Daisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, July 29, 2010

Aufa - Day 22

ok, pipi dah makin bulat..
berat pon dah terasa..
susu makin kuat minum..
(dah 3 oz.. sblm tu dah minum susu badan dulu..)
malam2 suka kejutkan ibu dia bgn kira2 2,3 jam skali..
hobi, dok atas riba org sambil memandang ke tingkap..
walaupon dah 22 hari (harini dah masuk 23) tp cuma 4,5 pasang baju newborn sahaja yg beliau muat utk dipakai siang dan mlm..
yang lain masih gedobos...
walaupon ada tertulis saiz newborn di baju berkenaan.
jadi, raya ni takyah beli baju dah..
ada setong baju yg masih belum berusik..

oh ya..
taun ni dah bleh kutip duit raya..
jgn jeles...
hehehe..

gambar versi pasport.. baru masuk rekrut dan dalam keadaan senang diri..

>> mari tidor siang..

Thursday, July 22, 2010

kisah suatu kelahiran - Siri 3

aktiviti 3 (dalam 4.30): budak praktikal (misi) tadi masuk blk..

dia pegang perut aku smbil tgk jam..
tah brapa minit dia dok pegang perut tu..
time contraction rasa macam pinggang aku kena smackdown..
aku suh budak tu angkat sket katil part blkg aku ni..
dah angkat, rasa lega sket..
sambil check perut aku, aku tanya dia..
"selalunya kalau contraction kerap camni, agak2 lama lagi tak nak deliver?"
ok, tu ayat org dah tahan sakit dah la tu..
hehehehehehe..

dia jawab, "biasanya sejam akan bukak 1cm"
"haaaaaa..? sejam 1cm?", panik aku dtg blk..
kalau masuk td (dalam kul 2), baru 4 cm.
kalau nk tunggu 10cm, mau kul 8 mlm..
~sempat lagi aku kira dalam saat2 genting gitu.. ;p

lepas tu budak tu keluar..
lama-lama skali ada misi kluar masuk buat aktiviti masing2..
takdak sapa hiraukan aku..
terpaksa main edjas naik turun tempat sandar katil aku sbb sakit pinggang yg teramat sgt..
sapa suh ada controller kt tepi katil tu..
hehe..

dalam kul 5.00 ptg, dah takdak sapa masuk dalam bilik tu..
contraction dah makin kerap..
7-5 minit skali.
makin kerap contraction, makin kerap aku sedut gas tu..
otak pon macam dah weng2.. kejap sedar, kejap rasa tak sedar..
dah rasa macam ikan jatuh kt darat dah time tu..
dalam otak terpikir..
"nak mati dah ke aku ni?"
huhuhuhuhu..

sesekali dok tahan contraction tu, aku rasa makin byk air (ke darah) keluar..
misi pon tak ada..

smpai 1 tahap, dalam kul 5.30.......
terasa mcm baby nk keluar sangat2..
dah menolak2 bahagian bawah..
rasa nak terberak pon ada..
aku menjerit panggil "nurse"..
panggil kali pertama..
kali kedua...
takdak respon..
laluan depan bilik pon takdak sapa yg lalu..
aku makin takdak tenaga nak jerit panggil misi tu..
rasa nak menangis pon ada sbb dah sgt tak tahan..
smpai ati misi2 ni tinggalkan aku sorg2 dalam bilik tu..
kejam...... huhuhu..

last skali aku jerit dgn sekuat ati..
berlari2 misi masuk..
bila diorang tgk, maka berkata mak bidan..
"ha.. awak dah buleh bersalin dah ni.. ok, bila sakit, awak terus push.."
dia tambah lagi...," nak panggil suami awak masuk?"
aku angguk.. mmg takleh nak bercakap dah..
tiba2 jadi bisu lepas menjerit byk sgt td..
huhuhuhu..

bleh plak ada sorg misi ni ckp..
"eh, dah nk beranak ke? estimate kul 8 kan.."
"dah nk beranak dah ni...", jwb si bidan.
hampeh tul misi tu..
patut la suma misi ilang dr bilik tu..
huhuhuhu..

