Daisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers
Showing posts with label Knowledge Sharing. Show all posts
Showing posts with label Knowledge Sharing. Show all posts

Tuesday, June 26, 2012

Aufa dan puting..

masa Aufa baby2 dulu, dia diberi puting utk tenangkan dia walaupon aku x berapa gemar.. Secara terpaksa.. Walau penggunaan x kerap sehingga sekarang, tp rasa susah plak nk stopkan dia. Dah ketagih la pulak.. Guane gamok?

Opismate aku seorang cina penah ckp, masa anak dia dulu, dia gunting puting tu. So bila anak dia nk isap, puting tu jadi pendek dan tak jadi nk isap. Kesan sampingan adalah amukan selama seminggu ketika tidor.. Lepas tu slowly ok.. Tips bagus gak tu.. Tp pastikan puting yg digunting tu bukan puting yg ada cap.. Nnti beli mahal2, jadi korban pulak..

Skrg kena byk survey nk hentikan dia dari isap puting.. Ala2 kempen berenti merokok la ni..
Hehehe..

Wednesday, October 5, 2011

kaunter utk amek susu..

akhirnya masalah Aufa yang 'rajen mengemas' dapor berjaya ditangani..


oleh kerana opening dapor aku luas, jadinya sgt susah nak cari safety gate yang bersesuaian.. akhirnya, bermodalkan kayu pelapik katil yang org buang tepi jalan dan 8 batang paku, kami telah jimat RM150 utk pagar besi tu..

kalau dia nk minum susu, dia ambik kt atas meja tu sbb pembuat susu biasanya akan berada di sebelah dapor sana..

settle....!!

>> lega...

Wednesday, January 12, 2011

makanan pejal pertama Aufa..

yaa.. mari main masak-masak..
hehe..

Aufa dah makan bubur nasik (kalau org kedah kata, moi) since umor 5 bln lebih..
ada org kata better tunggu btoi2 6 bln baru bg.
tp tau2 la org veteran ni, depa suruh gak..
terpaksa follow gak..
huhu..

kali ni nak bagi resipi moi Aufa..
kiranya makanan pejal pertama utk bayi la ni..
mudah dan kacang utk disediakan..

Bahan-bahan:

4 sudu beras - cuci bersih2 dan selawat masa cuci
stgh batang lobak merah - buang kulit dan dipotong bulat-bulat
sebiji kentang (size kecik) - buang kulit dan potong kecik2
beberapa kuntum brokoli - potong nipis2
garam - 1/5 sudu teh (very the sikit okeh..)

Cara memasak:

masuk dalam periuk biasa yg plg kecik (bkn rice cooker) semua bahan di atas. masukkan air setengah periuk dan biar smpai air kering. jangan bukak api kuat sgt. nanti ada gak yg hangus.. (eh, mcm ada pglmn saje.. haha..). kalau masih kurang masak dan lembut, tambah air lg..

kalau semua bahan dah masak dan hampir kering air td (jgn smpai btol2 kering ok), tutup api. blender suma bahan td smpai halussssss.... kalau tak brapa nk gerak, bleh letak air masak skettt saje.. nanti jadi bubur berair plak. Kalau dpt dek Aufa, dia sembur ja moi cair tu.. hahaha..

kalau kurang rasa, bleh letak garam sket lg. tp baby seeloknya jgn ada rasa yg kuat sgt.. lgpon, bila letak brokoli tu dah buat rasa moi tu sgt sedap.. tak caya cuba tes rasa..

dan siappppp..
rupa dia akan jadi cenggini..


dan dpt byk ni..
bleh la makan 5 hari..


aku prefer suap dgn tgn jari guna sudu.. dia lebih puas mkn. sbb mknn tu aku terus tolak ke bhgn tepi (area geraham).

kalau mknn ni jadi kaler merah, jgn risau. itu tandanya anda terlebih lobak merah.. ok jugak tu..

nota: jgn hidang kt baby semasa masih panas yep.. biarkan dlm suhu bilik atau suam-suam kukukakiku..

>> selamat mencoba..

Monday, August 16, 2010

mandi wiladah dan nifas..

aku nk kongsi sket ilmu berkenaan kisah mandi wajib bagi org beranak ni..
tahukah anda bahawa terdapat 2 jenis mandi yg wajib bagi perempuan yg baru bersalin?
1. mandi selepas melahirkan anak
2. mandi selepas kering darah nifas

petikan dari web ni..

Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.

Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak.

Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.

Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.

Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.

Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

teringat masa nak mandi wiladah kt bilik air di labor room. nak berdiri pon tak larat.. takot jahitan yg baru jahit beberapa minit sblm tu putus pon ada.. hoho..

sememangnya mandi wajib ni perlu rata seluruh badan. tp atas sbb tertentu, tak semestinya nak kena mandi dgn air yg banyak seperti mandi wajib kerana haid. mula2 mandi seperti biasa setakat yg mampu, dan part yg tak takot terkena air yg byk (terutamanya di bahagian jahitan), cukuplah sekadar meratakan @ mengenakan air di tempat berkenaan.

wallahu'alam..

>> selamat beramal..