Daisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, August 28, 2019

Update..

Ok, saya dah ada 3 anak..
Anak no. 3 dah berumur 1 tahun 8 bulan dah pon..

So, anggapkan ini update utk tahun 2017, 2018 dan 2019 ye..
Hahahaha..

Tuesday, October 25, 2016

My kids..

Setelah sekian lama..
Gambar baby-baby dalam ni dah bertukar jadi rupa mcm ni..



Ok.. dah update utk tahun 2016..
Hahaha..

Monday, December 16, 2013

My Alif Farhan..

7.11kg @ day 86..

Membesar bagaikan johan.. hehehe..

Saturday, October 5, 2013

My Baby Boy - Alif Farhan [18 Sept 2013]

Presenting...
Alif Farhan bin Mhd Anas..
Dah 17 hari..

Alhamdulillah..
Dah sepasang sudah.. :-)

Thursday, September 5, 2013

Masa dah taim..

Assalamualaikum..

InsyaAllah saya akan bersalin utk anak kedua pada minggu hadapan..
Minta maaf kepada semua reader jika ada terkasar bahasa atau yg terasa dalam apa jua bentuk penceritaan dalam blog ini.. Doakan supaya saya mudah bersalin nanti..

Nantikan gambar si adek Aufa yer... :)

>> kesaratan...

Thursday, July 18, 2013

Presenting..

Setelah sekian lama blog bersawang, dengan sukacitanya saya memperlihatkan adik kepada Mek Aufa merangkap our 2nd baby yang berusia 30 minggu pada masa itu.. Minggu ni dah genap 32 minggu.. InsyaAllah ada 8 minggu lagi.. Due date dalam 10 September 2013..

Doakan yang terbaik utk mak buyung ni dan sang bayi yang bakal lahir ni.. :)


Muka macam siapa agak-agak? Hehehehe..
Jantina? Tunggu lahir dululah baru confirm..
Hehehe...

>> Saya masih berpuasa penuh.. harap-harap dapat bertahan hingga ke akhirnya.. Amin.. :)

Wednesday, February 6, 2013

Adik kepada Aufa..

Alhamdulillah.. sudah masuk minggu ke-9..
Terima kasih Allah...

test dibuat kira-kira 4 minggu lepas..
dan sejak 2-3 minggu lepas, otak tgh weng-weng dan meloya juga..
huhuhuhu..


Sunday, August 26, 2012

Selamat Hari Raya..

Maaf Zahir dan Batin.. :-)

Ikhlas dari Farah & Anas + Aufa Farhana..
Syawal 1433H

>> setelah seminggu.. Kuikui..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, July 12, 2012

Babai puting aufa..

Setelah mendapat sedikit tips dr amoi sblh meja opis kaedah memberhentikan anak puting atau pacifier ni, ibu dia pon cuba.. Camne kaedahnya? Aku gunting puting di seperti gambar.. Siap cr puting lama dia. Sbb yg dia slalu guna tu rege RM25 (kes xmau gigi dia jd jongang).. Buntang mata ibu dia kalau gunting puting mahal. Baik sedekah kt cousins dia. Huhuhu.. pahtu, camne nk isap kalau sekerat gini kan? Janji ada je..

Hari pertama, dia meraung.. Hampir putus asa jgk la smpai hampir2 rasa nk bg blk puting spare dia (dia ada 4 puting termasuk yg kt rumah baby sitter).. Aku pi keja dgn eyebag baik punya esok pg tu.. Cam panda dah. 2nd day dia buat main je.. Isap, pahtu hembus. Siap suka plak.. Tp bila dah mamai, ada la dia tercari2 hujung kain (slalu ikat puting kt kain supaya x ilang).. Lepas2 tu ok dah..

Alhamdulillah. So, far nmpk la perubahan positif tu.. Kini dah nk masuk 2 minggu Aufa tanpa puting..
:-)

Sila la cobe2... Yg penting, parents kena byk sabar dan tahan telinga di mlm2 hari..
Hehehe...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, July 6, 2012

Happy 2nd Birthday Aufa Farhana..

Semoga menjadi anak abah dan ibu yang solehah, terpelihara dan diberkati oleh Allah, fi dunia wal akhiroh.. Amin...

