantik kt mata dia saje.. pedulik apa kt mata org lain.. haha.. fyi, corak pada kain yg kaler coklat itu dibuat sesedap oren tailor saje.. baki kain lace dia tampal kt kain tu.. ok gak.. tgk dari jauh nmpk ok la jugak..

baju kuning-coklat..
(sila abaikan tudung² yg bersangkut kt tepi tu)

baju kuning-coklat berkonsepkan jubah (dalam) dan kebaya (disarungkan di luar) itu ditempah dalam bulan februari, kalau tak silap.. ditempah bersama baju akad nikah yg berkonsepkan baju kurung pahang (berpesak gantung) dijahit bersama lace yg pengantin pompuan beli kt nilai 3 berharga RM60 bagi 2 meter. (fes taim tgk kain lace jual 2 meter taruk dlm plastik mcm jual tudung tu.. ingatkan lapik meja.. haha..). dalam masa sebulan, baju tu dah siap.. yaa.. bln 3 dah siap baju kawen.. cargass.. bkn pengantin yg cargas, tailor (@ kawan mak)yg cargas ok.. haha..

balik tu, pengantin cuba try test baju tu.. hm.. loose saje baju jubah tu.. mcm kena alter sket kt pinggang. last2 smpai ke sudah tak alter. letak pin kot.. ada plak baju tempah sendiri taruk pin? tak logik kan? hm.. abaikan.. nak rasa sesal pon tak guna sbb majlis dah lepas. hahaha..

lina yg sedang cuba mengedjas..

labuh baju tu plak, ok la.. takkan nak leret² plak.. nanti sapu tanah 1 kg plak. TAPI.. masa test tu tak pakai dgn kasut. masa dah blk cuti kawen tu baru try.. ya ampunnn.... senteng plak dah.. tinggal seminggu lg nak kawen baru perasan.. kena plak beli kasut yg plg tinggi (takmo nmpk rendah bila berdiri sebelah pengantin laki punya psl la ni).. takkan nk tambah kain kan, mana ada kain lebih.. hamekk.. last², bila tgk blk, kasut ni jadi penyelamat. konon² nmpk mcm gelang kaki la ni.. poyo tul.. x tau org ngutuk kt blkg tgk baju pengantin yg senteng tu.. hahaha..

kasut yg lina hasut suh beli.. kini ditempatkan kt kedai pengantin sblh umah (kt kedah sana).. dibuka utk disewa kepada sesiapa yg berkaki saiz 5.. ;p

~ to be continued..