Daisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Monday, April 4, 2011

9-months-old Aufa Farhana..

6 haribulan April ni genaplah 9 bulan Aufa lahir ke dunia ni.. kalau kenang2 balik, tempoh mengandung tu rasa lagi cepat berbanding bila Aufa dah ada ni.. patutnya time Aufa ada lagi rasa cepat sbb dok kalut dgn dia. tp tak plak rasa camtu sbb time mengandung sgt sibuk kt opis.. pejam celik, dah beranak..

seminggu lepas bawak Aufa p cucuk utk 3rd dose additional immunisation tu. lepas ni dah umor setahun lak baru cucuk.

time tu timbang, 8.06kg..
naik cuma 0.2kg dalam masa 2 bulan sbb dia tgh mula dok melasak..

sehingga sekarang, Aufa masih blom gigih merangkak macam budak lain. dia lebih selesa mengesot atau berlari ketika dalam walker. siap drift masuk bilik dgn lajunya tanpa tersangkut kt bingkai pintu.. kemain.. abih kaki ibu dia kena lenyek dgn roda walker.. huhuhu..

rasanya ada sebab tertentu yg buat dia lmbt merangkak:
1. slalu dok dlm jolly jumper dia masa kecik2 dulu..
2. slalu dok dlm walker..
3. slalu dok dlm katil dia..

sebab?
aku takleh nk kawal dia kalau biar dia lepas kt lantai. abih dia kerjakan apa yg ada. dia pantang jumpa plastik dgn sotkabar. dulu2 dia main smpai nangis. tah apa yg dia geram sgt. genggam & koyak2 smpai menggeletar badan. pelik tul. hahaha... skrg ni dah ok sket dgn 2 benda tu cuma lom tampar tv abah dia smpai jatuh je.. hehehe..
jadi, tu yg kena 'kepung' tu..

walaupon dia tak pandai merangkak dgn gigih, tp dia dah bleh berdiri sambil berpaut perlahan2 kt rak tv atau katil... dan kembali duduk dari berdiri tu..

dan lebih tak sangka, bila aku berdirikan dia tanpa sebarang bantuan utk dipegang @ sandar, dia boleh berdiri dan imbang badan lebih dari 5 saat. bila dia rasa nak terjatuh ke depan, dia akan lonjak sket badan dia ke belakang.. amazing gak tu.. hehehe..

ada org kata, kadang2 baby tak merangkak tp boleh berdiri dan berjalan terus.. nmpk aneh sbb flow dia tak sama macam org lain, tp realitinya mmg ada.. adakah Aufa begitu?

kita tunggu dan lihat saje..
sbb aku pon x tahu..
hehehe..

nah lihat gambar terbaru beliau secara step by step..


>> lama tak apdet.. bz..

4 komen kt sini:

~ini an~ said...

ada kemungkinan ini budak terus berlari pastu sepak bola hahaha

ciPuding_7 said...

terus main futsal.. hehe.. ibu dia je yg macam nk kena pencen sbb sakit urat. baru anak sorg. huahahaha..

Juetas Jr. said...

irfan adalah salah satu contoh budak skip merangkak. menerap, ngesot terus duduk n berdiri. umoq 8 bulan dh berdiri sendiri, 10 bulan dh berjalan.setahun dah berlari.hu2...

ciPuding_7 said...

8 bln tu berdiri secara berpaut atau tanpa pegang ape2?

aufa kalau duduk sendiri tu adalah dari berdiri. baru dia leh duduk. kalau ngesot, camne nk duduk lak kan.. hehehe..