Luv,
Abah dan Ibu

Tuesday, June 26, 2012

Aufa dan puting..

masa Aufa baby2 dulu, dia diberi puting utk tenangkan dia walaupon aku x berapa gemar.. Secara terpaksa.. Walau penggunaan x kerap sehingga sekarang, tp rasa susah plak nk stopkan dia. Dah ketagih la pulak.. Guane gamok?

Opismate aku seorang cina penah ckp, masa anak dia dulu, dia gunting puting tu. So bila anak dia nk isap, puting tu jadi pendek dan tak jadi nk isap. Kesan sampingan adalah amukan selama seminggu ketika tidor.. Lepas tu slowly ok.. Tips bagus gak tu.. Tp pastikan puting yg digunting tu bukan puting yg ada cap.. Nnti beli mahal2, jadi korban pulak..

Skrg kena byk survey nk hentikan dia dari isap puting.. Ala2 kempen berenti merokok la ni..
Hehehe..

Thursday, June 21, 2012

Aufa kini...

Aufa sudah hampir ke 2 tahun..
Sudah makin bijak..
Sudah makin matang..
Sudah pandai bagitahu bila dia berak..
Sudah pandai beza panas & sejuk..
Sudah pandai kira 1 hingga 10 dlm bm & bi..
Sudah pandai sikit2 ABC..
Sudah kenal beberapa huruf hijaiyah (alif ba ta)..
Sudah kenal & hafal nama sepupu2 dia..
Sudah ingat kt rumah tok sblh abah ada kucing yg byk dan kolah yg bes utk mandi..
Sudah pandai nyanyi lagu Twinkle2..
Sudah ada 3 kawan.. Bear, Mimi & Bird (si buntang)..
..dan macam2 lagi.. And keep growing..

Dah tiba masa dia ada adik..
Sebelum dia jadi mengada..
Thihihi...

> ibu doakan semua yg terbaik untuk Aufa.. Amin...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, March 22, 2012

Bahaya straw minuman kultur..

Smlm Aufa minum minuman kultur..

Sambil dok mengecak sepupu dia dari atas sofa..

Dalam sekelip mata, dia tercucuk straw dlm idung dan darah pekat kluar tak henti2 selama 5-10 min..


Panic room mettar...


Kesimpulannya, sila tuang minuman kultur dlm botol susu @ cup sebelum beri anak anda minum..

Sekian...


>> kesian Aufa.. Huhu..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, February 21, 2012

Aufa Farhana - 1 tahun 7 bulan..

Aufa yg tgh mengendeng kt Pak Njang dia.. kalau naik keta ibu dia mmg xdak harapan la nk posing kt situ..

Itulah dia.. Mcm2 dah reti.. Dari menyanyi lagu x paham smpai tadah tgn baca doa, suma buleh dah.. Dah tau apa itu "sakit", "batuk", "jatuh", dan tunjuk ibu jari sambil ckp "bes..".. Tp yg paling champion, MAKAN!!! Demam x demam, mkn ttp mkn.. Roti vanilla gardenia sebiji tu sat saje bleh lenyap ke perut dia. Rupa mcm seminggu x mkn. Hahaha..

Skrg ni tgh ajar dia gosok gigi dgn berus gigi. Sblm ni guna berus silikon kt jari tu.. Dia nk gosok sendiri tp teknik kurang betul.. So kena paksa sket. Harap2 lepas ni ok la.. Ada cuba letak toothpaste tp dia x reti ludah. Kena cuci toothpaste tu pakai jari ibu dia.. So, start slow2.. Pelan2 kayuh..

Berat dia 11 kg dah kot.. Masa cucuk 3 serangkai (18 bln) haritu dah 10 kg. Mmg dah x berdukung dah skrg. Bleh krem tgn.. Hohoho..

Wednesday, December 7, 2011

Sepatah dua kata..

kisah 1.

ibu: A for Apple.. B for Ball.. C for Cake..
Aufa: nyum.. nyum..
ibu: (ingat makan je budak ni..)

kisah 2.

ibu: panggil abah..
Aufa: abah.. bah..
ibu: panggil ibu..
Aufa: (diam)
maka sang ibu masuk bilik air nk mandi..
Aufa: (meraung sbb tgk ibu dia ilang)
Aufa: ibuuu...
Ibu (dlm bilik air): ha.. boleh rupanya..

kisah 3.

ibu: (bersiap2 nk pi kerja)
Aufa: shoes? (smbil ambik kasut dia)
Abah: kaki jalan budak ni.. mcm ibu dia jgk.
ibu: what..?

