Daisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers
Showing posts with label Info - Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Info - Pregnancy. Show all posts

Tuesday, June 8, 2010

almost 36 weeks..!!


esok dah nak masuk 36 minggu.
secara logiknya, 36 minggu kalau kita bahagi kepada 4 (sebulan 4 minggu), akan jadi 9 bulan.
secara purata, seorang ibu mengandung akan melahirkan anaknya pada 9 bulan 10 hari tempoh kandungan. itu buku la yg cakap..
jadi, kalau ikut kaedah gitu, lagi 10 hari la aku nak beranak..
10 hari lg bersamaan, 19 june.
ok, aku ada dinner ISM kt hotel istana mlm tu.
jangan carik pasal. hoho..

sebenarnya aku sendiri tak paham awat perkiraan kitaran seorang ibu mengandung menjadi 40 minggu.
itu maksimumnya.
ramai jugak yg tak cecah minggu ke 40 tu.
tp masih dalam tempoh matang.
mebi dia allow utk beberapa hari yg tak cukup sebulan tu.
meh kita kira..

4 minggu x 7 hari = 28 hari.
sedangkan sebulan secara purata adalah 30 hari.
so, 2 hari yg tak cukup tu x 9 bulan = 18 hari.
18 bahagi 7 (seminggu 7 hari) = 2.6 minggu.

hm... kesimpulannya di sini, 36 minggu tadi (9 bulan) + 2.6 minggu = 38.6 minggu.
so, sepatutnya ibu mengandung dah bersalin dalam minggu ke 38-39 tu..

nah.. susah betul wat kira2 dalam bentuk ayat ni..
ikut suka korang la nk paham ka tak.
hehehe..

so, aku berkemungkinan akan bersalin 2 minggu lagi la ni?
tp kalau ikut due dokter bagi (07/07/2010), lebih kurang sebulan lg..
hm....
standby saje..

beg, GL suma dah letak dalam kereta.
mana tau aku macam nk terberanak masa tgh drive blk keja ke..
kan byk spital sepanjang KL ke shah alam tu..
jd, rembat la mana yg sempat.
harap2 tak terberenti la kt spital mahal.
ada gak yg kena potong gaji nanti..
hahaha..

>> dah decide: spital sungai buloh.. dan bakal berpantang kt shah alam..

Wednesday, March 3, 2010

Kesan ultrasound kepada bayi..

semalam aku nak scan sang bayi..
tp mak tak bagi memandangkan sebulan lepas aku dah scan..
kata emak, slalu scan tak elok utk kesihatan baby..
adakah???
(macam kena sinar X la plak..)

so, harini try carik sket info pasal ni..

Adakah imbasan ultrasound selamat untuk bayi saya?

Imbasan ultrasound telah digunakan sejak 35 tahun yang lalu (bermula pada akhir 1950an) ke atas wanita hamil. Berbeza dengan X-ray, pengionan tidak berlaku dan kesan toksik terhadap embrio akibat radiasi adalah tidak relevan dalam hal ini.

Penggunaan imbasan ultrasound berintensiti tinggi dikaitkan dengan kesan peronggaan dan pemanasan yang boleh terjadi akibat pengionan yang berpanjangan dalam eksperimen makmal. Bagaimanapun banyak kajian klinikal mengenai penggunaannya untuk diagnosis yang telah diterbitkan dalam jurnal perubatan tidak menunjukkan kesan merbahaya ke atas sel-sel haiwan ujikaji atau manusia. Penemuan dalam satu kajian yang melaporkan bayi yang terdedah kepada imbasan ultrasound mempunyai berat badan lahir yang rendah tidak menunjukkan kebolehberulangan.

Namun persetujuan umum menyatakan imbasan ultrasound baik digunakan apabila perlu..

sumber: web ni
oo.. camtu..

>> purpose nak scan: sang bapa excited nk tau jantina baby.. tp sebenarnya tak kesah pon lelaki or pompuan. cuma dia nak tau teori dia tu btol ke idak.. dia teka baby girl.. tp apsal aku rasa mcm baby boy? rasa2 la plak.. hahaha..
>> today: 22 weeks..