seminit lepas tu, encek mohd hasben muncul kt muka pintu dan terus berdiri di sisi aku.. ohh.. berbunga hati den... terus bersemangat smula..
hehehe..

sambil teran, misi suma kecoh..
"ok, bagus.... teran kuat lagi.. jgn berenti.. teran kuat lagi.."
ayat tu dok ulang smpai ke sudah..
bila contraction berenti, misi dok sembang sesama sendiri..
bila contraction dtg blk, diorang ulang ayat tadi..
lawak pon ada jugak.. hehehe..

aku tak tau bila bidan tu 'toreh' bahagian tu utk bagi bukaan besar sket..
cuma ada rasa regang bila terasa kepala baby dah keluar sket.
mmg btol kata org, sakit contraction tu lebih dari sakit baby keluar kt bawah tu..
tiba2 ja rasa ada 'seketul' kluar kt situ lepas diteran..
dan semua sakit hilang dgn tiba..
on the spot okeh..

buat pertama kali dgr sang bayi nangis..
misi angkat baby yg baru keluar tu, dan tanya aku..
"sebut jantina baby..."
"perempuan..", kata aku..
lepas dia lap2 darah kt baby, dia letak atas aku..
speechless...............
sgt touching time tu..
i'm already a mother...
:)

so, azab tu dah lepas..
kini tiba masa 'kelas menjahit' yg digeruni oleh semua org..
encek hasben diminta keluar utk membawa brg2 aku keluar dari labor room tu.
mak bidan meneruskan kelas jahitannya..
aku tak ingat samada aku dibius atau tak..
tp rasanya ada bius.
kalau tak, misti aku dah terajang bidan tu.
hehehehe..

masa dijahit part tu, hampir aku tertidor kepenatan..
lama jugak dia jahit.
katanya, "saya toreh tempat lain, ada koyak tempat lain lagi"
ok, sgt ngeri ayat tu okeh...
tp tak rasa apa..
cuma yg last2 tu dah rasa jarum tu kt kulit..
aku dah stat pejam mata tahan sakit..
sebenarnya tak sakit mana pon..
(sat2 sakit, sat2 tak sakit.. apa yg penulis cuba perjuangkan ni? hahaha..)

rupanya, yg sakit tu, dia jahit kulit luar..
yg dlm tu sbb dibius, sbb tu tak rasa apa..

setelah tamat kelas jahitan makcik bidan, maka tamatlah kisah bersalin ni..

beberapa lama kemudian, encek mohd hasben dtg skali lagi masuk ke labor room.
dan kemudian disusuli dgn sang bayi...
for the 1st time, sang bayi diberi minum susu ibu..
sgt pandai isap tp susu tak ada..
kesian kt baby..
huuuu....

malam dok kt spital tu, baby asyik nangis sbb perut dia kembong..
mana tak nya, susu takdak.. takdak sapa leh temankan plak walaupon dok 2nd class.
aku jadi emo jap sbb kena naik turun katil nk tenteramkan baby..
pahtu letih teran baby dan krem masa proses meneran tu pon tak abih lg, tambah plak sakit jahit kt bawah tu..
rasa nak tercabut jahitan tu pon ada..
asyik tgk jam bila nak siang..
kami nk balik......
huhuhuhu....

alhamdulillah, mlm tu baby dah berak dan kencing.
aku tak tau kena check baby leh berak dan kencing ke blom.
smpai la misi dtg tanya baru aku tgk.
pengalaman pertama kan..
huuuuuuuuuuuu...

sok tgh hari tu, kami berdua dibenarkan balik.
security spital sgt tiptop.
smpai kena check serial no kt tgn aku dgn kaki baby kena tally kt 2 pengawal sblm leh masuk kt kereta utk blk.
1 kt pintu wad, 1 kt post pengawal kt lobi spital..
takot ada kecurian @ kesilapan kot..

dan yg plg bes..
dapat naik wheelchair dr wad smpai lobi spital..
bes ke?
hahahahahaha....

