Daisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers
Showing posts with label Aufa's Pic. Show all posts
Showing posts with label Aufa's Pic. Show all posts

Tuesday, February 21, 2012

Aufa Farhana - 1 tahun 7 bulan..

Aufa yg tgh mengendeng kt Pak Njang dia.. kalau naik keta ibu dia mmg xdak harapan la nk posing kt situ..

Itulah dia.. Mcm2 dah reti.. Dari menyanyi lagu x paham smpai tadah tgn baca doa, suma buleh dah.. Dah tau apa itu "sakit", "batuk", "jatuh", dan tunjuk ibu jari sambil ckp "bes..".. Tp yg paling champion, MAKAN!!! Demam x demam, mkn ttp mkn.. Roti vanilla gardenia sebiji tu sat saje bleh lenyap ke perut dia. Rupa mcm seminggu x mkn. Hahaha..

Skrg ni tgh ajar dia gosok gigi dgn berus gigi. Sblm ni guna berus silikon kt jari tu.. Dia nk gosok sendiri tp teknik kurang betul.. So kena paksa sket. Harap2 lepas ni ok la.. Ada cuba letak toothpaste tp dia x reti ludah. Kena cuci toothpaste tu pakai jari ibu dia.. So, start slow2.. Pelan2 kayuh..

Berat dia 11 kg dah kot.. Masa cucuk 3 serangkai (18 bln) haritu dah 10 kg. Mmg dah x berdukung dah skrg. Bleh krem tgn.. Hohoho..

Thursday, August 11, 2011

Aufa dan perangai yang aneh..

ini budak pompuan mempunyai 1 perangai yg aneh (dari sudut kacamata ibu dia).. dia tak suka kain atau apa saja di kaki dia. contohnya, selimut atau lebih aneh lagi, ropol2 seluar di bahagian buku lali. haha..

kalau dia nyenyak tidor, tiba-tiba kita selimut dia, dgn otometiknya kaki dia terangkat dan tolak kain tu jauh dari kaki dia guna kaki. mata pejam.. hoho.. xbleh main tipu ni.

ingatkan selimut saje, tp smlm berlaku 1 kejadian lain lak. dia pakai sluar yg ada ropol2 kt kaki. tiba2 dok berdiri sambil nangis geram. kaki sebelah dok kais2 kaki sblh lagi. rupanya dia ingat natang apa dok lalu2 kt kaki dia. lepas bukak suar tu, diam terus. hahaha..

kalau pakaikan sluar labuh, skali dia terpijak sikit ujung labuh seluar tu, 2 minit lepas tu mmg tinggal pampers la. sbb dia akan pijak2 smpai meloghoih (bahasa kl: londeh). ikut perangai sapa tah ni. bukan ibu dia ni.. huahaha..

itulah dia, Sang Aufa.. dah 10kg agaknya skrg. tak mampu nk dukung dah. kalau dukung, nanti tgn jadi kebas. darah x jalan. haha.. tp kalau biar dia berjalan, perjalanan 3 minit jadi 15 minit sbb byk sgt tempat berenti. cjumpa plastik gula-gula pon nk kutip. jumpa daun sehelai pon nak kutip.. kalau ada pertandingan kutip sampah, mmg menang la dia. hehehe..

mulut dia? kecek banyok.. tu sbb abah dia suka mkn bontot ayam.. hahaha.. oppsssss.. ok, cau sin cee...

>> selamat berpuasa hari ke 11.. Abah Aufa masih di Lumut..

Wednesday, July 20, 2011

Aufa's 1st Birthday Celebration..

tema tahun ini adalah, "biar sederhana, tp meriah.."
cewah.. mcm artis kawen plak. hehe..

hanya berbekalkan jajan yg kurang berfaedah dan sebiji kek yang dikongsi dgn sang Waffi (anak kakak) sbb diorang kongsi same birth date. Aufa setahun, dia 2 tahun..

utk memeriahkan lagi majlis ni, ibu dia beli la topi kertas tu. tp bila dpt kt Aufa, dia makan bucu topi tu. tah kemana perginya. mungkin dah hadam dlm perut. huhu..

majlis kali ni buat kt umah pak ngah kt temerloh sempena majlis pertunangan cik Yang.. so, ramai la yg memeriahkan majlis ulangtahun Aufa ni..

Sebagai bingkisan, lihat lah suasana majlis yang tak seberapa ni.. dan juga rupa birthday girl and boy masa nak potong kek tu..


masih nk kerut dahi.. hehe..

>> smlm bawak Aufa main futsal.. blk rumah, 2-2 terguling. hehe..

Wednesday, July 6, 2011

Happy 1st Birthday Aufa..!!

Allah Selamatkan Kamu..
Allah Selamatkan Kamu..
Allah Selamatkan Aufa Farhana..
Allah Selamatkan Kamu..

Alhamdulillah, Aufa telah pon mencapai umur setahun pada harini.. ibu dia sgt happy dgn Aufa smpai dah lupa camna sakit bersalinkan dia tahun lepas. hehehe..

dalam masa setahun ni, nampak perkembangan yang positif dari segi pemikiran dia, attitude dia.. dan yang penting, tak banyak karenah. sesekali tu ada la jugak mengamuk, tp biasanya ibu dia mmg dapat tidor nyenyak. bangun mlm cuma sekali.. tu pon dia cuma minum air masak.

Sejak lahir Aufa dah dididik minum air masak. tp 2 bulan pertama, dia minum susu dan air zam-zam sahaja. mungkin sebab itu dia lagi suka minum air masak dari minum susu. kalau sebotol air masak bagi kat dia, mmg habis terus lah.. habis sbb main sembur-sembur jugak.. haha..

Mulut banyak smpai jumpa bangla dalam lif pon nak tegur. very the peramah ok.. dah la tegur org pon lidah berbelit mcm anney, pahtu bleh siap tunjuk2 lg.. hahaha..

apapun, semoga Aufa sentiasa sihat dan membesar dengan cergas serta sentiasa mendengar kata.. Ibu dan abah akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Aufa.. We love you.. mmmuuuahhhh...!!!

nah gambar dan video beliau pada pada hari lahirnya..



>> cheers.. :)

Monday, June 13, 2011

Aufa @ 11 months-old.. Alkesah di nursery & baby sitter..

dear all.. lama tak menulis kt sini.. ibu aufa bizi lebih dari menteri. menteri tak bizi sgt sbb dia ada assistant. hehe..

semenjak 2menjak ni kalut betul dgn Aufa.. bermula dari dia kena cakar kt nursery tu la.. benda dah jadi, nak buat camna.. yg bleh ibu dia hot temper tu sbb pihak nursery tak bgtau apa yg dah jadi.. then tuduh Aufa buat sendiri dlm katil dia.. kalau kuku pendek, dia nk toreh dgn apa.. haih.. mujur ibu dia tak toreh penjaga nursery tu.. huhuhu.. idup ibu dia jadi porak peranda sat sbb nak kena carik tempat baru utk Aufa..


sian Aufa.. huhu..


laporan secara online kepada JKM dibuat supaya nursery tu ambil langkah berjaga2 lepas ni.. bukan utk membalas dendam, tp untuk memberi peringatan..

lepas kejadian tu, both her parents cuti.. lega.. sang abah dia cuti seminggu.. lega kuasa 2.. sbb ada masa utk cari new baby sitter, sementara tu sang abah bleh jaga dia kt rumah tp time lunch ibu dia kena blk jenguk jugak.. hehe..

smlm call kakak yg kata nk jaga dia haritu dlm kul 6 sbb nak p umah dia hantar walker. rupanya dia dah jaga anak org lain. oleh kerana kami cuti seminggu dan tak bg confirmation kt dia kata nak hantar aufa, dia dah janji dgn org lain plak. gelabah biawak sat. huhuhu..

lantas ibu dia p berlegar2 di blok umah tu kul 6.30 ptg, tanya kot2 ada org kt blok tu jaga anak org. jumpa org pertama kt blok, tp dia suh tanya nursery bwh tu.. org kedua adalah org nursery.. dia nak budak yg dah bleh berjalan.. pulak.. dia suh tanya org ketiga kt tingkat 5.. naik lif p tingkat 5.. org ke3 dah jaga ramai.. dia suh tanya org ke4.. dia bawak ke blok lain jmpa org ke 4.. umah kotor yg amat.. x penah la aku tgk umah camtu punya dahsyat.. bau semacam.. masuk je dlm rumah, mmg dah ckp awal2 dlm hati, "aufa tak bleh dok sini..". tgh dok sembang, nmpk bawah sofa dia ada pampers.. OMG.. tah dah pakai ke blom x tau la.. huhuhu..

lepas kluar dari umah tu, org ke3 ajak p rumah lg 1 sbb dia kata umah org tu dahsyat sgt.. haih.. tau pon. yg bawak aku p situ buat apa.. huhu.. dan ketika azan maghrib hampir berkumandang, finally jumpa org yg nmpknya berkenan di hati.. seorang makcik yg dah berpengalaman jaga budak since 2002.. lebih dari 20 org dah dia jaga.. yg dari baby smpai darjah 1 pon ada. masa tanya smlm, dia kata dia dah takdak sapa2 nak jaga sbb org yg last tu pindah rumah. yg sebelum2 ni pon berenti sbb pindah rumah. cuma baru ni ada org nak suh jaga anak.. tp baby kecik lg.. 2,3 bulan camtu.. sama-sama masuk dgn Aufa harini..

dalam masa sejam mencari umah baby sitter.. gigih mencari secara solo.. tak sangka Allah permudahkan jalan untuk Aufa dan ibu & abah dia ni.. Alhamdulillah..

dan harini, ibu Aufa mampu bernafas lega.. Aufa pulak dah mula duduk kt rumah baby-sitter barunya.. semoga dia baik-baik aja..


Aufa yg bulat @ PD..

>> phew.. (sambil perah peluh dari tuala)

Thursday, January 6, 2011

6-months-old Aufa @ 6 Jan 2011..

ibu dan 'bos kecik'.. dalam jem.. hehe..


Akhirnya 'bos kecik' tidor..
 Gambar ni masa nak hantar dia pi nursery pagi tadi..
jem lama sgt.. smpai 2 kali dia tertidor dlm kusi tu..
jaga.. tidor.. jaga.. tidor blk..

sabar yer si chomel ibu..
next week kita jalan kaki saje pi nursery..
:)

>> Aufa angkat bdn sket² dah..

Wednesday, December 22, 2010

Aufa pi checkup @ 5-months-old..

Berat: 6.97kg (previously 6.77kg)
Tinggi: __
Lilitan kepala: __


checkup ni buat hari isnin baru ni..
masa tu umor 5 bulan stgh dah..
amek injection 3rd dose DTP tu..
plus injection utk 6 bulan skali..
so next month takyah ambik dah yg mandatory tu..
boleh ambik 2nd dose additional injection plak..

seperti biasa, takdak demam pon..
dah nak masuk 6 bulan masih steady..
kental betul budak tecik ni..

aufa kini dah boleh pumping.. hehe..
berenang2 kt lantai, tiba2 berhenti pumping plak..
sbb tu berat naik sket saje..
boleh membuat pusingan 360 darjah..
tapi masih belum buleh merangkak..
tapi kalau naik walker, dia dah maju ke hadapan..
aiceh..

next month mebi nk stat letak kt nursery..
masa tu dah 6 bulan dah..
elok la..
nanti kalau lama sgt dok umah, mebi dah tau kenal org, susah plak..

>> happy for Aufa.. keep growing dear.. :)

Monday, December 6, 2010

5-months-old the sang Aufa..

6 dec 2010..
5 bulan lepas, time ni aku tgh on the way ke hospital..
ada sakit sket-sket yg agak kerap tp masih boleh bertahan..

sekarang..
sang aufa hanya masih meniarap saje..
dia tak sempat nk belajar benda lain sbb asyik melompat dlm jolly jumpe tu saje..
mungkin pahni nk kena letak dia kt bawah bagi belajar utk merangkak plak..

malam plak dia bangun skali saje.
nmpk mata hitam dia pandang org yang membancuh susu.
tak kira la ibu dia or abah dia..
kuat tidor jugak budak tecik ni..
mujur tidor malam..

dan smpai sekarang dia masih belum pernah demam walaupon kerana cucuk imunisasi.. selsema tu ada la skali..
alhamdulillah.
harap sehat la berpanjangan..

insyaAllah 20hb ni kena cucuk berangkai2 tu..
3rd dose.
meraung lagi la tu..
hehehe..

Aufa Farhana - 5-months-old..



