Thursday, August 11, 2011

Aufa dan perangai yang aneh..

ini budak pompuan mempunyai 1 perangai yg aneh (dari sudut kacamata ibu dia).. dia tak suka kain atau apa saja di kaki dia. contohnya, selimut atau lebih aneh lagi, ropol2 seluar di bahagian buku lali. haha..

kalau dia nyenyak tidor, tiba-tiba kita selimut dia, dgn otometiknya kaki dia terangkat dan tolak kain tu jauh dari kaki dia guna kaki. mata pejam.. hoho.. xbleh main tipu ni.

ingatkan selimut saje, tp smlm berlaku 1 kejadian lain lak. dia pakai sluar yg ada ropol2 kt kaki. tiba2 dok berdiri sambil nangis geram. kaki sebelah dok kais2 kaki sblh lagi. rupanya dia ingat natang apa dok lalu2 kt kaki dia. lepas bukak suar tu, diam terus. hahaha..

kalau pakaikan sluar labuh, skali dia terpijak sikit ujung labuh seluar tu, 2 minit lepas tu mmg tinggal pampers la. sbb dia akan pijak2 smpai meloghoih (bahasa kl: londeh). ikut perangai sapa tah ni. bukan ibu dia ni.. huahaha..

itulah dia, Sang Aufa.. dah 10kg agaknya skrg. tak mampu nk dukung dah. kalau dukung, nanti tgn jadi kebas. darah x jalan. haha.. tp kalau biar dia berjalan, perjalanan 3 minit jadi 15 minit sbb byk sgt tempat berenti. cjumpa plastik gula-gula pon nk kutip. jumpa daun sehelai pon nak kutip.. kalau ada pertandingan kutip sampah, mmg menang la dia. hehehe..

mulut dia? kecek banyok.. tu sbb abah dia suka mkn bontot ayam.. hahaha.. oppsssss.. ok, cau sin cee...

>> selamat berpuasa hari ke 11.. Abah Aufa masih di Lumut..

0 komen kt sini: