Tuesday, September 28, 2010

Relactation of BM..

dengan penuh bersemangat harini, aku masuk forum2 berkaitan relactation of BM, iaitu pencetusan smula susu ibu. atau dalam bahasa yg lebih mudah difahami, nak mengadakan smula susu badan bagi mereka-mereka yg dah hampir kurang atau kering susu..

beberapa kaedah digunakan oleh mereka yg berjaya.
mari kita berkongsi bersama...

1. cuba BF masa baby tengah mamai, dalam ertikata lain, masa dia ngantuk nk tidor tu.. sbb baby takkan focus sgt time tu. apa yg lalu kt mulut dia mesti kurang sket dia nak menolak..

2. cuba pam dengan menggunakan pam yang mahal sket, contohnya SPEKTRA 3 atau yg seumpama dengannya..kena stimulate b****t kita dgn pam yang berkuasa tinggi supaya boleh produce banyak susu..

3. cuba pam dengan kerap, 20 minit mengepam pada setiap 3 jam. cuba pam dgn gigih walaupon tiada apa yg keluar, atau pam angin sahaja..

4. cuba urut bahagian atas B ke arah nipple. sebaiknya menggunakan minyak atau ketika sabun di bilik mandi. sbb licin sket.. kemudian try picit dan tgk samada nmpk aliran susu kluar dicelah2 nipple tu..

5. cuba pil-pil yang merangsang penghasilan susu seperti pil ASI, fenugreek dan lain-lain.. (aku hanya pernah cuba fenugreek. x sesuai kepada bayi yg biasa kembong perut dan mothers yg alergik kacang. aku ni alergik kacang, maka jerawat telah tumbuh dgn gigih. walaubagaimanapon, pihak yg jual pil tu ckp diorang boleh suggest pil lain kalau kita ada masalah ni)

6. penggunaan supplement nursing system (SNS), seperti dalam gambar di bawah.. tujuannya, nak merangsang penghasilan susu dibantu oleh susu yg dibekalkan melalui tiub.



7. contact ibu dan baby mestilah kerap.. sebaiknya contact dari kulit ke kulit..

untuk keterangan lanjut, boleh sambung baca kt blog ni..
mmg sangat2 membantu..

saraluna

dan yang penting sekarang, aku dah bersemangat semula.. harap2 semangat yang ada ni akan membantu dgn jayanya... aminnnnn...

>> chayok Ibu Aufa.. fight-on.....oh!!!!!

Thursday, September 23, 2010

Breastfeeding..

setelah 2 bulan setengah, Aufa refuse to breastfeed (BF).
badan dia melentik2 sambil mengamuk..
pid penah ckp, tu bkn sbb kurang susu tp mungkin sbb posisi tak betul.
oleh yg demikian, aku try betulkan posisi supaya dia selesa..
siap support dgn bantal dll..
tp dia takmo jgk..
huuuuu...

langkah lain, aku try pam..
setelah hampir sejam dan pam kedua-dua belah, dapat la maximum 1 oz..
maximum ok..
2 teguk dah abih dia minum..
tu dah fikir dgn positif dan tenang dah tu..
no pressure2..

tu lah dia kisah pengalaman aku nk BF Aufa..
dari secara direct, ke pam manual dan pam elektik..
dari makan dgn jayanya, smpai ambil supplement (fenugreek).
walaupon muka aku makin naik jerawat sbb mkn ubat tu, tak kesah, demi untuk Aufa..
smpai suma pon dah cuba..
dan dah tak tau nk try apa lagi..

sehingga ke hari ni, byk jugak pendapat2 dan nasihat yg aku dapat dari BF mothers ni..
terima kasih sangat2..
sedikit sebanyak dpt jugak membantu..

instead of that, ada jugak yg seperti memblame..
buat aku lebih pressure..
sedangkan mmg dah tau, tak elok utk BF mother jadi pressure..
sbb itu la yg jadi penyebab susu makin kurang..
mungkin cara nak bagi nasihat tu patut lebih berhikmah..
jangan macam umpama nk sedekah tapi baling benda nk sedekah kt lantai..
kan tak elok camtu..

sambil surf kt internet pasal BF td, jumpa ayat kt 1 forum ni..
ni la yg dikatakan nasihat berhikmah..