Thursday, February 18, 2010

Maternity Checklist..

*last update: 23 June 2010 - at 38 weeks.. (14 days to go..)
:)

for baby

Clothes:
[ ] baju lengan pendek = 5-6 helai .:: dah beli 5 lai ::.
[ ] baju lengan panjang = 5-6 helai .:: dah beli 5 lai ::.
[ ] seluar pendek = 5-6 helai .:: TAK beli ::.
[ ] seluar panjang = 5-6 helai .:: dah beli 10 lai ::.
[ ] mittens/booties = 7-8 pasang .:: dah beli 5 psg ::.
[ ] topi (kalau nak) .:: dah beli 2 ::.

Bedding:
[ ] tilam/bantal/sarung .:: dah beli ::.
[ ] baby cot (kalo rasa perlu) .:: kakak bagi ::.

Bathing:
[ ] bath tub baby .:: besen saje ::.
toiletries:-
[ ] sabun .:: dah beli ::.
[ ] bedak .:: dah beli ::.
[ ] syampu .:: dah beli ::.
[ ] losyen .:: dah beli ::.
[ ] baby oil .:: dah beli ::.
[ ] sikat .:: TAK beli ::.
[ ] nail clipper .:: dah beli ::.
[ ] minyak yuyi/telon .:: dah beli ::.
[ ] cotton bud .:: dah beli ::.
[ ] kiddie bud .:: dah beli ::.

Essential:
[ ] selimut = 3-4 helai .:: dah beli 2 lai (with hood) ::.
[ ] kain lampin = 1 peket .:: dah beli ::.
[ ] tuala = 3 helai atau lebih .:: dah beli 3 lai ::.
[ ] sapu tangan = 4 helai atau lebih .:: dah beli jenis tuala muka (IKEA mari) ::.
[ ] alas plastik (nk salin lmpin tu) .:: dah beli (tp mak ckp tak perlu pon) ::.
[ ] bekas baju baby .:: dah beli ::.
[ ] pampers for newborn .:: dah beli ::.


for mummy

[ ] BREASTPUMP (cari yg quality yg leh wat double pumping) .:: dah beli kt nad (single pumping) ::.
[ ] botol2 utk storage susu perahan .:: dah beli 4oz - 4 botol ::.
[ ] maternity pad (pad biasa pon ok) .:: dah beli ::.
[ ] nursing bra .:: dah beli 3 lai ::.
[ ] disposable panties .:: dah beli ::.
[ ] nursing pad .:: dah beli 2 psg ::.
[ ] set bersalin .:: akan dibeli lepas bersalin (nak tgk samada bersalin normal @ ceaser ::.
[ ] termos .:: dah beli ::.
[ ] stokin/sweater (or cardigan) .:: dah beli ::.

* sumber: puan Lisa (my officemate)
** detailed checklist yg lain bleh tgk kt SINI dan SINI..

>> bila dah masuk 6 bulan bleh la stat beli sket2.. kalau dah 7,8 bulan baru nk pi beli, nanti tak larat nak jalan plak.. ;)

Wednesday, February 17, 2010

berat anda ketika hamil..

oleh kerana aku kena saun dgn cik misi sbb berat aku naik haritu, aku pon carik info kt tenet..
ni antara info yang sangat bagus dari Ratuhati.com berkenaan pasal tu..


Pertambahan berat semasa hamil sepatutnya bergantung kepada berat anda sebelum hamil.

Jika BMI anda...

  • BMI kurang daripada 18.5 (Kurus) - tambah antara 12.5kg - 18kg
  • BMI 18.5-25 (Normal) - tambah antara 11.15kg - 16kg
  • BMI 25-30 (Gemuk) - tambah 7kg - 11.5kg
  • BMI 30-40 (Sangat Gemuk / Obes) - tambah 7kg
  • Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg.

  • check BMI anda kt SINI..

    BMI aku sblm pregnant adalah 18.55..
    haa.. lebih sket saje..
    so, aku kena tambah berat within 11.15kg - 16kg.

    >> bak kata emak: jgn dgr sgt cakap misi tu.. ;p