>> Aufa tgh rajin baca buku.. tp dia selak dgn laju.. T___T

Wednesday, October 5, 2011

kaunter utk amek susu..

akhirnya masalah Aufa yang 'rajen mengemas' dapor berjaya ditangani..


oleh kerana opening dapor aku luas, jadinya sgt susah nak cari safety gate yang bersesuaian.. akhirnya, bermodalkan kayu pelapik katil yang org buang tepi jalan dan 8 batang paku, kami telah jimat RM150 utk pagar besi tu..

kalau dia nk minum susu, dia ambik kt atas meja tu sbb pembuat susu biasanya akan berada di sebelah dapor sana..

settle....!!

>> lega...

Wednesday, September 21, 2011

Aufa.. Aufa.. Aufa..

dah lama tak cerita pasal pompuan pipi mulat tu..
harini umur dia dah 1 tahun 2 bulan 2 minggu..

antara perkara yang dia boleh buat skrg adalah:

1. kira 1,2,3 sebelum buat apa-apa.. misalnya nak baling bola. walaupon tak berapa jelas sgt keseluruhan sebutan, tp kira org paham gak la dia sebut sbb dgr "tu..wa..ga!!!".. ok la tu.. asalnya ibu dia rajen dok sebut masa nak dukung dia dari bilik air selepas mandi. mebi dari situ dia belajar.

2. nak mintak makanan. dia nmpk apa-apa mknn dan sebut "mamam". maksud dia, nak makan dan mintak kita ambil utk dia contohnya kalau roti gardenia dlm plastik yg diikat, biskut dlm tupperware atau spegeti dlm mangkuk.

3. dah tau kegunaan kunci. semua kunci yg dia jumpa akan dijolok kt lubang kunci kt pintu. x kesah kunci pintu atau kunci kereta.

4. dah tau nak kluar jalan, kena pakai kasut. masa bukak pintu dia dah ke kasut dia dan letak kt lantai. kaki dok nak pakai kasut, tapi masih belum reti sbb susah nak masuk.

5. dah kenal ayam, burung dan kucing. ayam dan burung dia sebut "kok-kok" (yg ni ibu dia pon x tau sapa yang ajar. tiba2 dia sebut masa kt kg haritu).. kucing dia sebut "nyiauuu.." disusuli dgn bunyi cara org panggil kucing nak bg mkn. ha.. yg ni lg x tau camna dia bleh tiru bunyi tu.

6. pandai babai orang dan salam cium tgn dgn pakej bunyi muahhh skali. ada gaya bodek ni.. hahaha..

7. sudah pandai bergaul dan ramah juga. walaupon org (kanak-kanak sebaya dia) tu baru dikenali, tp dia dah boleh sembang dgn bahasa dia sambil tunjuk2 kt muka. kdg2 kena jaga2 jgk sbb dia punya excited bercakap smpai nk tercucuk mata kawan tu. haha..

8. dah reti nk mengamuk juga.. melentik2kan badan smpai ibu dia join lentik skali.. tu yang ibu dia ramping skrg.. (ayat tipu)

9. dah tau nak panggil "abah" walaupon kadang2 tertengok abah dlm gambar saje.. macam la abah dia dlm gambar tu bleh sebut "ya"..

10. ini perempuan kaki joget. masa ke Lumut baru ni, mlm2 ada org jual lampu liplap mcm kt i-siti tu.. dia dtg kt org tu dkt2 tp semua brg jual tu dia tak sentuh. saspen jap.. TAPI.. dia tiba2 berjoget sakan depan2 org ramai tu sbb lagu yg org tu bukak rancak sgt. org ramai gelak je. makanya parents dia tutup muka.. hahaha..

gigih pakai baju kurung panas2, dok tgh2 bendang plak tu.. tp dia langsung tak komplen.. bagus budak ni.. hahaha..
itu saja setakat ni.. ibu dia highlight perkara lain lak kendian.. hehehe..

>> tgh gigih ajar alif ba ta, kasik tgk video iqra' yang budak2 goyang2 kepala tu saje..