"Dah besar nanti saya plak ngaji dgn maktok.."

Sejak ada natang ni, tak perlu guna stroller sgt dah.. mudah sket..
cuma ada rasa macam indon ngendong anak.. haha..

>> happy for Aufa..

Thursday, November 25, 2010

Aufa pi checkup @ 4-months-old

semalam checkup sang Aufa..
untuk yang 4 bulan (umur masa pi 4 bulan 2 minggu 4 hari)

Berat: 6.77kg
Panjang: 65.5cm
Lilitan kepala: 42.5cm


berat bulan ni naik 0.62 kg..
ok la tu..

masa checkup smlm ada ambik additional vaccination.
pneumoccocol dgn rotarix.
untuk elak jangkitan otak (menigitis) dan cirit birit yg melampau.

yang additional ni mmg tak ada kt klinik gomen.
dan sepatutnya masa checkup 4 bulan ni mmg tak ada inject apa2..
tu yg ambik tu time ni tuh.
sbb bln depan nak sambung 3 serangkai tu.
boleh tahan gak rega setiap 1 dose tu.
tp rasanya boleh claim kt ofis..
dah ujung taun pon.
guna habis2an medical expenses yg ada..
hehehe...

seperti biasa, lps cucuk, bagi dia ubat demam siap2..
pg ni dia ok saje. senyum2.
mlm tadi ada nangis sat2 dan agak kerap jugak.
mungkin sakit kot..
sian sang Aufa..
takpa.. utk kebaikan dia jugak.

sang aufa hanya masih boleh meniarap dan sedikit berputar dari tempatnya..
lom ngesot jauh-jauh lagi..
dia seronok melompat dalam jolly jumper tu..
elok gak ada bendalah tu..

>> baru beli baby pouch kt kedai lunatots tadi.. langkah mengatasi tgn krem masa dukung. hoho..

Saturday, November 6, 2010

4-months olredi..

sang aufa farhana dah 4 bulan..
badan tegap dan keras macam penah masuk tentera..
hahaha..

dah pandai meniarap dgn gigih (smpai sakit otot blkg)..
dah minum susu kuat.. currently 5-6oz/3-4 hours..
dah pandai aim mainan yg tergantung..
dah pandai masuk mulut benda kt tangan..
dah pandai nak mintak utk org pegang dia berdiri (kaki dia straight mcm kejang, punya tak mau duduk)..
dah pandai senyum senget (style org malas senyum)..
dah pandai sebek (mencebik) bila tgk org tak dikenali..
dah selesa dok dlm car seat..
dah pandai tidor buas (bantal ke lain, dia ke lain, yg pasti, perut ibu dia mmg kena terajang)..
dah pandai tgk tv..
dan..
dah sgt berat juga..
sangat-sangat... hoho..


>> i'm happy.. :)

Monday, November 1, 2010

mari mengundi Sang Aufa..

aufa masuk dalam list "Bayi Bulan Ini" lagi..
ibu dia mmg poyo..
hahaha..

tgh malam tadi tetiba teringat pencalonan dibukak stat 1 Nov..
maka sang ibu pon masuk beberapa entry..
tadi saja check. tengok² Sang Aufa ada..
jadi org pertama lagi tu.. hehe..

so, gambar yg pihak Pa&Ma pilih untuk diundi yg sama bln lepas punya..
gambar yg lain tu tak chomel ke?
hmm..

jadi, meh la ramai2 kita undi smpai letih..
hehehe..

tekan link ni untuk ke page undian..
sila ke page last skali yer..
entry aufa dok kt bawah skali kt page tu..


undi jgn tak undi.. ewahhh...

p/s: baru bukak tgk tiba2 dah ada 480 undian.. hehehe..

tips mengundi: kalau klik skali, page refresh, undi akan menjadi 1.. kalau klik tanpa henti macam main game tembak2 kt icon 'undi' tu, bila page dah refresh lepas klik, undi akan menjadi byk sekaligus. ikut byk mana yg dah di klik..

>> thanks Rayer & Nad.. kalau menang, Aufa blanje korang mkn askrem.. hehe..

Friday, October 22, 2010

Aufa pi checkup @ 3-months-old

tgh tidor pon bleh peace.. dah kena sawan sang ibu dia ni..

