Selasa - 6 Julai 2010
jam 4 pagi, tidor telah diganggu dgn contraction yg kuat kt perut.. so try tgk jam berapa kekerapan contraction tu. dalam 20 minit/contraction.
bertahan sampai siang..
subuh tu bgtau encek mohd hasben..
so we all decide nk pi spital pg tu.
dalam kul 9 pg baru gerak ke spital.
smpai spital, aku takmo masuk dalam dewan bersalin lg..
so just tunggu kt kusi2 yg ada kt luar tu.
bersama2 bakal bapa yg tunggu bini diorang bersalin.
sbb apa aku takmo masuk?
sbb dlm tu katil penuh.
kalau lom sampai masa, dia suh dok kt kusi saje.
lagi jem perut aku.
masa yg ada, aku jalan sorg2 dalam spital tu.
jauh gak nk tour dlm tu.
dalam kul 12 lebih kurang, aku ajak encek mohd hasben pi cafe utk lunch.
jalan kaki jgk dgn jarak yg jauh.
sambil jalan, smbil sakit perut.
jgn kata berjalan, sambil mkn nasik pon kena berenti2.
time ni contraction dah makin kerap.
dalam 10-15 min skali.
yang penting, aku sempat bantai segelas ais kosong masa lunch tu..
hehehe..
lepas makan, aku dah takleh tahan.
terus ke kaunter dewan bersalin tu, bgtau org tu aku dah dtg smlm..
harini dtg sbb contraction dah kerap..
pass buku pink tu dan aku terus masuk utk checkup seperti hari sebelumnya.
graf jantung baby ok..
check bukaan.....
4cm.
selain contraction, takdak lak rasa apa2..
tp dokter bgtau, aku dah kena masuk labor room..
ok, time tu dah stat panic ok..
hohohoho..
sebelum masuk labor room, dokter bagi ubat berak (yg picit kt montot tu) dan suh amek baju & pampers baby.
dah siap suma (perut pon dah kosong sbb dah 'buang' suma), misi suh aku naik wheelchair utk disorong ke labor room.
ingatkan jauh sgt bilik tu.
dalam 20 tapak pon tak smpai dari tempat aku naik wheelchair tu.
hahahaha..
then misi yg lain (yg dok dlm bilik tu) suh salin baju.
diberi baju spital utk dipakai.
aku dah mula panik bila tgk equipment dalam labor room tu.
dalam otak dah penuh soklan..
"aku dah nk beranak ke ni weh..?"
huhu..
berbekalkan ayat semangat yg aku create sendiri sejak 2,3 hari sblm tu, "org lain buleh, apsal aku tak buleh..?", aku cuba menjadi lebih cool...
peh... macam bagus.. hahaha..
masuk labor room kul 3.30 ptg..
baring atas katil tu..
dipasang speaker kt perut macam wat check graf jantung baby tu gak..
tujuan: utk monitor baby dalam perut..
aktiviti 1 (dalam jam 3.45 ptg): misi dan sorg budak praktikal masuk dalam labor room..
misi ckp, "saya nk pecahkan air ketuban awak ni. awak dah kencing ke blom?"
sambil terpandang bilik air depan mata aku, maka bercakaplah dalam hati..
"elok gak pi kencing siap2 ni (walaupon baru je lepas kencing masa dia bg ubat berak td)"
"dah. tp rasa macam nk kencing lg..", aku ckp ke misi.
"ok, saya akan keluarkan air ketuban dan air kencing awak skali.."
ok, dia kuarkan air kencing guna tiub tu..
nyesal aku ckp nk kencing.
pedih weh....
hahahahahaha..
(moral: kencing siap2 sblm masuk labor room. tp kalau sape kena ceaser, mmg tiub tu dipasang terus. hoho..)
bab pecahkan air ketuban itu, tak rasa apa pon.
tiba2 rasa air suam2 keluar dgn banyaknya..
macam banjir jap katil aku tu..
tp diorang dah tadah siap2..
aktiviti 2 (dalam jam 4 ptg): dokter betul dgn beberapa org dokter praktikal yg muda dan kacak bergaya masuk..
dokter betul tu just check perut.
yg lain cuma tgk dokumen2 kt meja..
sebelum diorang keluar, sorg dokter praktikal tu perasan aku tgh tahan sakit sambil pejam mata..
dia dtg kt aku tanya keadaan aku.
aku ckp sgt sakit..
dgn baik hatinya, dia amek alat bantuan oksigen tepi katil aku tu bg kt aku..
"kalau rasa sgt sakit, awak sedut oksigen ni.. skit sebanyak, ia dpt membantu.."
fuh.... lega rasanya..
time sakit mmg aku sedut abis2an..
dah rupa macam org ketagih dadah dah ha..
hahaha..
~bersambung lagi..~
Thursday, July 22, 2010
Copyright 2009 ~ F & A ~
0 komen kt sini:
Post a Comment