Thursday, August 11, 2011

Aufa dan perangai yang aneh..

ini budak pompuan mempunyai 1 perangai yg aneh (dari sudut kacamata ibu dia).. dia tak suka kain atau apa saja di kaki dia. contohnya, selimut atau lebih aneh lagi, ropol2 seluar di bahagian buku lali. haha..

kalau dia nyenyak tidor, tiba-tiba kita selimut dia, dgn otometiknya kaki dia terangkat dan tolak kain tu jauh dari kaki dia guna kaki. mata pejam.. hoho.. xbleh main tipu ni.

ingatkan selimut saje, tp smlm berlaku 1 kejadian lain lak. dia pakai sluar yg ada ropol2 kt kaki. tiba2 dok berdiri sambil nangis geram. kaki sebelah dok kais2 kaki sblh lagi. rupanya dia ingat natang apa dok lalu2 kt kaki dia. lepas bukak suar tu, diam terus. hahaha..

kalau pakaikan sluar labuh, skali dia terpijak sikit ujung labuh seluar tu, 2 minit lepas tu mmg tinggal pampers la. sbb dia akan pijak2 smpai meloghoih (bahasa kl: londeh). ikut perangai sapa tah ni. bukan ibu dia ni.. huahaha..

itulah dia, Sang Aufa.. dah 10kg agaknya skrg. tak mampu nk dukung dah. kalau dukung, nanti tgn jadi kebas. darah x jalan. haha.. tp kalau biar dia berjalan, perjalanan 3 minit jadi 15 minit sbb byk sgt tempat berenti. cjumpa plastik gula-gula pon nk kutip. jumpa daun sehelai pon nak kutip.. kalau ada pertandingan kutip sampah, mmg menang la dia. hehehe..

mulut dia? kecek banyok.. tu sbb abah dia suka mkn bontot ayam.. hahaha.. oppsssss.. ok, cau sin cee...

>> selamat berpuasa hari ke 11.. Abah Aufa masih di Lumut..

Wednesday, July 20, 2011

Aufa's 1st Birthday Celebration..

tema tahun ini adalah, "biar sederhana, tp meriah.."
cewah.. mcm artis kawen plak. hehe..

hanya berbekalkan jajan yg kurang berfaedah dan sebiji kek yang dikongsi dgn sang Waffi (anak kakak) sbb diorang kongsi same birth date. Aufa setahun, dia 2 tahun..

utk memeriahkan lagi majlis ni, ibu dia beli la topi kertas tu. tp bila dpt kt Aufa, dia makan bucu topi tu. tah kemana perginya. mungkin dah hadam dlm perut. huhu..

majlis kali ni buat kt umah pak ngah kt temerloh sempena majlis pertunangan cik Yang.. so, ramai la yg memeriahkan majlis ulangtahun Aufa ni..

Sebagai bingkisan, lihat lah suasana majlis yang tak seberapa ni.. dan juga rupa birthday girl and boy masa nak potong kek tu..


masih nk kerut dahi.. hehe..

>> smlm bawak Aufa main futsal.. blk rumah, 2-2 terguling. hehe..

Wednesday, July 6, 2011

Happy 1st Birthday Aufa..!!

Allah Selamatkan Kamu..
Allah Selamatkan Kamu..
Allah Selamatkan Aufa Farhana..
Allah Selamatkan Kamu..

Alhamdulillah, Aufa telah pon mencapai umur setahun pada harini.. ibu dia sgt happy dgn Aufa smpai dah lupa camna sakit bersalinkan dia tahun lepas. hehehe..

dalam masa setahun ni, nampak perkembangan yang positif dari segi pemikiran dia, attitude dia.. dan yang penting, tak banyak karenah. sesekali tu ada la jugak mengamuk, tp biasanya ibu dia mmg dapat tidor nyenyak. bangun mlm cuma sekali.. tu pon dia cuma minum air masak.

Sejak lahir Aufa dah dididik minum air masak. tp 2 bulan pertama, dia minum susu dan air zam-zam sahaja. mungkin sebab itu dia lagi suka minum air masak dari minum susu. kalau sebotol air masak bagi kat dia, mmg habis terus lah.. habis sbb main sembur-sembur jugak.. haha..

Mulut banyak smpai jumpa bangla dalam lif pon nak tegur. very the peramah ok.. dah la tegur org pon lidah berbelit mcm anney, pahtu bleh siap tunjuk2 lg.. hahaha..

apapun, semoga Aufa sentiasa sihat dan membesar dengan cergas serta sentiasa mendengar kata.. Ibu dan abah akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Aufa.. We love you.. mmmuuuahhhh...!!!

nah gambar dan video beliau pada pada hari lahirnya..



>> cheers.. :)