Daisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, March 25, 2010

4th checkup @ 25 weeks..

on the 4th checkup, ini hasilnya..

1. Hb (hemoglobin) sang ibu turun lagi. dari 9.5 ke 8.6.. kali misi suh beli ubat kt farmasi plak. kononnya ubat yg klinik bg tu dah tak lut. oh.. camtu pon ada..

2. berat sang ibu telah menjadi 51kg. seperti tidak percaya dah cecah 50kg.. macam mudah pon ada jgk.. haha..

3. kena suntikan kedua. untuk kancing gigi kot. sakit gak sposen.. huuu..

4. kaki tgn masih belum nmpk bengkak.. cuma kt tgn ada sket urat yg timbul.

itu saje.
masih blom kena minum air gula..
^_^


mari tgk apa kata fakta berkenaan perkembangan sang bayi & sang ibu pada minggu ke-25 ni..

Sang Bayi

Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya mereka. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu.

Sang Ibu

Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan.

itu saja..

attached herewith latest pic of the sang ibu for your evaluation. ahaks..!


>> tiba-tiba rasa cepat plak masa berlalu..

Tuesday, March 9, 2010

1st 3D photo of the Sang Bayi..

presenting...........
rupa Sang Bayi di peringkat awalan (preliminary)..

hm.. sang bayi senyum yer..
bagus2.. jgn muka ketat mcm......... (nama dirahsiakan)
hahaha..

beliau sgt sehat walafiat dan sgt aktif dalam perut sang ibu..
sang ibu pon aktif jugak..
aktif makan..
dah 49.5kg.. hamek..

masa scan smlm, dokter ada try nk tgk jantina.
tp bleh plak dia angkat sblh kaki (sblh angle yg kitorg tgh tgk)..
tgh lenguh lutut agaknya.. hahaha..
takdak can la nak tau jantina...

so, buat masa skrg, kami anggap dia pompuan saje..
(sambil terbayang sale Anakku baju skirt2 kt SACC mall yg aku tahan2 nak beli haritu)
farhana? <-- ok, aku mmg tamak. cdgn nama nk ada iras2 aku jgk.
;p

so, dalam sebulan lebih nanti, dokter akan buat detail scan utk semua2..
mebi scan otak suma kot..
tah. aku pon tak reti sgt.
tp time tu dah bleh sahih la jantinanya nanti.
InsyaAllah..

nah tgk gambar lain lak..

ni barang yg kakak bagi. used tilam dan kain baju utk new born.. tengkiu2..

sang ibu beli kt jayen smlm.. RM 5.99.. heee..

buku cerita + album baby.. klinik bagi..

tammat~~

>> ramai org kata bby lelaki.. sbb? 1. bentuk perut. 2. mak belemoih (comot/xbergaya).. hahaha.. whatever.. lihat saja sapa yg kena.. :D

Thursday, March 4, 2010

beli barang baby - siri I

dear baby,

your cute Mommy-to-be & not-really-Daddy-cool-to-be bought some of your stuff last few weeks..

at first, we just thinking to buy you a few..


then your daddy became excited...


but, your daddy suddenly knew that your mom was more excited than him. look!


And at last, he asked your mom to go back before she buy the whole JJ for you..

Mommy: ok.. ok.. ai insap jap..

>> kakak dah bagi barang baby yg dia dah tak guna.. blk rumah satlg baru nak tgk..

Wednesday, March 3, 2010

Kesan ultrasound kepada bayi..

semalam aku nak scan sang bayi..
tp mak tak bagi memandangkan sebulan lepas aku dah scan..
kata emak, slalu scan tak elok utk kesihatan baby..
adakah???
(macam kena sinar X la plak..)

so, harini try carik sket info pasal ni..

Adakah imbasan ultrasound selamat untuk bayi saya?

Imbasan ultrasound telah digunakan sejak 35 tahun yang lalu (bermula pada akhir 1950an) ke atas wanita hamil. Berbeza dengan X-ray, pengionan tidak berlaku dan kesan toksik terhadap embrio akibat radiasi adalah tidak relevan dalam hal ini.

Penggunaan imbasan ultrasound berintensiti tinggi dikaitkan dengan kesan peronggaan dan pemanasan yang boleh terjadi akibat pengionan yang berpanjangan dalam eksperimen makmal. Bagaimanapun banyak kajian klinikal mengenai penggunaannya untuk diagnosis yang telah diterbitkan dalam jurnal perubatan tidak menunjukkan kesan merbahaya ke atas sel-sel haiwan ujikaji atau manusia. Penemuan dalam satu kajian yang melaporkan bayi yang terdedah kepada imbasan ultrasound mempunyai berat badan lahir yang rendah tidak menunjukkan kebolehberulangan.

Namun persetujuan umum menyatakan imbasan ultrasound baik digunakan apabila perlu..

sumber: web ni
oo.. camtu..

>> purpose nak scan: sang bapa excited nk tau jantina baby.. tp sebenarnya tak kesah pon lelaki or pompuan. cuma dia nak tau teori dia tu btol ke idak.. dia teka baby girl.. tp apsal aku rasa mcm baby boy? rasa2 la plak.. hahaha..
>> today: 22 weeks..