Thursday, December 30, 2010

aufa eksesais lutut..

berusaha..
berehat..
pandang..
pegang lutut..
eksesais....

video


>> next week dah nk kena dok kt nursery.. :)

Wednesday, December 22, 2010

Aufa pi checkup @ 5-months-old..

Berat: 6.97kg (previously 6.77kg)
Tinggi: __
Lilitan kepala: __


checkup ni buat hari isnin baru ni..
masa tu umor 5 bulan stgh dah..
amek injection 3rd dose DTP tu..
plus injection utk 6 bulan skali..
so next month takyah ambik dah yg mandatory tu..
boleh ambik 2nd dose additional injection plak..

seperti biasa, takdak demam pon..
dah nak masuk 6 bulan masih steady..
kental betul budak tecik ni..

aufa kini dah boleh pumping.. hehe..
berenang2 kt lantai, tiba2 berhenti pumping plak..
sbb tu berat naik sket saje..
boleh membuat pusingan 360 darjah..
tapi masih belum buleh merangkak..
tapi kalau naik walker, dia dah maju ke hadapan..
aiceh..

next month mebi nk stat letak kt nursery..
masa tu dah 6 bulan dah..
elok la..
nanti kalau lama sgt dok umah, mebi dah tau kenal org, susah plak..

>> happy for Aufa.. keep growing dear.. :)

Saturday, December 11, 2010

Happy Birthday Sang Suami a.k.a Sang Abah


Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, disehatkan tubuh badan dan menemui apa yang dicari..

Terima kasih kerana menjadi suami dan abah yang terbaik..

We love you..

Dari,
Sang Isteri a.k.a Sang Ibu & Sang Aufa..

>> backdated.. :D

Monday, December 6, 2010

5-months-old the sang Aufa..

6 dec 2010..
5 bulan lepas, time ni aku tgh on the way ke hospital..
ada sakit sket-sket yg agak kerap tp masih boleh bertahan..

sekarang..
sang aufa hanya masih meniarap saje..
dia tak sempat nk belajar benda lain sbb asyik melompat dlm jolly jumpe tu saje..
mungkin pahni nk kena letak dia kt bawah bagi belajar utk merangkak plak..

malam plak dia bangun skali saje.
nmpk mata hitam dia pandang org yang membancuh susu.
tak kira la ibu dia or abah dia..
kuat tidor jugak budak tecik ni..
mujur tidor malam..

dan smpai sekarang dia masih belum pernah demam walaupon kerana cucuk imunisasi.. selsema tu ada la skali..
alhamdulillah.
harap sehat la berpanjangan..

insyaAllah 20hb ni kena cucuk berangkai2 tu..
3rd dose.
meraung lagi la tu..
hehehe..

Aufa Farhana - 5-months-old..



"Dah besar nanti saya plak ngaji dgn maktok.."

Sejak ada natang ni, tak perlu guna stroller sgt dah.. mudah sket..
cuma ada rasa macam indon ngendong anak.. haha..

>> happy for Aufa..

Thursday, November 25, 2010

Aufa pi checkup @ 4-months-old

semalam checkup sang Aufa..
untuk yang 4 bulan (umur masa pi 4 bulan 2 minggu 4 hari)

Berat: 6.77kg
Panjang: 65.5cm
Lilitan kepala: 42.5cm


berat bulan ni naik 0.62 kg..
ok la tu..

masa checkup smlm ada ambik additional vaccination.
pneumoccocol dgn rotarix.
untuk elak jangkitan otak (menigitis) dan cirit birit yg melampau.

yang additional ni mmg tak ada kt klinik gomen.
dan sepatutnya masa checkup 4 bulan ni mmg tak ada inject apa2..
tu yg ambik tu time ni tuh.
sbb bln depan nak sambung 3 serangkai tu.
boleh tahan gak rega setiap 1 dose tu.
tp rasanya boleh claim kt ofis..
dah ujung taun pon.
guna habis2an medical expenses yg ada..
hehehe...

seperti biasa, lps cucuk, bagi dia ubat demam siap2..
pg ni dia ok saje. senyum2.
mlm tadi ada nangis sat2 dan agak kerap jugak.
mungkin sakit kot..
sian sang Aufa..
takpa.. utk kebaikan dia jugak.

sang aufa hanya masih boleh meniarap dan sedikit berputar dari tempatnya..
lom ngesot jauh-jauh lagi..
dia seronok melompat dalam jolly jumper tu..
elok gak ada bendalah tu..

>> baru beli baby pouch kt kedai lunatots tadi.. langkah mengatasi tgn krem masa dukung. hoho..

Saturday, November 6, 2010

4-months olredi..

sang aufa farhana dah 4 bulan..
badan tegap dan keras macam penah masuk tentera..
hahaha..

dah pandai meniarap dgn gigih (smpai sakit otot blkg)..
dah minum susu kuat.. currently 5-6oz/3-4 hours..
dah pandai aim mainan yg tergantung..
dah pandai masuk mulut benda kt tangan..
dah pandai nak mintak utk org pegang dia berdiri (kaki dia straight mcm kejang, punya tak mau duduk)..
dah pandai senyum senget (style org malas senyum)..
dah pandai sebek (mencebik) bila tgk org tak dikenali..
dah selesa dok dlm car seat..
dah pandai tidor buas (bantal ke lain, dia ke lain, yg pasti, perut ibu dia mmg kena terajang)..
dah pandai tgk tv..
dan..
dah sgt berat juga..
sangat-sangat... hoho..


>> i'm happy.. :)

Wednesday, November 3, 2010

gambar dalam video..


Song: Gita Gutawa - Sempurna..

>> create video with Picasa.. mudah dan kacang..

Monday, November 1, 2010

mari mengundi Sang Aufa..

aufa masuk dalam list "Bayi Bulan Ini" lagi..
ibu dia mmg poyo..
hahaha..

tgh malam tadi tetiba teringat pencalonan dibukak stat 1 Nov..
maka sang ibu pon masuk beberapa entry..
tadi saja check. tengok² Sang Aufa ada..
jadi org pertama lagi tu.. hehe..

so, gambar yg pihak Pa&Ma pilih untuk diundi yg sama bln lepas punya..
gambar yg lain tu tak chomel ke?
hmm..

jadi, meh la ramai2 kita undi smpai letih..
hehehe..

tekan link ni untuk ke page undian..
sila ke page last skali yer..
entry aufa dok kt bawah skali kt page tu..


undi jgn tak undi.. ewahhh...

p/s: baru bukak tgk tiba2 dah ada 480 undian.. hehehe..

tips mengundi: kalau klik skali, page refresh, undi akan menjadi 1.. kalau klik tanpa henti macam main game tembak2 kt icon 'undi' tu, bila page dah refresh lepas klik, undi akan menjadi byk sekaligus. ikut byk mana yg dah di klik..

>> thanks Rayer & Nad.. kalau menang, Aufa blanje korang mkn askrem.. hehe..

rambut gugur..

lepas baca komen puan leesot kt fesbuk dia yg dia sedang keguguran (aku ingatkan dah mai period, rupanya rambut.. hehe..), teringat kisah ibu aufa yg kini keguguran rambut secara serious jgk since 1 month ago.. huhu..

aku taktau apa kaitannya. tp kata org bila anak kita dah stat main air liur, maka rambut ibu dia akan mula berguguran.. agaknya, dgn tempoh anak mula bleh main air liur tu mmg dah smpai waktu rambut utk gugur..
gamaknya..

aufa tak nmpk main air liur pon. cuma ada la sesekali lepas minum susu dia terbuat belon kecik kt mulut. takkan tu pon di ambil kira?
adess...

kepada yg tak tau, ni bkn berguguran sket2.. ni dah macam kena lukiemia pon ada.. bayangkan skali sikat pakai jari (macam iklan syampu), rambut gugur bleh dapat segenggam. tu blom wat kali ke 2.. smpai dah tak berani nak wat camtu dah..
kalau syampu? hamek la suma gugur dgn pantas sbb ikut aliran air.. dalam bilik pon abih rambut dah sebati dgn karpet..
huhuhu..

so, solution skrg adalah menggantikan syampu biasa kepada jenis "Hair Fall Control"..
walaupon tak tau keberkesanannya, tp try saja lah..

