Tuesday, June 8, 2010

almost 36 weeks..!!


esok dah nak masuk 36 minggu.
secara logiknya, 36 minggu kalau kita bahagi kepada 4 (sebulan 4 minggu), akan jadi 9 bulan.
secara purata, seorang ibu mengandung akan melahirkan anaknya pada 9 bulan 10 hari tempoh kandungan. itu buku la yg cakap..
jadi, kalau ikut kaedah gitu, lagi 10 hari la aku nak beranak..
10 hari lg bersamaan, 19 june.
ok, aku ada dinner ISM kt hotel istana mlm tu.
jangan carik pasal. hoho..

sebenarnya aku sendiri tak paham awat perkiraan kitaran seorang ibu mengandung menjadi 40 minggu.
itu maksimumnya.
ramai jugak yg tak cecah minggu ke 40 tu.
tp masih dalam tempoh matang.
mebi dia allow utk beberapa hari yg tak cukup sebulan tu.
meh kita kira..

4 minggu x 7 hari = 28 hari.
sedangkan sebulan secara purata adalah 30 hari.
so, 2 hari yg tak cukup tu x 9 bulan = 18 hari.
18 bahagi 7 (seminggu 7 hari) = 2.6 minggu.

hm... kesimpulannya di sini, 36 minggu tadi (9 bulan) + 2.6 minggu = 38.6 minggu.
so, sepatutnya ibu mengandung dah bersalin dalam minggu ke 38-39 tu..

nah.. susah betul wat kira2 dalam bentuk ayat ni..
ikut suka korang la nk paham ka tak.
hehehe..

so, aku berkemungkinan akan bersalin 2 minggu lagi la ni?
tp kalau ikut due dokter bagi (07/07/2010), lebih kurang sebulan lg..
hm....
standby saje..

beg, GL suma dah letak dalam kereta.
mana tau aku macam nk terberanak masa tgh drive blk keja ke..
kan byk spital sepanjang KL ke shah alam tu..
jd, rembat la mana yg sempat.
harap2 tak terberenti la kt spital mahal.
ada gak yg kena potong gaji nanti..
hahaha..

>> dah decide: spital sungai buloh.. dan bakal berpantang kt shah alam..

0 komen kt sini: