harini umur dia dah 1 tahun 2 bulan 2 minggu..
antara perkara yang dia boleh buat skrg adalah:
1. kira 1,2,3 sebelum buat apa-apa.. misalnya nak baling bola. walaupon tak berapa jelas sgt keseluruhan sebutan, tp kira org paham gak la dia sebut sbb dgr "tu..wa..ga!!!".. ok la tu.. asalnya ibu dia rajen dok sebut masa nak dukung dia dari bilik air selepas mandi. mebi dari situ dia belajar.
2. nak mintak makanan. dia nmpk apa-apa mknn dan sebut "mamam". maksud dia, nak makan dan mintak kita ambil utk dia contohnya kalau roti gardenia dlm plastik yg diikat, biskut dlm tupperware atau spegeti dlm mangkuk.
3. dah tau kegunaan kunci. semua kunci yg dia jumpa akan dijolok kt lubang kunci kt pintu. x kesah kunci pintu atau kunci kereta.
4. dah tau nak kluar jalan, kena pakai kasut. masa bukak pintu dia dah ke kasut dia dan letak kt lantai. kaki dok nak pakai kasut, tapi masih belum reti sbb susah nak masuk.
5. dah kenal ayam, burung dan kucing. ayam dan burung dia sebut "kok-kok" (yg ni ibu dia pon x tau sapa yang ajar. tiba2 dia sebut masa kt kg haritu).. kucing dia sebut "nyiauuu.." disusuli dgn bunyi cara org panggil kucing nak bg mkn. ha.. yg ni lg x tau camna dia bleh tiru bunyi tu.
6. pandai babai orang dan salam cium tgn dgn pakej bunyi muahhh skali. ada gaya bodek ni.. hahaha..
7. sudah pandai bergaul dan ramah juga. walaupon org (kanak-kanak sebaya dia) tu baru dikenali, tp dia dah boleh sembang dgn bahasa dia sambil tunjuk2 kt muka. kdg2 kena jaga2 jgk sbb dia punya excited bercakap smpai nk tercucuk mata kawan tu. haha..
8. dah reti nk mengamuk juga.. melentik2kan badan smpai ibu dia join lentik skali.. tu yang ibu dia ramping skrg.. (ayat tipu)
9. dah tau nak panggil "abah" walaupon kadang2 tertengok abah dlm gambar saje.. macam la abah dia dlm gambar tu bleh sebut "ya"..
10. ini perempuan kaki joget. masa ke Lumut baru ni, mlm2 ada org jual lampu liplap mcm kt i-siti tu.. dia dtg kt org tu dkt2 tp semua brg jual tu dia tak sentuh. saspen jap.. TAPI.. dia tiba2 berjoget sakan depan2 org ramai tu sbb lagu yg org tu bukak rancak sgt. org ramai gelak je. makanya parents dia tutup muka.. hahaha..
gigih pakai baju kurung panas2, dok tgh2 bendang plak tu.. tp dia langsung tak komplen.. bagus budak ni.. hahaha.. |
>> tgh gigih ajar alif ba ta, kasik tgk video iqra' yang budak2 goyang2 kepala tu saje..