>> baru anak sorg tu..

Friday, October 22, 2010

Aufa pi checkup @ 3-months-old

tgh tidor pon bleh peace.. dah kena sawan sang ibu dia ni..

20hb haritu bwk Aufa pi checkup untuk yg 3 bulan punya..
tp dia dah 3 bln stgh dah masa tu..
tp kali ni ibu dia dah decide nk pi klinik swasta (umra).
sebab medical expenses kampeni utk taun ni ada byk lagi.
lgpon dah malas nk Q kt klinik gomen nu.

cey.. muka dia baik dpn dokter.
xtau nk kena cucuk pahtu.
kehkeh..

berat dia naik 0.9kg.
bulan lepas 5.2kg..
bln ni 6.1kg.
ramai tanya, "Aufa dah stat mkn ke?"
agaknya sbb nmpk dia bulat sgt berbanding umor dia kot.
oh.. dia cuma minum susu..
susu formula.
takdak campor susu badan dah. (aku fail.. waaaaa..)
huhuhu..

disebabkan dia tak suka baring (belagak macam bleh berdiri sendiri jah), masa misi nk ukur panjang dia, dll dia dok bunyik2 takmo. misi angkat, terus diam dan senyum2..
buli misi nmpk.....

so, dia amek 2nd dose 5/3 serangkai tu..
DTP namanya.
ada la nama penyakit dari hurup2 tu..
malas nk google carik. hehe..

dicucuk kt peha dia secara mengiring menyebabkan senyuman dia dari semanis kurma jadi kelat-kelat masam.. pahtu muka merah padam dan seterusnya meraung..
angkat dia tepuk2 sket, terus diam dah.
eh.. gagah perkasanya si mulat ni.
hehe..

blk rumah, bg mkn ubat demam sket.
walaupon tak demam lg, kena bg gak sket.
takot kot2 sok dia demam.
alhamdulillah, takdak demam..
since beranak smpai skrg masih tak demam..
alhamdulillah...

smlm maktok dia suh beli nestum utk baby tu.
katanya dia dah bleh stat mkn.
susu skali minum 5oz macam tak cukup.
jadi kena tmbah nestum lak utk bagi gemuk lagi..
hm.. pahni ibu dia bleh masuk sukan komanwel acara bina badan utk berat bawah 45kg..
hehehe..

mari mengeliat..

>> Aufa tidor dgn ibu dia saje.. Abah pi belayar.. lmbt lg nk balik..

Monday, October 18, 2010

Aufa's 1st toys..

setelah kesian tgk mek Aufa melangut je tgk siling hari-hari, ibu dia paksa abah dia beli pamenan ni..
bagus utk perkembangan otak baby yg berumor 2,3 bln ni..


mula-mula dia setakat berkepak setempat..
setelah beberapa hari, tgn dia terlempang beetle yg tergantung tu..
pahtu dia dok main lempang beetle tu sbb susah sgt nk aim utk pegang..
skrg dah boleh aim sket2 pegang beetle tu..
mengapai sampai terlena..
ada video tu..
nanti la boh..
kagum jap tgk video tu sbb dia dah pandai pegang2..
tak ku sangka.. hehehe..

>> Aufa: suka guna tgn kiri..

Wednesday, October 6, 2010

3-months-old Aufa..


lahir..
minum susu..
tidor..
bangun..
mandi..
main..
minum susu..
tidor..
tidor..
minum susu..
jalan..
mandi..
tgk tv..
minum susu..
tidor..
................................

tuptup..
dah 3 bulan..
dah pandai bercakap dgn bahasa sanskrit versi bayi..
very talkative..
even bleh bercakap dgn gigih masa jam 3 pagi..
tak byk nangis..
nangis cuma time lapar dan tak selesa (kencing @ berak)..
waktu lain dok perati org saje..
even bgn tidor pon gelak2..
ibu suka tu.. hehe..

so..
Happy birthday, our si comel..
semoga membesar dgn sehat dan cerdas..
minda yang cerdas ye.. lahir dari otak yg sehat ye..
(baca dgn nada johan ngajuk dr fazilah kamsah)

"apa tgk²..? nak kena penumbuk?"

hahaha..

>> dah tak larat nk dukung.. tgn tak kuat.. mau dkt 6.5 kg dah gamaknya ni.. huhuhu..

Monday, October 4, 2010

sesi bergambar..

hasil sesi fotografi bersama Encek Rayer dan Cikgu Nadiah itu hari (thanks guys..)..


aku dah buat as collage..
pahni bleh cuci..
si bolat lom ada album lagi..
:)

>> rindu kt si bolat.. huuu..

Tuesday, September 28, 2010

Relactation of BM..

dengan penuh bersemangat harini, aku masuk forum2 berkaitan relactation of BM, iaitu pencetusan smula susu ibu. atau dalam bahasa yg lebih mudah difahami, nak mengadakan smula susu badan bagi mereka-mereka yg dah hampir kurang atau kering susu..

beberapa kaedah digunakan oleh mereka yg berjaya.
mari kita berkongsi bersama...

1. cuba BF masa baby tengah mamai, dalam ertikata lain, masa dia ngantuk nk tidor tu.. sbb baby takkan focus sgt time tu. apa yg lalu kt mulut dia mesti kurang sket dia nak menolak..

2. cuba pam dengan menggunakan pam yang mahal sket, contohnya SPEKTRA 3 atau yg seumpama dengannya..kena stimulate b****t kita dgn pam yang berkuasa tinggi supaya boleh produce banyak susu..

3. cuba pam dengan kerap, 20 minit mengepam pada setiap 3 jam. cuba pam dgn gigih walaupon tiada apa yg keluar, atau pam angin sahaja..

4. cuba urut bahagian atas B ke arah nipple. sebaiknya menggunakan minyak atau ketika sabun di bilik mandi. sbb licin sket.. kemudian try picit dan tgk samada nmpk aliran susu kluar dicelah2 nipple tu..

5. cuba pil-pil yang merangsang penghasilan susu seperti pil ASI, fenugreek dan lain-lain.. (aku hanya pernah cuba fenugreek. x sesuai kepada bayi yg biasa kembong perut dan mothers yg alergik kacang. aku ni alergik kacang, maka jerawat telah tumbuh dgn gigih. walaubagaimanapon, pihak yg jual pil tu ckp diorang boleh suggest pil lain kalau kita ada masalah ni)

6. penggunaan supplement nursing system (SNS), seperti dalam gambar di bawah.. tujuannya, nak merangsang penghasilan susu dibantu oleh susu yg dibekalkan melalui tiub.



7. contact ibu dan baby mestilah kerap.. sebaiknya contact dari kulit ke kulit..

untuk keterangan lanjut, boleh sambung baca kt blog ni..
mmg sangat2 membantu..

saraluna

dan yang penting sekarang, aku dah bersemangat semula.. harap2 semangat yang ada ni akan membantu dgn jayanya... aminnnnn...

>> chayok Ibu Aufa.. fight-on.....oh!!!!!