~tamat~

kisah suatu kelahiran - Siri 2

Selasa - 6 Julai 2010

jam 4 pagi, tidor telah diganggu dgn contraction yg kuat kt perut.. so try tgk jam berapa kekerapan contraction tu. dalam 20 minit/contraction.
bertahan sampai siang..

subuh tu bgtau encek mohd hasben..
so we all decide nk pi spital pg tu.
dalam kul 9 pg baru gerak ke spital.
smpai spital, aku takmo masuk dalam dewan bersalin lg..
so just tunggu kt kusi2 yg ada kt luar tu.
bersama2 bakal bapa yg tunggu bini diorang bersalin.

sbb apa aku takmo masuk?
sbb dlm tu katil penuh.
kalau lom sampai masa, dia suh dok kt kusi saje.
lagi jem perut aku.

masa yg ada, aku jalan sorg2 dalam spital tu.
jauh gak nk tour dlm tu.
dalam kul 12 lebih kurang, aku ajak encek mohd hasben pi cafe utk lunch.
jalan kaki jgk dgn jarak yg jauh.
sambil jalan, smbil sakit perut.
jgn kata berjalan, sambil mkn nasik pon kena berenti2.
time ni contraction dah makin kerap.
dalam 10-15 min skali.
yang penting, aku sempat bantai segelas ais kosong masa lunch tu..
hehehe..

lepas makan, aku dah takleh tahan.
terus ke kaunter dewan bersalin tu, bgtau org tu aku dah dtg smlm..
harini dtg sbb contraction dah kerap..
pass buku pink tu dan aku terus masuk utk checkup seperti hari sebelumnya.
graf jantung baby ok..
check bukaan.....
4cm.
selain contraction, takdak lak rasa apa2..
tp dokter bgtau, aku dah kena masuk labor room..
ok, time tu dah stat panic ok..
hohohoho..

sebelum masuk labor room, dokter bagi ubat berak (yg picit kt montot tu) dan suh amek baju & pampers baby.
dah siap suma (perut pon dah kosong sbb dah 'buang' suma), misi suh aku naik wheelchair utk disorong ke labor room.
ingatkan jauh sgt bilik tu.
dalam 20 tapak pon tak smpai dari tempat aku naik wheelchair tu.
hahahaha..

then misi yg lain (yg dok dlm bilik tu) suh salin baju.
diberi baju spital utk dipakai.
aku dah mula panik bila tgk equipment dalam labor room tu.
dalam otak dah penuh soklan..
"aku dah nk beranak ke ni weh..?"
huhu..

berbekalkan ayat semangat yg aku create sendiri sejak 2,3 hari sblm tu, "org lain buleh, apsal aku tak buleh..?", aku cuba menjadi lebih cool...
peh... macam bagus.. hahaha..

masuk labor room kul 3.30 ptg..
baring atas katil tu..
dipasang speaker kt perut macam wat check graf jantung baby tu gak..
tujuan: utk monitor baby dalam perut..

aktiviti 1 (dalam jam 3.45 ptg): misi dan sorg budak praktikal masuk dalam labor room..

misi ckp, "saya nk pecahkan air ketuban awak ni. awak dah kencing ke blom?"
sambil terpandang bilik air depan mata aku, maka bercakaplah dalam hati..
"elok gak pi kencing siap2 ni (walaupon baru je lepas kencing masa dia bg ubat berak td)"
"dah. tp rasa macam nk kencing lg..", aku ckp ke misi.
"ok, saya akan keluarkan air ketuban dan air kencing awak skali.."

ok, dia kuarkan air kencing guna tiub tu..
nyesal aku ckp nk kencing.
pedih weh....
hahahahahaha..
(moral: kencing siap2 sblm masuk labor room. tp kalau sape kena ceaser, mmg tiub tu dipasang terus. hoho..)

bab pecahkan air ketuban itu, tak rasa apa pon.
tiba2 rasa air suam2 keluar dgn banyaknya..
macam banjir jap katil aku tu..
tp diorang dah tadah siap2..

aktiviti 2 (dalam jam 4 ptg): dokter betul dgn beberapa org dokter praktikal yg muda dan kacak bergaya masuk..

