Daisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers
Showing posts with label The Wife... Show all posts
Showing posts with label The Wife... Show all posts

Sunday, May 1, 2011

almost 2 years..

perkahwinan kami dah nak menjangkau 2 tahun ujung bln ni..
pejam.. celik.. pejam.. celik..
sat saje kan..
lagi cepat masa berlalu sbb kalut dgn kerja, rumah tangga, Aufa..

kalau dulu bleh ikut suka nk tidor @ bgn kul brapa, skrg tak lagi..
sbb tanggung jawab dah makin bertambah..
nak make sure at least 80% kerja siap sebelum berehat dan yg paling2 penting adalah mengutamakan keperluan Aufa..
makan.. minum.. mandi.. tidor.. dia..

sebelum kawen dulu, kehidupan aku sememangnya diselubungi sifat pemalas yg melampau..
smpai rasa tak mampu utk menempuh tanggungjawab yang macam ni..
tp bila dah smpai masa tu, kita sendiri yg berubah tanpa disuruh..
tanpa rasa terpaksa..
tanpa rasa tertekan..
sbb kita tahu, tanggungjawab itu sebenanrnya adalah kehidupan kita..
walaupon byk tanggungjawab tp sgt enjoy menikmatinya..

komitmen plak dari pebagai segi..
kerja 5 hari seminggu itu adalah rutin ang mmg tak dapat dielak..
ditambah pulak kalau hari-hari kena blk lewat dari opis..
blk kerja nak masak..
tp seperti biasa, kalau aku masak lepas blk kerja on time, lepas isyak baru dpt mkn..
xtau apa yg buat lmbt sgt..
tp alhamdulillah, encek mohd husband tak penah nk mengeluh..
tak penah nk marah kalau lmbt siap masak..
tak pernah nk kondem kalau masakan tu ala kadar shj..
terima kasih kerana memahami..

mulai dari saat ini, sang isteri @ sang ibu akan cuba sedaya upaya menjadi terbaik dari hari ke hari..
InsyaAllah..
:)

>> Aufa dah hampir boleh berdiri tanpa memegang apa-apa selama beberapa saat.. happy for you.. :)

Monday, November 1, 2010

rambut gugur..

lepas baca komen puan leesot kt fesbuk dia yg dia sedang keguguran (aku ingatkan dah mai period, rupanya rambut.. hehe..), teringat kisah ibu aufa yg kini keguguran rambut secara serious jgk since 1 month ago.. huhu..

aku taktau apa kaitannya. tp kata org bila anak kita dah stat main air liur, maka rambut ibu dia akan mula berguguran.. agaknya, dgn tempoh anak mula bleh main air liur tu mmg dah smpai waktu rambut utk gugur..
gamaknya..

aufa tak nmpk main air liur pon. cuma ada la sesekali lepas minum susu dia terbuat belon kecik kt mulut. takkan tu pon di ambil kira?
adess...

kepada yg tak tau, ni bkn berguguran sket2.. ni dah macam kena lukiemia pon ada.. bayangkan skali sikat pakai jari (macam iklan syampu), rambut gugur bleh dapat segenggam. tu blom wat kali ke 2.. smpai dah tak berani nak wat camtu dah..
kalau syampu? hamek la suma gugur dgn pantas sbb ikut aliran air.. dalam bilik pon abih rambut dah sebati dgn karpet..
huhuhu..

so, solution skrg adalah menggantikan syampu biasa kepada jenis "Hair Fall Control"..
walaupon tak tau keberkesanannya, tp try saja lah..

>> baru anak sorg tu..