20hb haritu bwk Aufa pi checkup untuk yg 3 bulan punya..
tp dia dah 3 bln stgh dah masa tu..
tp kali ni ibu dia dah decide nk pi klinik swasta (umra).
sebab medical expenses kampeni utk taun ni ada byk lagi.
lgpon dah malas nk Q kt klinik gomen nu.

cey.. muka dia baik dpn dokter.
xtau nk kena cucuk pahtu.
kehkeh..

berat dia naik 0.9kg.
bulan lepas 5.2kg..
bln ni 6.1kg.
ramai tanya, "Aufa dah stat mkn ke?"
agaknya sbb nmpk dia bulat sgt berbanding umor dia kot.
oh.. dia cuma minum susu..
susu formula.
takdak campor susu badan dah. (aku fail.. waaaaa..)
huhuhu..

disebabkan dia tak suka baring (belagak macam bleh berdiri sendiri jah), masa misi nk ukur panjang dia, dll dia dok bunyik2 takmo. misi angkat, terus diam dan senyum2..
buli misi nmpk.....

so, dia amek 2nd dose 5/3 serangkai tu..
DTP namanya.
ada la nama penyakit dari hurup2 tu..
malas nk google carik. hehe..

dicucuk kt peha dia secara mengiring menyebabkan senyuman dia dari semanis kurma jadi kelat-kelat masam.. pahtu muka merah padam dan seterusnya meraung..
angkat dia tepuk2 sket, terus diam dah.
eh.. gagah perkasanya si mulat ni.
hehe..

blk rumah, bg mkn ubat demam sket.
walaupon tak demam lg, kena bg gak sket.
takot kot2 sok dia demam.
alhamdulillah, takdak demam..
since beranak smpai skrg masih tak demam..
alhamdulillah...

smlm maktok dia suh beli nestum utk baby tu.
katanya dia dah bleh stat mkn.
susu skali minum 5oz macam tak cukup.
jadi kena tmbah nestum lak utk bagi gemuk lagi..
hm.. pahni ibu dia bleh masuk sukan komanwel acara bina badan utk berat bawah 45kg..
hehehe..

mari mengeliat..

>> Aufa tidor dgn ibu dia saje.. Abah pi belayar.. lmbt lg nk balik..

Monday, October 18, 2010

Aufa's 1st toys..

setelah kesian tgk mek Aufa melangut je tgk siling hari-hari, ibu dia paksa abah dia beli pamenan ni..
bagus utk perkembangan otak baby yg berumor 2,3 bln ni..


mula-mula dia setakat berkepak setempat..
setelah beberapa hari, tgn dia terlempang beetle yg tergantung tu..
pahtu dia dok main lempang beetle tu sbb susah sgt nk aim utk pegang..
skrg dah boleh aim sket2 pegang beetle tu..
mengapai sampai terlena..
ada video tu..
nanti la boh..
kagum jap tgk video tu sbb dia dah pandai pegang2..
tak ku sangka.. hehehe..

>> Aufa: suka guna tgn kiri..

Wednesday, October 6, 2010

3-months-old Aufa..


lahir..
minum susu..
tidor..
bangun..
mandi..
main..
minum susu..
tidor..
tidor..
minum susu..
jalan..
mandi..
tgk tv..
minum susu..
tidor..
................................

tuptup..
dah 3 bulan..
dah pandai bercakap dgn bahasa sanskrit versi bayi..
very talkative..
even bleh bercakap dgn gigih masa jam 3 pagi..
tak byk nangis..
nangis cuma time lapar dan tak selesa (kencing @ berak)..
waktu lain dok perati org saje..
even bgn tidor pon gelak2..
ibu suka tu.. hehe..

so..
Happy birthday, our si comel..
semoga membesar dgn sehat dan cerdas..
minda yang cerdas ye.. lahir dari otak yg sehat ye..
(baca dgn nada johan ngajuk dr fazilah kamsah)

"apa tgk²..? nak kena penumbuk?"

hahaha..

>> dah tak larat nk dukung.. tgn tak kuat.. mau dkt 6.5 kg dah gamaknya ni.. huhuhu..

Monday, October 4, 2010

sesi bergambar..

hasil sesi fotografi bersama Encek Rayer dan Cikgu Nadiah itu hari (thanks guys..)..


aku dah buat as collage..
pahni bleh cuci..
si bolat lom ada album lagi..
:)

>> rindu kt si bolat.. huuu..

