Wednesday, March 3, 2010

Kesan ultrasound kepada bayi..

semalam aku nak scan sang bayi..
tp mak tak bagi memandangkan sebulan lepas aku dah scan..
kata emak, slalu scan tak elok utk kesihatan baby..
adakah???
(macam kena sinar X la plak..)

so, harini try carik sket info pasal ni..

Adakah imbasan ultrasound selamat untuk bayi saya?

Imbasan ultrasound telah digunakan sejak 35 tahun yang lalu (bermula pada akhir 1950an) ke atas wanita hamil. Berbeza dengan X-ray, pengionan tidak berlaku dan kesan toksik terhadap embrio akibat radiasi adalah tidak relevan dalam hal ini.

Penggunaan imbasan ultrasound berintensiti tinggi dikaitkan dengan kesan peronggaan dan pemanasan yang boleh terjadi akibat pengionan yang berpanjangan dalam eksperimen makmal. Bagaimanapun banyak kajian klinikal mengenai penggunaannya untuk diagnosis yang telah diterbitkan dalam jurnal perubatan tidak menunjukkan kesan merbahaya ke atas sel-sel haiwan ujikaji atau manusia. Penemuan dalam satu kajian yang melaporkan bayi yang terdedah kepada imbasan ultrasound mempunyai berat badan lahir yang rendah tidak menunjukkan kebolehberulangan.

Namun persetujuan umum menyatakan imbasan ultrasound baik digunakan apabila perlu..

sumber: web ni
oo.. camtu..

>> purpose nak scan: sang bapa excited nk tau jantina baby.. tp sebenarnya tak kesah pon lelaki or pompuan. cuma dia nak tau teori dia tu btol ke idak.. dia teka baby girl.. tp apsal aku rasa mcm baby boy? rasa2 la plak.. hahaha..
>> today: 22 weeks..

0 komen kt sini: