Friday, August 20, 2010

44 hari itu telah tamat..

alhamdulillah...
sang ibu dah tamat pantang 44 hari tu..
tp masih belum bules stat posa..
sabar............
T_T

ni video si bolat Aufa..
baru kena dadah (baca: susu)..
lalok terus..
hehehehe..

video


>> selamat mengganti posa.. lalala~~

Monday, August 16, 2010

mandi wiladah dan nifas..

aku nk kongsi sket ilmu berkenaan kisah mandi wajib bagi org beranak ni..
tahukah anda bahawa terdapat 2 jenis mandi yg wajib bagi perempuan yg baru bersalin?
1. mandi selepas melahirkan anak
2. mandi selepas kering darah nifas

petikan dari web ni..

Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.

Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak.

Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.

Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.

Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.

Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

teringat masa nak mandi wiladah kt bilik air di labor room. nak berdiri pon tak larat.. takot jahitan yg baru jahit beberapa minit sblm tu putus pon ada.. hoho..

sememangnya mandi wajib ni perlu rata seluruh badan. tp atas sbb tertentu, tak semestinya nak kena mandi dgn air yg banyak seperti mandi wajib kerana haid. mula2 mandi seperti biasa setakat yg mampu, dan part yg tak takot terkena air yg byk (terutamanya di bahagian jahitan), cukuplah sekadar meratakan @ mengenakan air di tempat berkenaan.

wallahu'alam..

>> selamat beramal..