Thursday, September 23, 2010

Breastfeeding..

setelah 2 bulan setengah, Aufa refuse to breastfeed (BF).
badan dia melentik2 sambil mengamuk..
pid penah ckp, tu bkn sbb kurang susu tp mungkin sbb posisi tak betul.
oleh yg demikian, aku try betulkan posisi supaya dia selesa..
siap support dgn bantal dll..
tp dia takmo jgk..
huuuuu...

langkah lain, aku try pam..
setelah hampir sejam dan pam kedua-dua belah, dapat la maximum 1 oz..
maximum ok..
2 teguk dah abih dia minum..
tu dah fikir dgn positif dan tenang dah tu..
no pressure2..

tu lah dia kisah pengalaman aku nk BF Aufa..
dari secara direct, ke pam manual dan pam elektik..
dari makan dgn jayanya, smpai ambil supplement (fenugreek).
walaupon muka aku makin naik jerawat sbb mkn ubat tu, tak kesah, demi untuk Aufa..
smpai suma pon dah cuba..
dan dah tak tau nk try apa lagi..

sehingga ke hari ni, byk jugak pendapat2 dan nasihat yg aku dapat dari BF mothers ni..
terima kasih sangat2..
sedikit sebanyak dpt jugak membantu..

instead of that, ada jugak yg seperti memblame..
buat aku lebih pressure..
sedangkan mmg dah tau, tak elok utk BF mother jadi pressure..
sbb itu la yg jadi penyebab susu makin kurang..
mungkin cara nak bagi nasihat tu patut lebih berhikmah..
jangan macam umpama nk sedekah tapi baling benda nk sedekah kt lantai..
kan tak elok camtu..

sambil surf kt internet pasal BF td, jumpa ayat kt 1 forum ni..
ni la yg dikatakan nasihat berhikmah..

"Saya amat memahami perasaan sesetengah ibu yg amat sedih apabila mereka terpaksa menghentikan penyusuan susu ibu kerana menyangka bahawa susu mereka sudah kering. Bagi saya, niat mereka utk menyusu itu sendiri adalah satu kejayaan yg patut diraikan. Kalau tak berjaya kali ini, boleh saja cuba lagi next time. No problem. Tapi saya sgt sedih kalau ada ibu bapa yg bangga apabila anak mereka diberi susu tepung yg termahal di pasaran dan memandang sebelah mata pada susu ibu. Tidakkah mereka tahu bahawa susu yg termahal adalah susu ibu? Yg ironiknya, susu yg termahal ini adalah percuma saja."
tak salah untuk berkata-kata..
tp beringat sebelum berkata..

pic: credit to minah & gaban

Allah knows best..

>> masih meneruskan usaha.. chayokkk..!!

Wednesday, September 22, 2010

Aufa dan 3 serangkai..

semalam checkup Aufa utk kali ke-2..
untuk bulan yg ke-2..

pipi dah nak sama tinggi dgn idung..
(pic: credit to rayer & nad)

berat: 5.2kg @ 2.5 months
(1st checkup @ 40days = 4kg)

panjang: 58cm

everything semua ok.
cuma ending lawatan kt klinik tu dia syahdu.
bkn takat syahdu, malah meraung..
mau tak meraung, kena inject dos pertama 3 serangkai tu.
cian sang bayi..
alhamdulillah dia tak demam pon harini.
lega..

takpa2.. inject tu utk kebaikan dia sendiri gak.
dan takpa.. bln depan kena yg 2nd dos lak..
meraung akan kembali bersambung nanti.
hehe..

>> tinggal dgn maktok..

Monday, September 20, 2010

Mr. & Mrs. Gaban..

ekceli, setelah sebulan lebih entry pasal Aufa dipublishkan kt blog Mrs. gaban aka Minah, baru harini aku pasan..

adesss....



diorang ni dtg tgk Aufa masa hari ke-17..
masa pipi dia masih lom bulat sgt macam skrg..
hehehehe..

semoga pipi anak korang sama naik dgn Aufa la nanti eh..
baru namanya kenan..
anak aku ni kena kenan pipi Nayli.
hahaha..

nak tgk gambar lain, bleh masuk kt blog puan minah kita..
apa pon, tima kaseh kt tuan punya kamera iaitu hasben puan minah iaitu encek gaban..
dgn ucapan, jgn serik dtg rumah aku..
bleh mkn bihun sup utara lagi.
haha..

>> nak gambar lain gak weh..

Friday, September 17, 2010

cerita lepas pantang..

fakta-fakta yang agak luar biasa berkenaan kejadian lepas abih pantang haritu:

1. enjin kereta mati masa nk masuk parking..

2. kaki rasa ngilu sbb dah tak pakai stoking..

3. mula surf tenet, cari petua-petua nk ilangkan parut strech marks ..

4. addicted dgn drama-drama kt tv.. si capik pon aku layan..

5. beli krim mustajab.. extra hot.

6. kena allow masa dlm sejam sblm kuar berjalan-jalan.. untuk siapkan Aufa dan barang-barangnya..

7. kena cuba tambahkan berat badan. kalau tak, tak larat nk dukung Aufa.

8. kain baju kurung sendat sket.

9. sluar jeans masih muat di pakai.. (baru ingat nk beli baru)

10. handbag makin gemuk sbb penuh dgn perkakas Aufa..

tamat..

dibuli sang ibu.. muka tak rela..

>> fes day kerja lepas 2 bulan stgh bercuti.. slamat hari raya.. :)

Thursday, September 2, 2010

si bolat..

inilah dia hasil dandanan yg diperolehi sekiranya anda mendapat anak perempuan..


gelang tangan dan riben di kepala bagi bayi yg lmbt tumbuh rambut (baca: botak) adalah antara kemestian..

hm.. ni lom lagi stat pakai tight, legging, skirt pendek, baju prinses dan sebagainya...

tungguuuu...

>> rosak ibu dia ni..

Friday, August 20, 2010

44 hari itu telah tamat..

alhamdulillah...
sang ibu dah tamat pantang 44 hari tu..
tp masih belum bules stat posa..
sabar............
T_T

ni video si bolat Aufa..
baru kena dadah (baca: susu)..
lalok terus..
hehehehe..

video


>> selamat mengganti posa.. lalala~~

Monday, August 16, 2010

mandi wiladah dan nifas..

aku nk kongsi sket ilmu berkenaan kisah mandi wajib bagi org beranak ni..
tahukah anda bahawa terdapat 2 jenis mandi yg wajib bagi perempuan yg baru bersalin?
1. mandi selepas melahirkan anak
2. mandi selepas kering darah nifas

petikan dari web ni..

Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.

Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak.

Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.

Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.

Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.

Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

teringat masa nak mandi wiladah kt bilik air di labor room. nak berdiri pon tak larat.. takot jahitan yg baru jahit beberapa minit sblm tu putus pon ada.. hoho..

sememangnya mandi wajib ni perlu rata seluruh badan. tp atas sbb tertentu, tak semestinya nak kena mandi dgn air yg banyak seperti mandi wajib kerana haid. mula2 mandi seperti biasa setakat yg mampu, dan part yg tak takot terkena air yg byk (terutamanya di bahagian jahitan), cukuplah sekadar meratakan @ mengenakan air di tempat berkenaan.

wallahu'alam..

>> selamat beramal..

