pagi tadi aku flat jap. nak bgn je rasa loya.
mujur smlm tak mkn. so, takdak apa pon yg kuar..
last2 smpai opis kul 9.30..
sblm tu singgah beli kismis buat kudap-kudapan ketika meloya..
ha... rasakan penangannya..
hehehe..
ni aku jmpe kt tenet..
10 tip mengurangkan rasa mual anda pada waktu pagi :
1. Banyakkan rehat.
Rasa mual akan menjadi lebih teruk sekiranya anda mengalami stress. Gunakan maternity body pillow untuk mengampu punggung dan perut untuk memastikan anda tidur malam dengan lebih selesa.
2. Makan sedikit tetapi kerap.
Rasa mual akan bertambah sekiranya anda membiarkan perut anda kosong.
3. Kurangkan waktu anda berada di hadapan komputer.
Kurangkan waktu anda duduk di hadapan komputer. Ini kerana paparan monitor yang berkelap-kelip berkaitan dengan morning sickness anda.
4. Lakukan beberapa pergerakan tubuh.
Jangan habiskan masa anda dengan hanya berbaring. Ia akan hanya menjadikan badan anda terasa lesu.
5. Jus minuman.
Untuk mengelakkan rasa mual, anda digalakkan mengambil jus epal yang ditambah dengan sedikit madu.
6. Buah-buahan.
Makanlah buah epal. Buah ini juga boleh menghilangkan rasa mual anda.
7. Asam.
Anda juga digalakkan untuk makan buah pir atau asam kerana ia dapat mengurangkan kesan morning sickness.
8. Pisang dan kentang.
Makan pisang dan kentang panggang sebagai sarapan pagi dapat membantu mencegah morning sickness kerana ia mempunyai potasium dalam kandungannya.
9. Pakaian.
Baju yang ketat terutama di bahagian pinggang boleh meningkatkan lagi rasa mual. Jadi, pakailah pakaian mengandung yang selesa dan tidak ketat.
10. Vitamin.
Ambil vitamin untuk kanak-kanak sebagai pengganti vitamin prenatal biasanya. Anda juga digalakkan mengambil sandwich kacang dengan madu atau bijian dengan susu sejuk.
Selain itu cubalah melalui morning sickness anda dengan aktiviti yang boleh membuat anda lebih releks. Contohnya seperti menonton TV, bermain puzzle kad atau membaca buku. Bagi mereka yang beragama Islam amat digalakkan membaca Al-Quran.
ni dari web lain lak..
1. Makan dengan jumlah yang sedikit tetapi kerap
2. Jangan berbaring selepas anda makan
3. Elakkan makan makanan yang berlemak
4. Hindari bau-bauan yang tidak menyenangkan
5. Makan makanan yang masam jika tekak terasa loya
sumber:
web ni dan
web ni..
>> jmpa dokter td. ada problemo sket. x pasal2 dapat MC utk esok dgn lusa.. terpaksa tido la aku jawabnya.. hehehe..