Thursday, November 25, 2010

Aufa pi checkup @ 4-months-old

semalam checkup sang Aufa..
untuk yang 4 bulan (umur masa pi 4 bulan 2 minggu 4 hari)

Berat: 6.77kg
Panjang: 65.5cm
Lilitan kepala: 42.5cm


berat bulan ni naik 0.62 kg..
ok la tu..

masa checkup smlm ada ambik additional vaccination.
pneumoccocol dgn rotarix.
untuk elak jangkitan otak (menigitis) dan cirit birit yg melampau.

yang additional ni mmg tak ada kt klinik gomen.
dan sepatutnya masa checkup 4 bulan ni mmg tak ada inject apa2..
tu yg ambik tu time ni tuh.
sbb bln depan nak sambung 3 serangkai tu.
boleh tahan gak rega setiap 1 dose tu.
tp rasanya boleh claim kt ofis..
dah ujung taun pon.
guna habis2an medical expenses yg ada..
hehehe...

seperti biasa, lps cucuk, bagi dia ubat demam siap2..
pg ni dia ok saje. senyum2.
mlm tadi ada nangis sat2 dan agak kerap jugak.
mungkin sakit kot..
sian sang Aufa..
takpa.. utk kebaikan dia jugak.

sang aufa hanya masih boleh meniarap dan sedikit berputar dari tempatnya..
lom ngesot jauh-jauh lagi..
dia seronok melompat dalam jolly jumper tu..
elok gak ada bendalah tu..

>> baru beli baby pouch kt kedai lunatots tadi.. langkah mengatasi tgn krem masa dukung. hoho..

Saturday, November 6, 2010

4-months olredi..

sang aufa farhana dah 4 bulan..
badan tegap dan keras macam penah masuk tentera..
hahaha..

dah pandai meniarap dgn gigih (smpai sakit otot blkg)..
dah minum susu kuat.. currently 5-6oz/3-4 hours..
dah pandai aim mainan yg tergantung..
dah pandai masuk mulut benda kt tangan..
dah pandai nak mintak utk org pegang dia berdiri (kaki dia straight mcm kejang, punya tak mau duduk)..
dah pandai senyum senget (style org malas senyum)..
dah pandai sebek (mencebik) bila tgk org tak dikenali..
dah selesa dok dlm car seat..
dah pandai tidor buas (bantal ke lain, dia ke lain, yg pasti, perut ibu dia mmg kena terajang)..
dah pandai tgk tv..
dan..
dah sgt berat juga..
sangat-sangat... hoho..


>> i'm happy.. :)

Wednesday, November 3, 2010

gambar dalam video..


Song: Gita Gutawa - Sempurna..

>> create video with Picasa.. mudah dan kacang..

Monday, November 1, 2010

mari mengundi Sang Aufa..

aufa masuk dalam list "Bayi Bulan Ini" lagi..
ibu dia mmg poyo..
hahaha..

tgh malam tadi tetiba teringat pencalonan dibukak stat 1 Nov..
maka sang ibu pon masuk beberapa entry..
tadi saja check. tengok² Sang Aufa ada..
jadi org pertama lagi tu.. hehe..

so, gambar yg pihak Pa&Ma pilih untuk diundi yg sama bln lepas punya..
gambar yg lain tu tak chomel ke?
hmm..

jadi, meh la ramai2 kita undi smpai letih..
hehehe..

tekan link ni untuk ke page undian..
sila ke page last skali yer..
entry aufa dok kt bawah skali kt page tu..


undi jgn tak undi.. ewahhh...

p/s: baru bukak tgk tiba2 dah ada 480 undian.. hehehe..

tips mengundi: kalau klik skali, page refresh, undi akan menjadi 1.. kalau klik tanpa henti macam main game tembak2 kt icon 'undi' tu, bila page dah refresh lepas klik, undi akan menjadi byk sekaligus. ikut byk mana yg dah di klik..

>> thanks Rayer & Nad.. kalau menang, Aufa blanje korang mkn askrem.. hehe..

rambut gugur..

lepas baca komen puan leesot kt fesbuk dia yg dia sedang keguguran (aku ingatkan dah mai period, rupanya rambut.. hehe..), teringat kisah ibu aufa yg kini keguguran rambut secara serious jgk since 1 month ago.. huhu..

aku taktau apa kaitannya. tp kata org bila anak kita dah stat main air liur, maka rambut ibu dia akan mula berguguran.. agaknya, dgn tempoh anak mula bleh main air liur tu mmg dah smpai waktu rambut utk gugur..
gamaknya..

aufa tak nmpk main air liur pon. cuma ada la sesekali lepas minum susu dia terbuat belon kecik kt mulut. takkan tu pon di ambil kira?
adess...

kepada yg tak tau, ni bkn berguguran sket2.. ni dah macam kena lukiemia pon ada.. bayangkan skali sikat pakai jari (macam iklan syampu), rambut gugur bleh dapat segenggam. tu blom wat kali ke 2.. smpai dah tak berani nak wat camtu dah..
kalau syampu? hamek la suma gugur dgn pantas sbb ikut aliran air.. dalam bilik pon abih rambut dah sebati dgn karpet..
huhuhu..

so, solution skrg adalah menggantikan syampu biasa kepada jenis "Hair Fall Control"..
walaupon tak tau keberkesanannya, tp try saja lah..

>> baru anak sorg tu..