Thursday, July 29, 2010

Aufa - Day 22

ok, pipi dah makin bulat..
berat pon dah terasa..
susu makin kuat minum..
(dah 3 oz.. sblm tu dah minum susu badan dulu..)
malam2 suka kejutkan ibu dia bgn kira2 2,3 jam skali..
hobi, dok atas riba org sambil memandang ke tingkap..
walaupon dah 22 hari (harini dah masuk 23) tp cuma 4,5 pasang baju newborn sahaja yg beliau muat utk dipakai siang dan mlm..
yang lain masih gedobos...
walaupon ada tertulis saiz newborn di baju berkenaan.
jadi, raya ni takyah beli baju dah..
ada setong baju yg masih belum berusik..

oh ya..
taun ni dah bleh kutip duit raya..
jgn jeles...
hehehe..

gambar versi pasport.. baru masuk rekrut dan dalam keadaan senang diri..

>> mari tidor siang..

Thursday, July 22, 2010

kisah suatu kelahiran - Siri 3

aktiviti 3 (dalam 4.30): budak praktikal (misi) tadi masuk blk..

dia pegang perut aku smbil tgk jam..
tah brapa minit dia dok pegang perut tu..
time contraction rasa macam pinggang aku kena smackdown..
aku suh budak tu angkat sket katil part blkg aku ni..
dah angkat, rasa lega sket..
sambil check perut aku, aku tanya dia..
"selalunya kalau contraction kerap camni, agak2 lama lagi tak nak deliver?"
ok, tu ayat org dah tahan sakit dah la tu..
hehehehehehe..

dia jawab, "biasanya sejam akan bukak 1cm"
"haaaaaa..? sejam 1cm?", panik aku dtg blk..
kalau masuk td (dalam kul 2), baru 4 cm.
kalau nk tunggu 10cm, mau kul 8 mlm..
~sempat lagi aku kira dalam saat2 genting gitu.. ;p

lepas tu budak tu keluar..
lama-lama skali ada misi kluar masuk buat aktiviti masing2..
takdak sapa hiraukan aku..
terpaksa main edjas naik turun tempat sandar katil aku sbb sakit pinggang yg teramat sgt..
sapa suh ada controller kt tepi katil tu..
hehe..

dalam kul 5.00 ptg, dah takdak sapa masuk dalam bilik tu..
contraction dah makin kerap..
7-5 minit skali.
makin kerap contraction, makin kerap aku sedut gas tu..
otak pon macam dah weng2.. kejap sedar, kejap rasa tak sedar..
dah rasa macam ikan jatuh kt darat dah time tu..
dalam otak terpikir..
"nak mati dah ke aku ni?"
huhuhuhuhu..

sesekali dok tahan contraction tu, aku rasa makin byk air (ke darah) keluar..
misi pon tak ada..

smpai 1 tahap, dalam kul 5.30.......
terasa mcm baby nk keluar sangat2..
dah menolak2 bahagian bawah..
rasa nak terberak pon ada..
aku menjerit panggil "nurse"..
panggil kali pertama..
kali kedua...
takdak respon..
laluan depan bilik pon takdak sapa yg lalu..
aku makin takdak tenaga nak jerit panggil misi tu..
rasa nak menangis pon ada sbb dah sgt tak tahan..
smpai ati misi2 ni tinggalkan aku sorg2 dalam bilik tu..
kejam...... huhuhu..

last skali aku jerit dgn sekuat ati..
berlari2 misi masuk..
bila diorang tgk, maka berkata mak bidan..
"ha.. awak dah buleh bersalin dah ni.. ok, bila sakit, awak terus push.."
dia tambah lagi...," nak panggil suami awak masuk?"
aku angguk.. mmg takleh nak bercakap dah..
tiba2 jadi bisu lepas menjerit byk sgt td..
huhuhuhu..

bleh plak ada sorg misi ni ckp..
"eh, dah nk beranak ke? estimate kul 8 kan.."
"dah nk beranak dah ni...", jwb si bidan.
hampeh tul misi tu..
patut la suma misi ilang dr bilik tu..
huhuhuhu..

seminit lepas tu, encek mohd hasben muncul kt muka pintu dan terus berdiri di sisi aku.. ohh.. berbunga hati den... terus bersemangat smula..
hehehe..

sambil teran, misi suma kecoh..
"ok, bagus.... teran kuat lagi.. jgn berenti.. teran kuat lagi.."
ayat tu dok ulang smpai ke sudah..
bila contraction berenti, misi dok sembang sesama sendiri..
bila contraction dtg blk, diorang ulang ayat tadi..
lawak pon ada jugak.. hehehe..

aku tak tau bila bidan tu 'toreh' bahagian tu utk bagi bukaan besar sket..
cuma ada rasa regang bila terasa kepala baby dah keluar sket.
mmg btol kata org, sakit contraction tu lebih dari sakit baby keluar kt bawah tu..
tiba2 ja rasa ada 'seketul' kluar kt situ lepas diteran..
dan semua sakit hilang dgn tiba..
on the spot okeh..

buat pertama kali dgr sang bayi nangis..
misi angkat baby yg baru keluar tu, dan tanya aku..
"sebut jantina baby..."
"perempuan..", kata aku..
lepas dia lap2 darah kt baby, dia letak atas aku..
speechless...............
sgt touching time tu..
i'm already a mother...
:)

so, azab tu dah lepas..
kini tiba masa 'kelas menjahit' yg digeruni oleh semua org..
encek hasben diminta keluar utk membawa brg2 aku keluar dari labor room tu.
mak bidan meneruskan kelas jahitannya..
aku tak ingat samada aku dibius atau tak..
tp rasanya ada bius.
kalau tak, misti aku dah terajang bidan tu.
hehehehe..

masa dijahit part tu, hampir aku tertidor kepenatan..
lama jugak dia jahit.
katanya, "saya toreh tempat lain, ada koyak tempat lain lagi"
ok, sgt ngeri ayat tu okeh...
tp tak rasa apa..
cuma yg last2 tu dah rasa jarum tu kt kulit..
aku dah stat pejam mata tahan sakit..
sebenarnya tak sakit mana pon..
(sat2 sakit, sat2 tak sakit.. apa yg penulis cuba perjuangkan ni? hahaha..)

rupanya, yg sakit tu, dia jahit kulit luar..
yg dlm tu sbb dibius, sbb tu tak rasa apa..

setelah tamat kelas jahitan makcik bidan, maka tamatlah kisah bersalin ni..

beberapa lama kemudian, encek mohd hasben dtg skali lagi masuk ke labor room.
dan kemudian disusuli dgn sang bayi...
for the 1st time, sang bayi diberi minum susu ibu..
sgt pandai isap tp susu tak ada..
kesian kt baby..
huuuu....

malam dok kt spital tu, baby asyik nangis sbb perut dia kembong..
mana tak nya, susu takdak.. takdak sapa leh temankan plak walaupon dok 2nd class.
aku jadi emo jap sbb kena naik turun katil nk tenteramkan baby..
pahtu letih teran baby dan krem masa proses meneran tu pon tak abih lg, tambah plak sakit jahit kt bawah tu..
rasa nak tercabut jahitan tu pon ada..
asyik tgk jam bila nak siang..
kami nk balik......
huhuhuhu....

alhamdulillah, mlm tu baby dah berak dan kencing.
aku tak tau kena check baby leh berak dan kencing ke blom.
smpai la misi dtg tanya baru aku tgk.
pengalaman pertama kan..
huuuuuuuuuuuu...

sok tgh hari tu, kami berdua dibenarkan balik.
security spital sgt tiptop.
smpai kena check serial no kt tgn aku dgn kaki baby kena tally kt 2 pengawal sblm leh masuk kt kereta utk blk.
1 kt pintu wad, 1 kt post pengawal kt lobi spital..
takot ada kecurian @ kesilapan kot..

dan yg plg bes..
dapat naik wheelchair dr wad smpai lobi spital..
bes ke?
hahahahahaha....

