Wednesday, December 23, 2009

nak buat kad merah..

kadang-kadang org panggil kad pink. alaa.. kad ibu mengandung yg dibuat kt klinik-klinik kerajaan tu.. rupa dia camni..

sumber: blog ni

aku nak buat kad ni memandangkan pregnancy aku dah hampir 3 bulan (cepat2 la trimester 1 ni tamat.. cepat sket selera mkn ni dtg.. hoho..). haritu cubaan membuat kad ini kt kampung adalah tidak berjaya sbb aku menetap & kerja kt shah alam. so, dia suh gak wat kt shah alam. sgt tak bes bila kena Q dkt stgh hari utk wat appointment uk wat kad ni.. pahtu mungkin dlm sebulan baru dia panggil utk wat checkup utk wat buku ni.. aduyai.. nak Q tu yg gue letih tu.. sabar.. sabar..

jadi, permasalahannya adalah begini..

ada org sarankan waktu yg sesuai utk buat kad ni adalah bila kandungan dah 3 bulan. dan ada gak yg kata 3 bulan tu terlalu awal. nanti misi marah. jadi kena pegi buat bila dah masuk 5-6 bulan.. uih.. aku rasa, kalau time tu baru nak buat, bukan misi je yg marah, penjaga nombor kt klinik pon dah tengking aku gamaknya. hehehe..

so, mintak pendapatan anda semua yg lebih pakar berkenaan masalah ini..

bilakah waktu yg sesuai bagi ibu mengandung buat pertama kali perlu pergi ke klinik kerajaan untuk membuat kad tersebut? sila jelaskan dgn carta aliran yang sesuai..

sila jawab yer..
mekasih..
eceh..

>> jd antu spegeti..

Monday, December 14, 2009

tabiat luar biasa..


sindrom mengandung ni, biasalah, ada saja perkara luar biasa yg ibu-ibu diluar sana buat tanpa disangka-sangka.. dari perkara sebesar-besar smpai la yg paling kecik.. mai nak cerita apa yg dah jadi kt aku semenjak 2 menjak ni..

1. nasik tgk sebelah mata saje..

- nak kata tak lalu, ntah lah.. tak try pon. mcm takdak kemahuan langsung nk mkn nasik. dah sebulan gak la aku tak mkn nasik.. mujur bleh idup. hahaha..

2. suka tidor awal dan bgn tgh malam..

- lepas maghrib dah tidor. kadang-kadang tidor dgn baju kerja lg tuh.. nmpk mcm teruk sgt la letihnya. ni baru 2 bulan stgh. kalau 7,8 bulan x tau la camna..
- lepas tu, plg awal aku akan terjaga kul 12, plg lewat kul 2.. mata sangat segar bugar smpai dah takleh tidor. time tu la aku makan kt dapor.. pahtu smbung tgk tv 2,3 jam.. hoho..

3. perasaan nak mkn dah agak menjadi-jadi..

- bila rasa teringin nak makan, rasa nak time tu jgk. tp mesti la susah nak dpt kan.. contohnya teringin nak mkn bihun sup pakndak aku, tp dia bkn meniaga tiap2 hari.
- takleh tgk iklan kt tv.. suma pon rasa nak beli dan makan..
- takleh jalan-jalan kt food court sbb tgk org mkn macam sedap.. pahtu rasa nak beli walaupon aku tak mkn pon mknn tu..
- takleh dgr org cerita mkn yg sedap-sedap. nanti rasa nak jugak.. baru ni encek mohd hasben sms kul 12 tgh mlm kata dia tgh mkn mee goreng. haa.. terus aku rasa nak.. sapa suh cerita.

4. tak selesa dgn rasa air liur sendiri..

- maka, sekarang aku dah jadi peludah yg berjaya. hahaha.. tp aku behave la. takdak la mcm anney cret sireh tu..
- selagi tak tidor, selagi tu kena ulang alik pi toilet sbb nak meludah. bila dah tak larat, kena ada plastik kt tepi katil utk mengetuih.. teruk btol perangai gini.. aduyai..

5. malas mandi..

- ni masalah aku yg paling serius.. tp bila smpai masa rajen, sambil pi mandi, siap cuci bilik air lg.. tp yg rajen tu, sesekali la.. hehehe..

ni saja la kot buat masa ni. lepas ni taktau la plak apa yg nak jadi.. harap-harap, semoga ibu mengandung ini dapat tidor mengikut jadual org normal dan rajen mandi.. hehe..

sekian laporan saya..

>> 10 weeks = 2 bln stgh already.. tp perut masih flat..

Tuesday, December 1, 2009

8 weeks..


gambar scan smlm.. tak clear sgt sbb snap dgn kamera cap ayam hp saje..

smlm MMS ke bapanya yg sedang bernafas di laut Pangkor sana..

>> mak menakan aku ckp, if kantung tu bentuk bujur (spt gambar kecik yg bawah tu), kemungkinannya baby adalah lelaki.. kalau bulat, perempuan.. adakah?