dokter betul tu just check perut.
yg lain cuma tgk dokumen2 kt meja..
sebelum diorang keluar, sorg dokter praktikal tu perasan aku tgh tahan sakit sambil pejam mata..
dia dtg kt aku tanya keadaan aku.
aku ckp sgt sakit..
dgn baik hatinya, dia amek alat bantuan oksigen tepi katil aku tu bg kt aku..
"kalau rasa sgt sakit, awak sedut oksigen ni.. skit sebanyak, ia dpt membantu.."
fuh.... lega rasanya..
time sakit mmg aku sedut abis2an..
dah rupa macam org ketagih dadah dah ha..
hahaha..

~bersambung lagi..~

Tuesday, July 20, 2010

kisah suatu kelahiran - Siri 1

Isnin - 5 Julai 2010

bangun pagi macam biasa.. walaupon due dah dekat (7 julai), aku pon nk bersiap la pi kerja. memandangkan ptg tu ada checkup, so kerja pada hari isnin cuma setengah hari. sep la setengah hari lagi sbb leh amek timeslip kt klinik.

nk pi mandi, tgk ada darah. salah satu tanda nk bersalin. panik gak mettar.. dah terbayang aku dah nak kena beranak.. macam mental tak redi pon ada. hohoho..

encek mohd hasben awal lagi dah smpai tempat kerja dia. lepas msg dia bgtau psl tu, dia terus blk rumah. then kami pi klinik kesihatan utk checkup (sepatutnya nk pi ptg, tp pi pagi).

then misi suh terus ke spital sbb dah ada tanda.

dalam kul 2 gitu smpai spital sg buloh. lepas buat pendaftaran (dan juga kena sain borang setuju utk Q memandangkan katil penuh.. huhu..), aku terus masuk utk wat pemeriksaan check graf jantung baby. mmg prosedur gitu. sejam lebih gak la terbaring sambil dengar jantung baby berdegup kt alat graf tu. sesekali aku smpai terlena kt katil tu.. hehe..

masa ni contraction ada rasa sesekali tp tak kerap. kdg2 dalam setengah jam skali, sejam skali.. camna rasa contraction? macam senak perut memulas2 sbb angin. mcm kena rentap2 pon ada.. tp duration dia dalam beberapa saat je.

lepas tu jumpa dokter. check bukaan..
baru 1cm.. sbb 1st time kena check bukaan tu, maka aku terkejut sket..
nak tau rasa dia camna, get pregnant 1st.. hehehe..
hm.. kata dokter lama lagi..
dia suh aku blk dulu.
tunggu sakit kerap sket baru datang smula..
maka, aku, encek mohd hasben dan emak pon pulang smula ke rumah..
dapat la MC 2 hari..

~~to be continue~~

Sunday, July 11, 2010

Presenting..... Our Baby girl..



Alhamdulillah...
syukur kepada Allah...
sang bayi telah selamat dilahirkan pada 6 Julai 2010..
di Hospital Sungai Buloh, jam 5.54 petang..
dengan berat 2.52kg..

sang bayi kini dah ada nama...
Aufa Farhana..
yang setia, gembira..
:)

>> next: pengalaman bersalin..

Thursday, July 1, 2010

39 weeks..!!


sang bayi is already 39 weeks..
kalau ikut perkiraan, seminggu lg nak keluar.
tp mungkin jugak anytime..
dan mungkin jugak overdue..
harap2 jgn la overdue..

hmm.. pejam celik.. pejam celik...
dah nak beranak..
rasa macam baru amek upsr haritu..
dah nak ada anak rupanya..
hahahahaha..

sempena event yg bakal berlaku ini, saya selaku tuan punya blog dan tuan punya badan ingin memohon ampun dan maaf di atas ketelanjuran kata, kutuk mengutuk, dan suma perkara yg korang rasa kurang senang dgn isi kandungan blog ini.

mintak maaf byk2 dan doakan keselamatan saya dan sang bayi..
semoga kita ketemu lagi dalam entry yg akan datang..
.....bersama orang ketiga dalam hidup kami......
InsyaAllah...

\(^_^)/


>> luv u all.. peace!!