~tamat~

kisah suatu kelahiran - Siri 2

Selasa - 6 Julai 2010

jam 4 pagi, tidor telah diganggu dgn contraction yg kuat kt perut.. so try tgk jam berapa kekerapan contraction tu. dalam 20 minit/contraction.
bertahan sampai siang..

subuh tu bgtau encek mohd hasben..
so we all decide nk pi spital pg tu.
dalam kul 9 pg baru gerak ke spital.
smpai spital, aku takmo masuk dalam dewan bersalin lg..
so just tunggu kt kusi2 yg ada kt luar tu.
bersama2 bakal bapa yg tunggu bini diorang bersalin.

sbb apa aku takmo masuk?
sbb dlm tu katil penuh.
kalau lom sampai masa, dia suh dok kt kusi saje.
lagi jem perut aku.

masa yg ada, aku jalan sorg2 dalam spital tu.
jauh gak nk tour dlm tu.
dalam kul 12 lebih kurang, aku ajak encek mohd hasben pi cafe utk lunch.
jalan kaki jgk dgn jarak yg jauh.
sambil jalan, smbil sakit perut.
jgn kata berjalan, sambil mkn nasik pon kena berenti2.
time ni contraction dah makin kerap.
dalam 10-15 min skali.
yang penting, aku sempat bantai segelas ais kosong masa lunch tu..
hehehe..

lepas makan, aku dah takleh tahan.
terus ke kaunter dewan bersalin tu, bgtau org tu aku dah dtg smlm..
harini dtg sbb contraction dah kerap..
pass buku pink tu dan aku terus masuk utk checkup seperti hari sebelumnya.
graf jantung baby ok..
check bukaan.....
4cm.
selain contraction, takdak lak rasa apa2..
tp dokter bgtau, aku dah kena masuk labor room..
ok, time tu dah stat panic ok..
hohohoho..

sebelum masuk labor room, dokter bagi ubat berak (yg picit kt montot tu) dan suh amek baju & pampers baby.
dah siap suma (perut pon dah kosong sbb dah 'buang' suma), misi suh aku naik wheelchair utk disorong ke labor room.
ingatkan jauh sgt bilik tu.
dalam 20 tapak pon tak smpai dari tempat aku naik wheelchair tu.
hahahaha..

then misi yg lain (yg dok dlm bilik tu) suh salin baju.
diberi baju spital utk dipakai.
aku dah mula panik bila tgk equipment dalam labor room tu.
dalam otak dah penuh soklan..
"aku dah nk beranak ke ni weh..?"
huhu..

berbekalkan ayat semangat yg aku create sendiri sejak 2,3 hari sblm tu, "org lain buleh, apsal aku tak buleh..?", aku cuba menjadi lebih cool...
peh... macam bagus.. hahaha..

masuk labor room kul 3.30 ptg..
baring atas katil tu..
dipasang speaker kt perut macam wat check graf jantung baby tu gak..
tujuan: utk monitor baby dalam perut..

aktiviti 1 (dalam jam 3.45 ptg): misi dan sorg budak praktikal masuk dalam labor room..

misi ckp, "saya nk pecahkan air ketuban awak ni. awak dah kencing ke blom?"
sambil terpandang bilik air depan mata aku, maka bercakaplah dalam hati..
"elok gak pi kencing siap2 ni (walaupon baru je lepas kencing masa dia bg ubat berak td)"
"dah. tp rasa macam nk kencing lg..", aku ckp ke misi.
"ok, saya akan keluarkan air ketuban dan air kencing awak skali.."

ok, dia kuarkan air kencing guna tiub tu..
nyesal aku ckp nk kencing.
pedih weh....
hahahahahaha..
(moral: kencing siap2 sblm masuk labor room. tp kalau sape kena ceaser, mmg tiub tu dipasang terus. hoho..)

bab pecahkan air ketuban itu, tak rasa apa pon.
tiba2 rasa air suam2 keluar dgn banyaknya..
macam banjir jap katil aku tu..
tp diorang dah tadah siap2..

aktiviti 2 (dalam jam 4 ptg): dokter betul dgn beberapa org dokter praktikal yg muda dan kacak bergaya masuk..

dokter betul tu just check perut.
yg lain cuma tgk dokumen2 kt meja..
sebelum diorang keluar, sorg dokter praktikal tu perasan aku tgh tahan sakit sambil pejam mata..
dia dtg kt aku tanya keadaan aku.
aku ckp sgt sakit..
dgn baik hatinya, dia amek alat bantuan oksigen tepi katil aku tu bg kt aku..
"kalau rasa sgt sakit, awak sedut oksigen ni.. skit sebanyak, ia dpt membantu.."
fuh.... lega rasanya..
time sakit mmg aku sedut abis2an..
dah rupa macam org ketagih dadah dah ha..
hahaha..

~bersambung lagi..~

Tuesday, July 20, 2010

kisah suatu kelahiran - Siri 1

Isnin - 5 Julai 2010

bangun pagi macam biasa.. walaupon due dah dekat (7 julai), aku pon nk bersiap la pi kerja. memandangkan ptg tu ada checkup, so kerja pada hari isnin cuma setengah hari. sep la setengah hari lagi sbb leh amek timeslip kt klinik.

nk pi mandi, tgk ada darah. salah satu tanda nk bersalin. panik gak mettar.. dah terbayang aku dah nak kena beranak.. macam mental tak redi pon ada. hohoho..

encek mohd hasben awal lagi dah smpai tempat kerja dia. lepas msg dia bgtau psl tu, dia terus blk rumah. then kami pi klinik kesihatan utk checkup (sepatutnya nk pi ptg, tp pi pagi).

then misi suh terus ke spital sbb dah ada tanda.

dalam kul 2 gitu smpai spital sg buloh. lepas buat pendaftaran (dan juga kena sain borang setuju utk Q memandangkan katil penuh.. huhu..), aku terus masuk utk wat pemeriksaan check graf jantung baby. mmg prosedur gitu. sejam lebih gak la terbaring sambil dengar jantung baby berdegup kt alat graf tu. sesekali aku smpai terlena kt katil tu.. hehe..

masa ni contraction ada rasa sesekali tp tak kerap. kdg2 dalam setengah jam skali, sejam skali.. camna rasa contraction? macam senak perut memulas2 sbb angin. mcm kena rentap2 pon ada.. tp duration dia dalam beberapa saat je.

lepas tu jumpa dokter. check bukaan..
baru 1cm.. sbb 1st time kena check bukaan tu, maka aku terkejut sket..
nak tau rasa dia camna, get pregnant 1st.. hehehe..
hm.. kata dokter lama lagi..
dia suh aku blk dulu.
tunggu sakit kerap sket baru datang smula..
maka, aku, encek mohd hasben dan emak pon pulang smula ke rumah..
dapat la MC 2 hari..

~~to be continue~~

Sunday, July 11, 2010

Presenting..... Our Baby girl..



Alhamdulillah...
syukur kepada Allah...
sang bayi telah selamat dilahirkan pada 6 Julai 2010..
di Hospital Sungai Buloh, jam 5.54 petang..
dengan berat 2.52kg..

sang bayi kini dah ada nama...
Aufa Farhana..
yang setia, gembira..
:)

>> next: pengalaman bersalin..

Thursday, July 1, 2010

39 weeks..!!


sang bayi is already 39 weeks..
kalau ikut perkiraan, seminggu lg nak keluar.
tp mungkin jugak anytime..
dan mungkin jugak overdue..
harap2 jgn la overdue..

hmm.. pejam celik.. pejam celik...
dah nak beranak..
rasa macam baru amek upsr haritu..
dah nak ada anak rupanya..
hahahahaha..

sempena event yg bakal berlaku ini, saya selaku tuan punya blog dan tuan punya badan ingin memohon ampun dan maaf di atas ketelanjuran kata, kutuk mengutuk, dan suma perkara yg korang rasa kurang senang dgn isi kandungan blog ini.

mintak maaf byk2 dan doakan keselamatan saya dan sang bayi..
semoga kita ketemu lagi dalam entry yg akan datang..
.....bersama orang ketiga dalam hidup kami......
InsyaAllah...

\(^_^)/


>> luv u all.. peace!!

Tuesday, June 15, 2010

9th, 10th and 11th checkups..

9th checkup @ 1 June 2010, kedah

checkup buat kt kampung sbb balik kg time ni.
macam lawak sket sbb klinik ni klinik desa saje.
misi sangat ramah.
menyembang dgn loghat utara yg pekat (of kos la..) dan tanya macam2 macam dah lama sgt kenal. hehe..
org yg dtg checkup pon hanya 2,3 org.
tapi lama jugak la. cuma tak selama macam checkup kt klinik shah alam.

slalu ambik bacaan berat, terus naik kt mesin.
ni naik, pahtu misi suh turun dulu sbb dia tak on lg.
hehehe..

ambik urine, bekas urin tu ikut suka kita nak guna yg tulis no brapa.
janji ingat no tu.
lepas misi wat test, urin kena buang sendiri.
kalau kt shah alam, org yg wat test tu yg buangkan.
hehehe..

masa ambik darah lak.
misi ckp, "ok, nk ambik darah.."
lantas lengan baju disinsing smpai atas siku.
kata misi lagi, "slalu amek darah kt lengan ka?"
"ya..", ujar aku..
"oh.. kt sini ambik kt hujung jari saje..", kata misi.

ok, saya sgt malu.
hahahaha..

bacaan suma ok kecuali hB.
8.4 katanya..
hm..


10th checkup @ 14 June 2010, shah alam

berat = 55.9kg

urine ok.
hB x tau sbb takdak wat test darah.

jumpa dokter sbb nak tau result test darah yg dihantar kt spital klang haritu.
lepas check slip2 dari spital tu, guess what? result rejected..!
sebab apa?
misi yg ambik darah tu salah masuk dlm container yg btol.
bkn dokter saje yg hangin, aku hangin gak.
dah la ambik double quantity dari biasa.
mau sebulan nak kaver darah byk tu.
huhuhuhu..

mau tak mau, dokter suh dtg amek lagi skali darah utk hantar ke spital klang.
on thursday.


11th checkup @ 21 June 2010, shah alam

checkup dah jadi seminggu skali.
lepas 36 minggu mmg kena checkup seminggu skali.

berat = 56.7kg
(fuyoh.. kagum. haha...)

takdak apa yg lain dari biasa.
result dari spital lom dapat lagi.
mebi next checkup.. (kalau lom beranak.. hehe..)

misi tanya soklan2 ni..

nak bersalin kt mana?
jawapan: spital sg buloh.

dah ada org nak ngurut lepas bersalin?
jawapan: ada. org yg ngurut kakak masa dia lepas bersalin haritu.

berpantang kt mana?
jawapan: rumah emak. shah alam.

pahtu misi suh simpan buku pink leklok lepas bersalin.
sbb buku tu sgt penting kalau nak mengandung anak no 2 nanti..
no 2?
kasik lepas no 1 dulu la deyyyyyyyyy..
hahahaha..

tamat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

pic taken on 19 June 2010, ISM Annual Dinner..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

>> 38 weeks already..

Wednesday, June 9, 2010

perut berkocak - video

kepada yg masih belum ada pengalaman mengandung, dan rasa nak tgk macam mana perut sang ibu berkocak (disebabkan baby sgt aktif), boleh la tgk video yg direkod ni..
sila bersabar sket sbb ada masa dia tak gerak..
jadi, fokus.. fokus..
hehehe..

video
p/s: ni baru lepas lunch. kira sopan lg ni.. kalau lepas dinner lagi teruk dari ni.. macam nak terkeluar dari perut pon ada. perut jadi bersegi2..

>> cuma brapa minggu ja lg nk merasa experience camni sblm sang bayi kluar dari persembunyian.. hmmm....

Tuesday, June 8, 2010

almost 36 weeks..!!


esok dah nak masuk 36 minggu.
secara logiknya, 36 minggu kalau kita bahagi kepada 4 (sebulan 4 minggu), akan jadi 9 bulan.
secara purata, seorang ibu mengandung akan melahirkan anaknya pada 9 bulan 10 hari tempoh kandungan. itu buku la yg cakap..
jadi, kalau ikut kaedah gitu, lagi 10 hari la aku nak beranak..
10 hari lg bersamaan, 19 june.
ok, aku ada dinner ISM kt hotel istana mlm tu.
jangan carik pasal. hoho..

sebenarnya aku sendiri tak paham awat perkiraan kitaran seorang ibu mengandung menjadi 40 minggu.
itu maksimumnya.
ramai jugak yg tak cecah minggu ke 40 tu.
tp masih dalam tempoh matang.
mebi dia allow utk beberapa hari yg tak cukup sebulan tu.
meh kita kira..

4 minggu x 7 hari = 28 hari.
sedangkan sebulan secara purata adalah 30 hari.
so, 2 hari yg tak cukup tu x 9 bulan = 18 hari.
18 bahagi 7 (seminggu 7 hari) = 2.6 minggu.

hm... kesimpulannya di sini, 36 minggu tadi (9 bulan) + 2.6 minggu = 38.6 minggu.
so, sepatutnya ibu mengandung dah bersalin dalam minggu ke 38-39 tu..

nah.. susah betul wat kira2 dalam bentuk ayat ni..
ikut suka korang la nk paham ka tak.
hehehe..

so, aku berkemungkinan akan bersalin 2 minggu lagi la ni?
tp kalau ikut due dokter bagi (07/07/2010), lebih kurang sebulan lg..
hm....
standby saje..

beg, GL suma dah letak dalam kereta.
mana tau aku macam nk terberanak masa tgh drive blk keja ke..
kan byk spital sepanjang KL ke shah alam tu..
jd, rembat la mana yg sempat.
harap2 tak terberenti la kt spital mahal.
ada gak yg kena potong gaji nanti..
hahaha..

>> dah decide: spital sungai buloh.. dan bakal berpantang kt shah alam..

Thursday, June 3, 2010

video sempena Ulangtahun Perkahwinan..

video


>> simple but i really like it.. :)

Wednesday, June 2, 2010

Our 1st Wedding Anniversary..

pejam.. celik..
pejam.. celik..
dah setaun rupanya kami kawen..
29 mei 2009 - 29 mei 2010..
seperti tak percaya..
eheks..

masa anniversary ni, kami balik kampung.
kebetulan lalu depan masjid yg kami dinikahkan tu..


berkata sang isteri kepada encek mohd hasben..

"setahun yg lepas.. kt masjid ni.."
"apa... apa...", jawab sang suami..
"err... ada org ilang IC masa nak menikah.."
"hahahahaha....", 2-2 tergelak..

ok. IC sang isteri ilang masa tok imam mintak IC sblm akad nikah.
sgt panik dan malu ok.
mujur ada belajar memandu, maka ada la lesen memandu.
kalau tak, kad matrik UiTM yg dah expired tu la wat ganti IC.
nak green card CIDB pon bleh.
hahaha..
komfem tak bleh lupa beb.

sblm blk kg, sang isteri merekues utk berdating kt tepi laut sambil makan ikan bakar diikuti angin laut yg sepoi2 bahasa..

tapi sebelum itu, sang isteri telah pergi ke Sunway Pyramid dgn senyap2 selepas kerja kamis itu..

