Daisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, August 27, 2009

gambar lama.. [bertunang]

terjumpa gambar masa bertunang dulu..

layan.. layan..

sireh junjung yg org buat dalam masa sehari semalam..

hantaran kain yang beli secara kalut kt kamdar tu (sblh buah) guna utk wat baju nikah akhirnya..

anak menakans..

family + pak & mak menakan..

abg sulung & family..

kakak..

pelakon utama pada hari itu..

ni la majlis besar yang paling aku tak ready langsung..
dalam masa 2 hari perpare suma ni..
smpai baju nak pakai masa majlis pon takdak..
kedai lak suma tutup sbb cuti raya..
sehari sblm majlis baru jmpa 1 kedai pakaian yg bukak kt pekan yg berhampiran.. tu pon jmpa jubah saje.. dgn design & kaler yg boleh-di-terima (ayat penyedap ati).. lepas beli terus hantar pi tailor alter sket..
lepas majlis tu aku tak pakai dah baju tangkap-muat tu..
hahahahaha..

yang plg takleh blah, sblh umah tu ada butik pengantin, kakak aku pi selongkar carik selendang kuning tu kt situ & pass kt tingkap bilik aku.. sambil pakai selendang, sambil jalan nak kuar bilik.. sbb org dah panggil keluar..
hahahahahaha..

sbb apa..?
sbb aku tak expect langsung yang sesi suai kenal pada mulanya tu terus jadi majlis bertunang..
keputusan berani mati ni wei..
ada bran ke?
hahahahaha..

>> please dun try at home yerp..

Monday, August 3, 2009

al-kisah baju pengantin.. - Episod 2

kisah pasal persalinan pertama ya udah selesei..
cerita psl gaun plak..

dkt² nak cuti kawen baru aku amek gaun tu kt umah lina. pemilik gaun iaitu Puan Adik tak sempat jumpa aku (memandangkan dia agak sarat time tu) sbb aku bz, dia tinggalkan kt OSC - One Stop Centre (umah lina). hahahaha.. (umah ko dah jd OSC la lina)

tak sempat nak tes, aku dah balik kg. BuJaL dah macam tin sardin. tin sardin pon ada ruang udara.. ngan baju la, goody bag la, periuk la, kain buruk la.. (benda pelik² tu mak aku yg pesan).

sok tu baru aku torai gaun tu.. wow weeeeeeeeee... macam prinses. tp longgar plak. almaklum la, aku 'kering' sket dari empunya gaun. almost 18 years aku tak pakai gaun. klako rase.. sbb kain dia kembang tu yg rasa cam pelik sket. slalu ada kain melekat kt kaki (e.g kain baju kurung). ni rasa cam tak pakai apa².. hahaha.. ok, aku off the record apa yg aku rasa tu. haha..

seminggu nak kenduri baru torai. elok la tu. tgk selendang yg kena pakai ngan gaun pon dah panik² ayam.. sbb xtau camna nak pakai. camna nak rehearsal ni wei.. last2, aku blasah saje, pahtu tunjuk kt mak ngan makcik aku.. sume kaget tgk gaun. bkn nk komen camna rupa aku yg bergaun dan bertudung ala kadar tu.. pahtu aku simpan balik..

masa aku cuba try tes..

kain luar tu mmg ropol² gitu..

antara komen yg paling sedap aku terima masa testing baju ni adalah..

"wah.. nmpk tinggi la plak bila pakai gaun ni.."

haa.. sebab aku pakai kasut tumit tinggi dalam kain tu. mmg la aku tinggi.. bkn sbb gaun tu.. hahahaha..

last², aku rehearsal gaun tu dgn betul (siap sarung tgn dan semua accessories) adalah pada hari perkahwinan aku.. pemilik gaun yg yg tunjuk ajar camna nak pakai sambil dia bersantai memberi arahan kepada dayang² dari atas katil saje.. hehe..

masa dayang² tgh siapkan aku.. (gmbr curik dari: blog wawa)

seb bek elok.. walaupon kena kecikkan sket guna pin kt bahagian pinggang tu.. hehehe..

kepada bakal² pengantin, jgn buat aksi camni kt pelamin yer.. sila duduk sopan² sket..
(aku dah boring tahap gaban dah time ni..)

posing dgn bapa mertua.. ewahh..

lagi 1, macam bunga tangan & crown, pagi hari kenduri tu baru org butik pengantin tu hantar kt aku. tu pon aku tgk selepas dah blk mekap, kira² 2 jam sblm majlis. kalau tak, aku petik bunga raya je la kt depan umah tu buat pegang.. hehe.. ade ke patut aku langsung wat tak kesah psl benda² tu.. gilak ni pompuan.. hahaha..

bunga tangan & crown yg aku dapat pagi kenduri tu.. layan saje..

so, kepada yang nak kawen, sila test baju korang siap².. prepare suma yg patut.. jangan wat las menet sbb nanti korang akan jadi panik room.. jangan dah terhantuk baru nak terngadah..

renung²kan dan selamat beramal.. ;-)

>> tgh pikir tajuk apa plak nak apdet nanti..