pada kebiasaannya, pengantin akan mencuba pakaian yg akan dipakai oleh mereka pada hari kenduri lebih awal, mungkin beberapa bulan sebelum majlis. ini bertujuan bagi memastikan pakaian yg dipakai itu memenuhi citarasa, saiz badan dan kelihatan menarik. ada jugak yg cuba menguruskan badan untuk kelihatan 'sempurna' pada majlis mereka.. (apsal ayat aku mcm rencana tv plak ni?)
menurut pengalaman pengantin pompuan, dia tempah baju kawen yg kaler kuning tu berdasarkan contoh yg dilihat dalam majalah² pengantin. bajet nmpk cantik kt mata dia saje.. pedulik apa kt mata org lain.. haha.. fyi, corak pada kain yg kaler coklat itu dibuat sesedap oren tailor saje.. baki kain lace dia tampal kt kain tu.. ok gak.. tgk dari jauh nmpk ok la jugak..
baju kuning-coklat.. (sila abaikan tudung² yg bersangkut kt tepi tu)baju kuning-coklat berkonsepkan jubah (dalam) dan kebaya (disarungkan di luar) itu ditempah dalam bulan februari, kalau tak silap.. ditempah bersama baju akad nikah yg berkonsepkan baju kurung pahang (berpesak gantung) dijahit bersama lace yg pengantin pompuan beli kt nilai 3 berharga RM60 bagi 2 meter. (fes taim tgk kain lace jual 2 meter taruk dlm plastik mcm jual tudung tu.. ingatkan lapik meja.. haha..). dalam masa sebulan, baju tu dah siap.. yaa.. bln 3 dah siap baju kawen.. cargass.. bkn pengantin yg cargas, tailor (@ kawan mak)yg cargas ok.. haha..
balik tu, pengantin cuba try test baju tu.. hm.. loose saje baju jubah tu.. mcm kena alter sket kt pinggang. last2 smpai ke sudah tak alter. letak pin kot.. ada plak baju tempah sendiri taruk pin? tak logik kan? hm.. abaikan.. nak rasa sesal pon tak guna sbb majlis dah lepas. hahaha..
lina yg sedang cuba mengedjas..labuh baju tu plak, ok la.. takkan nak leret² plak.. nanti sapu tanah 1 kg plak. TAPI.. masa test tu tak pakai dgn kasut. masa dah blk cuti kawen tu baru try.. ya ampunnn.... senteng plak dah.. tinggal seminggu lg nak kawen baru perasan.. kena plak beli kasut yg plg tinggi (takmo nmpk rendah bila berdiri sebelah pengantin laki punya psl la ni).. takkan nk tambah kain kan, mana ada kain lebih.. hamekk.. last², bila tgk blk, kasut ni jadi penyelamat. konon² nmpk mcm gelang kaki la ni.. poyo tul.. x tau org ngutuk kt blkg tgk baju pengantin yg senteng tu.. hahaha..
kasut yg lina hasut suh beli.. kini ditempatkan kt kedai pengantin sblh umah (kt kedah sana).. dibuka utk disewa kepada sesiapa yg berkaki saiz 5.. ;p~ to be continued..