"bleh blk awal, tapi nak singgah 1 tempat ni sat.. sekejappppp saje.."
"nak pi mana plak?", tanya sang suami.
"ada la.."

nah..
smpai la kt pyramid dgn perut yg sarat.
nak jugak tu carik..
demi... heeeeeeeeee...

t-shirt cap timberland.. letih sungguh nk berjalan dari parking pi butik tu.. huhuhu..

ini saje yg termampu utk setakat ini..
nk yang bes lagi, tunggu dah kayap sket..

sblm sang isteri bagi t-shirt ni, dia bagi dulu baju ni..
ada 2..

ok, itu sebnarnya bkn pink ok.. itu light purple. ilusi optik..

sgt suka walaupon sebenarnya beliau tak minat tgk sang isteri pakai bj kelawar.
tp ttp dibelikan jugak? konpius ni..
adakah sbb sang isteri dah gemuk sbb mengandung dan tak sesuai pakai baju lain selain dari baju kelawar?
hahaha..
ekceli sang isteri dah bajet yg beliau mmg tak prepare apa2..
(tanggapan jahat)
:p

apapon, keikhlasan itu lebih penting bukan?
kesimpulannya, tak semua muka ketat tak caring..
ewah.. poyo la plak.
hehehe..

meh tgk karangan bergambar yg tak seberapa ni..

encek mohd hasben..

sang isteri..

air order sorg 2.. yg tiba setengah jam selepas mengorder.. haihh...

lauk pauk yg tiba setengah jam selepas setengah jam lepas air tiba (baca: sejam lepas smpai).. haih lagii... tp mujur sedap.

apapon, to all, doakan semoga kami hidup bahagia selamanya..
terutamanya dgn kehadiran sang bayi yg InsyaAllah bakal muncul pada Julai ini..
amin....
:)

perhatian kepada encek mohd hasben yg kucintaik, sila baca ucapan jiwang ni dan sila muntah juga.. hehehe..

terima kasih diatas kaseh sayang yg dicurahkan selama ini.. walaupon slalu kena buli (contoh: sekeh), tp ai tetap menyayangi yu.. ai lebiu.. muah.. muah.. kuasa lapan..

p/s: sila jgn buli wife you over sgt. sila sedar ya, beliau wanita mengandung.. hehehe..

>> sang bayi dah 35 weeks.. 35 days to go.. cepatnya masa berlalu.. hohoho..

Tuesday, May 18, 2010

7th & 8th checkups..

7th checkup @ 31 weeks @ 3 May 2010

berat sang ibu: 53.6 kg
Hb: 9.4 <-- dah naik sket dari 8.++ tp masih tak ok.
(Hb yg ok adalah 10.5 ke atas)

result dari test gula haritu: normal
yg lain ok saje..

8th checkup @ 33 weeks @ 17 May 2010

berat sang ibu: 54.5 kg
Hb: 9.4 <-- masih tak berganjak.

so, kamis pagi ni nak kena amek darah utk buat ujian kt spital Klang.
sbb khuatir ada sbb lain yg menyebabkan Hb tak naik2..
huhuhu..

gula: ada sket.
sbb pagi tu minum soya secara over <-- kesan dari kelaparan melampau & kerja yg byk smpai tak sempat mkn.
huhuhu..

itu saje..
cepat sungguh masa berlalu..
tiba2 dah 33 weeks..
38 dah ada potensi nk beranak.
tp masih tak decide nk beranak kt mana.
demc? spital sg buloh?
gilak ini urang..
huhuhuhu..

nah tgk gambar yg aku jmpa dari gugel..



tah gambar 3D anak sapa aku jumpa kt gugel ni.. tgh korek idung.. tomeyyyy.. haha..

>> brg baby dah stat packing.. mine also..

Thursday, April 29, 2010

entry utk sang bayi..

My dear lovely sang bayi..

harap-harap sang bayi sihat sentiasa..
skrg pon dah makin aktif..
berkocak2 perut sang ibu siang malam..
tah apa la sang bayi buat dalam tu..

skrg sang bayi dah 30 minggu..
sket saje lg perjalanan ni utk smpai ke penghujungnya..
lepas ni kehidupan kita dah jadi lain..
sang ibu yg malas ni akan berusaha untuk menjadi rajen seperti aunty pidot (rajen ke? haha..)..
sang bayi yg skrg hanya mengeliat dalam perut, nanti dah bleh lawan mengeliat dgn sang abah..
bes la sang abah..
ada org nak lumba tidor dgn dia..


sang bayi ingat tak masa sang ibu jalan-jalan carik pasal dgn sang abah beli baju2 sang bayi?
masa rambang mata kt jAsco dgn sogoS tu..
baju2 tu sang ibu dah cuci..
kalau tak cuci, sang bayi jugak yg kena penyakit kulit nanti.

sekarang ni sang ibu tgh prepare apa yg patut untuk standby..
kata org, stat 7 bulan ni patut dah kena standby pakaian dlm kereta..
jgn kata standby, brg pon tak abih beli lg..
ada sket lg part sang ibu punya yg masih tak terbeli2 lg..
skrg dah 7 bulan setengah dah pon..
sbb sang ibu terlampau 'rajen' sgt kerja smpai takdan nk wat suma tu..
sila lempang 4 juta kali..
"pang.. pang.."
huhuhu..


sang bayi,

sejak mengandung ni, tah brapa kali sang ibu kena ketumbit..
sat2 di kanan, sat2 di kiri..
dan seterusnya..
skrg ni smpai tahap dah tak sakit..
patutnya kena operate macam sang ibu kena dulu..
tp sbb mengandung, encek dokter ckp takleh nak buat operation mata tu..
takpalah..
sang ibu tunggu lepas pantang la..

oklah..
masa dah taim ni..
sang ibu nak blk rumah..
nak drive dlm jem dgn keta manual plak ni..
smpai rumah perut sang ibu komfem sakit..
sang ibu tgh tunggu maktok beli keta oto ni..
sang ibu nk pinjam..
nanti kita naik sama-sama ok..
kita jalan-jalan carik pasal..
tatatititutu..

Love,

sang ibu yg chomel..
muah.. muah..

>> harini genap 11 bulan sang ibu dan sang abah kawen.. ewah..

Monday, April 26, 2010

6th checkup @ 29 weeks..

checkup kali ni..
berat turun 100 gram..
rasanya makan dah banyak dah..

pagi sblm pi checkup sgt bizi..
dah lama tak minum milo, tiba2 wat milo..
konon2 nk bg kenyang..

skali.......

"sila datang jumaat ni utk minum air gula ya.. nak test samada ada kencing manis @ tak.."

rasa nak pengsan dgr ayat 1st tu ok...

setelah hari jumaat tiba, aku pi la minum air gula tu..
sblm tu kena puasa start jam 10 mlm..
(aku mkn burger sblm tidor.. haha..)
minum air gula dlm kul 8.30 pagi..
sblm tu kena amek darah dulu..

kt rumah dah terpikir air gula tu macam pati sirap yg aku masak.
rupanya takdak la pekat mana..
bak kata yunon, macam minum air gas.
cuma rasa dia tak sedap macam sirap. hehe..
nak ngelat takleh sbb gelas dia yg plastik transparent tu.
pulak tu, time minum tu ramai dok tgk..
haihhh..

mujur ai berjaya minum smpai abih..

lepas tu kena stay 2 jam tanpa makan dan minum.
sbb kena amek darah skali lagi..
gila lapar ok..
slalunya org terlebih gula ni cergas.
tp aku rasa hidup terus suram lepas minum air gula sambil menunggu 2 jam yang seterusnya..
huhuhu..

lepas amek darah, misi ckp..
"if abnormal, kami akan call awak ok.."

smpai harini, takdak plak diorang call..
ok la.................KOT.

blk dari klinik terus bantai mkn askrem.. hehe..

tamat.

