Daisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, June 30, 2011

keperluan ketika Aufa mula berjalan..

disebabkan Aufa dah mula bertatih dgn gigih, maka dgn ini, ibu dia telah membeli sepasang kasut yg sesuai utk berjalan di tanah.. pi carboot haritu tgk ada org jual croc utk bebudak. murah giles, RM5 sepasang. ambik size plg kecik = size 1. blk umah test kt Aufa.... amek hang, tapak kaki gajah budak ni.. tak muat! hahahaha.. mujur blk umah mak. makanya, sblm blk kl, pi blk kt carboot tukar amek size 2.


mula-mula pakai dia batak sket la. dah la kaler pink (kaler lain takdak ok..). so, kaler tu menyinari mata dia yg buat dia tertarik menarik utk dibuat main. cubaan pertama utk pakai adalah ketika pi tesko. dia bukan jalan pon sbb dok dlm troli. tp dia dok tgk kasut tu kt kaki dia dan cuba utk ambik. hehe.. takpa.. bagi biasa2 dulu..

1 lagi yg aku beli adalah ini.. baru smpai harini..

masa pi umah cik fareh kita baru ni, aku nmpk benda ni dan tanya dia ok ke tak anak dia pakai ni, membantu tak? dia kata, sgt membantu.. jadi, aku beli la kt Mudah sbb dah murah.. jadinya, rupa aku akan jadi camni la nnti.. cuma tak lidi macam dlm gambar sbb skrg dah byk isi yg lebih. huahahaha..


dlm doploh lebih saje.. agak2 aufa dah tak pakai nnti, aku gadai la..

>> seluar Aufa suma singkat (senteng) walaupon ambik size yg setahun. mmg sahih bkn ikut genetik ibu dia.. haha..

Tuesday, June 21, 2011

11.5 months-old Aufa.. langkah sudah bermula..

Aufa Farhana yang dikasihi demam..
jarang sgt dia demam.
sejak lahir smpai umor dia 11 bulan ni, ni kali ke 4 dia demam.
mungkin sebab skrg ni panas sgt kot..
kt leher pon ada ruam.

last weekend p bawak dia ke poliklinik Umra kt sec 13 sana..
timbang time tu, 8.55kg..
eh, ku sangkakan 10kg sbb rasa nak tergeliat tgn time dukung.. hoho..
oleh kerana time tu dia tak demam (tiba-tiba), maka dokter tak bg ubat demam.
check kerongkong dia, ada merah sket. sbb batuk byk..
jadi, 3 ubat dokter bg.. ubat utk clearkan paru2 (dokter tak ckp ubat batuk ok..), ubat titis utk selsema dan krim ruam.

lepas sehari, ruam dah 90% surut..
oh, bagusnya.. alhamdulillah..
batuk tu ada kurang sket tp masih ada lagi..

yg aneh tu, time dia tak sehat ni, dia punya aktif lebih dari biasa..
dan boleh jalan tanpa bantuan dari baby cot ke tv yg lebih dari 5 langkah..
amazing.. :)

dia ni kalau disuruh jalan misalnya, "Aufa, meh sini..", makanya, dari tgh berdiri tu, dia akan merangkak menuju ke kita..
kalau dibiarkan, dia akan jalan sendiri ke tempat yg dia nak.
mebi dia tak sedar kot dia tgh berjalan.
huahahahaha..

satu lagi, kalau kita bersentuhan dia dia baru dia nk berjalan..
sebelum ni, penah aku buat ujikaji, bila letakkan jari di ketiak dia dari arah belakang, dia jalan..
bila jari dikluarkan, dia turun ke lantai dan merangkak..
oh bijaknya.. sapa la bapak dia ni.. malas sungguh nk berjalan.
hahaha..

tu la..
ni demam nk boleh sesuatu ni.
nak ringan2kan badan..
gigi atas pon nmpk nk kluar dah tu.

chayok2..