Wednesday, September 22, 2010

Aufa dan 3 serangkai..

semalam checkup Aufa utk kali ke-2..
untuk bulan yg ke-2..

pipi dah nak sama tinggi dgn idung..
(pic: credit to rayer & nad)

berat: 5.2kg @ 2.5 months
(1st checkup @ 40days = 4kg)

panjang: 58cm

everything semua ok.
cuma ending lawatan kt klinik tu dia syahdu.
bkn takat syahdu, malah meraung..
mau tak meraung, kena inject dos pertama 3 serangkai tu.
cian sang bayi..
alhamdulillah dia tak demam pon harini.
lega..

takpa2.. inject tu utk kebaikan dia sendiri gak.
dan takpa.. bln depan kena yg 2nd dos lak..
meraung akan kembali bersambung nanti.
hehe..

>> tinggal dgn maktok..

Monday, September 20, 2010

Mr. & Mrs. Gaban..

ekceli, setelah sebulan lebih entry pasal Aufa dipublishkan kt blog Mrs. gaban aka Minah, baru harini aku pasan..

adesss....



diorang ni dtg tgk Aufa masa hari ke-17..
masa pipi dia masih lom bulat sgt macam skrg..
hehehehe..

semoga pipi anak korang sama naik dgn Aufa la nanti eh..
baru namanya kenan..
anak aku ni kena kenan pipi Nayli.
hahaha..

nak tgk gambar lain, bleh masuk kt blog puan minah kita..
apa pon, tima kaseh kt tuan punya kamera iaitu hasben puan minah iaitu encek gaban..
dgn ucapan, jgn serik dtg rumah aku..
bleh mkn bihun sup utara lagi.
haha..

>> nak gambar lain gak weh..

Friday, September 17, 2010

cerita lepas pantang..

fakta-fakta yang agak luar biasa berkenaan kejadian lepas abih pantang haritu:

1. enjin kereta mati masa nk masuk parking..

2. kaki rasa ngilu sbb dah tak pakai stoking..

3. mula surf tenet, cari petua-petua nk ilangkan parut strech marks ..

4. addicted dgn drama-drama kt tv.. si capik pon aku layan..

5. beli krim mustajab.. extra hot.

6. kena allow masa dlm sejam sblm kuar berjalan-jalan.. untuk siapkan Aufa dan barang-barangnya..

7. kena cuba tambahkan berat badan. kalau tak, tak larat nk dukung Aufa.

8. kain baju kurung sendat sket.

9. sluar jeans masih muat di pakai.. (baru ingat nk beli baru)

10. handbag makin gemuk sbb penuh dgn perkakas Aufa..

tamat..

dibuli sang ibu.. muka tak rela..

>> fes day kerja lepas 2 bulan stgh bercuti.. slamat hari raya.. :)

Thursday, September 2, 2010

si bolat..

inilah dia hasil dandanan yg diperolehi sekiranya anda mendapat anak perempuan..


gelang tangan dan riben di kepala bagi bayi yg lmbt tumbuh rambut (baca: botak) adalah antara kemestian..

hm.. ni lom lagi stat pakai tight, legging, skirt pendek, baju prinses dan sebagainya...

tungguuuu...

>> rosak ibu dia ni..

Thursday, July 29, 2010

Aufa - Day 22

ok, pipi dah makin bulat..
berat pon dah terasa..
susu makin kuat minum..
(dah 3 oz.. sblm tu dah minum susu badan dulu..)
malam2 suka kejutkan ibu dia bgn kira2 2,3 jam skali..
hobi, dok atas riba org sambil memandang ke tingkap..
walaupon dah 22 hari (harini dah masuk 23) tp cuma 4,5 pasang baju newborn sahaja yg beliau muat utk dipakai siang dan mlm..
yang lain masih gedobos...
walaupon ada tertulis saiz newborn di baju berkenaan.
jadi, raya ni takyah beli baju dah..
ada setong baju yg masih belum berusik..

oh ya..
taun ni dah bleh kutip duit raya..
jgn jeles...
hehehe..

gambar versi pasport.. baru masuk rekrut dan dalam keadaan senang diri..

>> mari tidor siang..