>> next checkup 3 May ni..

Sunday, April 25, 2010

Detail Scan of the Sang Bayi..

mungkin dah ramai tgk kt fesbuk ai gambar2 ni..
tp nak letak jugak kt sini untuk direkodkan kt blog ni pulak..
tarikh buat detail scan ni pada 17 April 2010..

presenting..........
the SANG BAYI in 'her' mother's womb..
tadaaaa...

muka sang bayi..

kaki dan betis yg berotot.. sgt sesuai main futsal.. hehe..

ukuran betis dan kelihatan tapak kaki yg bulat tu..

tgh isap jari.. (dari pandangan bahu belakang)

her?
ahaa.. glad to say, dokter ckp dia maybe adalah seorang pompuan..
tp dokter berkata lagi..
"kalau nmpk itu adalah pompuan, dia juga berkemungkinan menjadi lelaki.. kalau dah nmpk dia lelaki, maka dia takkan berkemungkinan utk kluar sebagai seorang pompuan.."
ha.. macam tu pulak..

nak tau kesahihannya, tunggu la dia kluar bln 7 ni..
InsyaAllah..

>> teori sang abah hampir tepat dah tu.. (cerita sebenar berkenaan teori ni akan diceritakan kemudian.. sekiranya dah sahih la nanti.. hehehe..)

Wednesday, April 14, 2010

sang bayi taip entry sendiri..

halow.. how r u.. (nada idlan raja lawak)
nama saya sang bayi..
pelikkan nama tu?
tu la.. sang abah dan sang ibu blom bg nama kt saya lagi.
terpaksa saya guna nama timangan tu..
tp dengar-dengar ibu saya nak letak ala-ala nama dia.
tamak kan dia tu? hehehe..

hm.. ni fes taim saya hack blog ibu saya.
penat tul carik tutorial camna nak hack blog org.
hehehe..
tu yg smpai tak reti nk taip apa tu.
hampir saya carik huruf 'P' tak jumpa.
ingatkan org buat keybod ni lupa nk letak huruf tu.
rupanya saya yg carik tak jumpa..
ada kt ujung ni rupanya...

sebenarnya harini saya dah genap 7 bulan.
mengikut kiraan kalender dokter, lagi 84 hari lagi saya akan keluar.
amazing meh..?


stat 7 bulan ni saya dah mula berkocak dgn sakannya.
ibu dah buat muka aneh sbb perut dia bergelombang.
time tu saya main papan luncur.
sori la ibu...
lupa diri sat.

bab makan alhamdulillah takdak masalah..
apa ibu makan, itu yg saya makan.
ibu tah brapa kali mkn nasik setiap hari.
muak jugak.
nak demand pon tak bleh sbb takleh nk tgk buku menu.
layan ja la..

ok la..
sebelum apa-apa terjadi, baik saya berenti menaip.
misti lepas ni ibu tukar password dia.
tihihihi..

ok.. kepada aunty angah & aunty noma yg sambut besday 12hb dgn harini, nanti saya blanje aunty² main bowling yer..
saya p wat latihan intensif dulu..
tatatititutu..

love,

sang bayi..
\(^_^)/

Tuesday, April 6, 2010

5th checkup @ 27 weeks..

pejam celik.. pejam celik..
dah nak masuk 7 bulan.
cuak2 ayam.. hehehe..

yesterday, pi checkup kt tempat biasa.
berat ai dah jadi 52.6kg. naik 1.3 dari last visit.
oleh kerana last visit adalah 2 minggu lepas, darah dah amek, so this week takdak wat blood test. cuma wat urine test saje. kata misi, semuanya ok.. sang bayi pon ok. heartbeat dia pon ok.. alhamdulillah.
heeeeeee..

skrg sang ibu amek ubat baru.
khas utk org kurang darah.
budak ismah yg cadangkan.
katanya ubat ni dokter tempat dia checkup dulu yg suggest.
dulu dia checkup kt private.
aku checkup kt gomen saje..
penjimatan.. simpan utk beranak kt private.
hehe..

ubat ni namanya Iberet Folic - 500.
brand Abbott.
nmpk sama macam obimin.
tp obimin dia jual kotak lain plak.
obimin kaler pink. ni kaler merah.
makan sebiji sehari.


tgk 2 minggu lg camna kesannya.
sbb 2 minggu lg kena pi checkup lagi.
blood test.
mencik la wat blood test.
abih darah ai..
dah la nak Q kt klinik tu berjanggut.
huhuhu..

>> sedikit letih.. kurang zat ka apa..

Thursday, March 25, 2010

4th checkup @ 25 weeks..

on the 4th checkup, ini hasilnya..

1. Hb (hemoglobin) sang ibu turun lagi. dari 9.5 ke 8.6.. kali misi suh beli ubat kt farmasi plak. kononnya ubat yg klinik bg tu dah tak lut. oh.. camtu pon ada..

2. berat sang ibu telah menjadi 51kg. seperti tidak percaya dah cecah 50kg.. macam mudah pon ada jgk.. haha..

3. kena suntikan kedua. untuk kancing gigi kot. sakit gak sposen.. huuu..

4. kaki tgn masih belum nmpk bengkak.. cuma kt tgn ada sket urat yg timbul.

itu saje.
masih blom kena minum air gula..
^_^


mari tgk apa kata fakta berkenaan perkembangan sang bayi & sang ibu pada minggu ke-25 ni..

Sang Bayi

Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya mereka. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu.

Sang Ibu

Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan.

itu saja..

attached herewith latest pic of the sang ibu for your evaluation. ahaks..!


>> tiba-tiba rasa cepat plak masa berlalu..

Tuesday, March 9, 2010

1st 3D photo of the Sang Bayi..

presenting...........
rupa Sang Bayi di peringkat awalan (preliminary)..

hm.. sang bayi senyum yer..
bagus2.. jgn muka ketat mcm......... (nama dirahsiakan)
hahaha..

beliau sgt sehat walafiat dan sgt aktif dalam perut sang ibu..
sang ibu pon aktif jugak..
aktif makan..
dah 49.5kg.. hamek..

masa scan smlm, dokter ada try nk tgk jantina.
tp bleh plak dia angkat sblh kaki (sblh angle yg kitorg tgh tgk)..
tgh lenguh lutut agaknya.. hahaha..
takdak can la nak tau jantina...

so, buat masa skrg, kami anggap dia pompuan saje..
(sambil terbayang sale Anakku baju skirt2 kt SACC mall yg aku tahan2 nak beli haritu)
farhana? <-- ok, aku mmg tamak. cdgn nama nk ada iras2 aku jgk.
;p

so, dalam sebulan lebih nanti, dokter akan buat detail scan utk semua2..
mebi scan otak suma kot..
tah. aku pon tak reti sgt.
tp time tu dah bleh sahih la jantinanya nanti.
InsyaAllah..

nah tgk gambar lain lak..

ni barang yg kakak bagi. used tilam dan kain baju utk new born.. tengkiu2..

sang ibu beli kt jayen smlm.. RM 5.99.. heee..

buku cerita + album baby.. klinik bagi..

tammat~~

>> ramai org kata bby lelaki.. sbb? 1. bentuk perut. 2. mak belemoih (comot/xbergaya).. hahaha.. whatever.. lihat saja sapa yg kena.. :D