"Saya amat memahami perasaan sesetengah ibu yg amat sedih apabila mereka terpaksa menghentikan penyusuan susu ibu kerana menyangka bahawa susu mereka sudah kering. Bagi saya, niat mereka utk menyusu itu sendiri adalah satu kejayaan yg patut diraikan. Kalau tak berjaya kali ini, boleh saja cuba lagi next time. No problem. Tapi saya sgt sedih kalau ada ibu bapa yg bangga apabila anak mereka diberi susu tepung yg termahal di pasaran dan memandang sebelah mata pada susu ibu. Tidakkah mereka tahu bahawa susu yg termahal adalah susu ibu? Yg ironiknya, susu yg termahal ini adalah percuma saja."
tak salah untuk berkata-kata..
tp beringat sebelum berkata..

pic: credit to minah & gaban

Allah knows best..

>> masih meneruskan usaha.. chayokkk..!!

Wednesday, September 22, 2010

Aufa dan 3 serangkai..

semalam checkup Aufa utk kali ke-2..
untuk bulan yg ke-2..

pipi dah nak sama tinggi dgn idung..
(pic: credit to rayer & nad)

berat: 5.2kg @ 2.5 months
(1st checkup @ 40days = 4kg)

panjang: 58cm

everything semua ok.
cuma ending lawatan kt klinik tu dia syahdu.
bkn takat syahdu, malah meraung..
mau tak meraung, kena inject dos pertama 3 serangkai tu.
cian sang bayi..
alhamdulillah dia tak demam pon harini.
lega..

takpa2.. inject tu utk kebaikan dia sendiri gak.
dan takpa.. bln depan kena yg 2nd dos lak..
meraung akan kembali bersambung nanti.
hehe..

>> tinggal dgn maktok..

Monday, September 20, 2010

Mr. & Mrs. Gaban..

ekceli, setelah sebulan lebih entry pasal Aufa dipublishkan kt blog Mrs. gaban aka Minah, baru harini aku pasan..

adesss....



diorang ni dtg tgk Aufa masa hari ke-17..
masa pipi dia masih lom bulat sgt macam skrg..
hehehehe..

semoga pipi anak korang sama naik dgn Aufa la nanti eh..
baru namanya kenan..
anak aku ni kena kenan pipi Nayli.
hahaha..

nak tgk gambar lain, bleh masuk kt blog puan minah kita..
apa pon, tima kaseh kt tuan punya kamera iaitu hasben puan minah iaitu encek gaban..
dgn ucapan, jgn serik dtg rumah aku..
bleh mkn bihun sup utara lagi.
haha..

>> nak gambar lain gak weh..

Friday, September 17, 2010

cerita lepas pantang..

fakta-fakta yang agak luar biasa berkenaan kejadian lepas abih pantang haritu:

1. enjin kereta mati masa nk masuk parking..

2. kaki rasa ngilu sbb dah tak pakai stoking..

3. mula surf tenet, cari petua-petua nk ilangkan parut strech marks ..

4. addicted dgn drama-drama kt tv.. si capik pon aku layan..

5. beli krim mustajab.. extra hot.

6. kena allow masa dlm sejam sblm kuar berjalan-jalan.. untuk siapkan Aufa dan barang-barangnya..

7. kena cuba tambahkan berat badan. kalau tak, tak larat nk dukung Aufa.

8. kain baju kurung sendat sket.

9. sluar jeans masih muat di pakai.. (baru ingat nk beli baru)

10. handbag makin gemuk sbb penuh dgn perkakas Aufa..

tamat..

dibuli sang ibu.. muka tak rela..

>> fes day kerja lepas 2 bulan stgh bercuti.. slamat hari raya.. :)

Thursday, September 2, 2010

si bolat..

inilah dia hasil dandanan yg diperolehi sekiranya anda mendapat anak perempuan..


gelang tangan dan riben di kepala bagi bayi yg lmbt tumbuh rambut (baca: botak) adalah antara kemestian..

hm.. ni lom lagi stat pakai tight, legging, skirt pendek, baju prinses dan sebagainya...

tungguuuu...

>> rosak ibu dia ni..