>> seb bek la aufa ni bkn jenis mintak suh dukung..

Monday, June 13, 2011

Aufa @ 11 months-old.. Alkesah di nursery & baby sitter..

dear all.. lama tak menulis kt sini.. ibu aufa bizi lebih dari menteri. menteri tak bizi sgt sbb dia ada assistant. hehe..

semenjak 2menjak ni kalut betul dgn Aufa.. bermula dari dia kena cakar kt nursery tu la.. benda dah jadi, nak buat camna.. yg bleh ibu dia hot temper tu sbb pihak nursery tak bgtau apa yg dah jadi.. then tuduh Aufa buat sendiri dlm katil dia.. kalau kuku pendek, dia nk toreh dgn apa.. haih.. mujur ibu dia tak toreh penjaga nursery tu.. huhuhu.. idup ibu dia jadi porak peranda sat sbb nak kena carik tempat baru utk Aufa..


sian Aufa.. huhu..


laporan secara online kepada JKM dibuat supaya nursery tu ambil langkah berjaga2 lepas ni.. bukan utk membalas dendam, tp untuk memberi peringatan..

lepas kejadian tu, both her parents cuti.. lega.. sang abah dia cuti seminggu.. lega kuasa 2.. sbb ada masa utk cari new baby sitter, sementara tu sang abah bleh jaga dia kt rumah tp time lunch ibu dia kena blk jenguk jugak.. hehe..

smlm call kakak yg kata nk jaga dia haritu dlm kul 6 sbb nak p umah dia hantar walker. rupanya dia dah jaga anak org lain. oleh kerana kami cuti seminggu dan tak bg confirmation kt dia kata nak hantar aufa, dia dah janji dgn org lain plak. gelabah biawak sat. huhuhu..

lantas ibu dia p berlegar2 di blok umah tu kul 6.30 ptg, tanya kot2 ada org kt blok tu jaga anak org. jumpa org pertama kt blok, tp dia suh tanya nursery bwh tu.. org kedua adalah org nursery.. dia nak budak yg dah bleh berjalan.. pulak.. dia suh tanya org ketiga kt tingkat 5.. naik lif p tingkat 5.. org ke3 dah jaga ramai.. dia suh tanya org ke4.. dia bawak ke blok lain jmpa org ke 4.. umah kotor yg amat.. x penah la aku tgk umah camtu punya dahsyat.. bau semacam.. masuk je dlm rumah, mmg dah ckp awal2 dlm hati, "aufa tak bleh dok sini..". tgh dok sembang, nmpk bawah sofa dia ada pampers.. OMG.. tah dah pakai ke blom x tau la.. huhuhu..

lepas kluar dari umah tu, org ke3 ajak p rumah lg 1 sbb dia kata umah org tu dahsyat sgt.. haih.. tau pon. yg bawak aku p situ buat apa.. huhu.. dan ketika azan maghrib hampir berkumandang, finally jumpa org yg nmpknya berkenan di hati.. seorang makcik yg dah berpengalaman jaga budak since 2002.. lebih dari 20 org dah dia jaga.. yg dari baby smpai darjah 1 pon ada. masa tanya smlm, dia kata dia dah takdak sapa2 nak jaga sbb org yg last tu pindah rumah. yg sebelum2 ni pon berenti sbb pindah rumah. cuma baru ni ada org nak suh jaga anak.. tp baby kecik lg.. 2,3 bulan camtu.. sama-sama masuk dgn Aufa harini..

dalam masa sejam mencari umah baby sitter.. gigih mencari secara solo.. tak sangka Allah permudahkan jalan untuk Aufa dan ibu & abah dia ni.. Alhamdulillah..

dan harini, ibu Aufa mampu bernafas lega.. Aufa pulak dah mula duduk kt rumah baby-sitter barunya.. semoga dia baik-baik aja..


Aufa yg bulat @ PD..

>> phew.. (sambil perah peluh dari tuala)