Daisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Tuesday, July 20, 2010

kisah suatu kelahiran - Siri 1

Isnin - 5 Julai 2010

bangun pagi macam biasa.. walaupon due dah dekat (7 julai), aku pon nk bersiap la pi kerja. memandangkan ptg tu ada checkup, so kerja pada hari isnin cuma setengah hari. sep la setengah hari lagi sbb leh amek timeslip kt klinik.

nk pi mandi, tgk ada darah. salah satu tanda nk bersalin. panik gak mettar.. dah terbayang aku dah nak kena beranak.. macam mental tak redi pon ada. hohoho..

encek mohd hasben awal lagi dah smpai tempat kerja dia. lepas msg dia bgtau psl tu, dia terus blk rumah. then kami pi klinik kesihatan utk checkup (sepatutnya nk pi ptg, tp pi pagi).

then misi suh terus ke spital sbb dah ada tanda.

dalam kul 2 gitu smpai spital sg buloh. lepas buat pendaftaran (dan juga kena sain borang setuju utk Q memandangkan katil penuh.. huhu..), aku terus masuk utk wat pemeriksaan check graf jantung baby. mmg prosedur gitu. sejam lebih gak la terbaring sambil dengar jantung baby berdegup kt alat graf tu. sesekali aku smpai terlena kt katil tu.. hehe..

masa ni contraction ada rasa sesekali tp tak kerap. kdg2 dalam setengah jam skali, sejam skali.. camna rasa contraction? macam senak perut memulas2 sbb angin. mcm kena rentap2 pon ada.. tp duration dia dalam beberapa saat je.

lepas tu jumpa dokter. check bukaan..
baru 1cm.. sbb 1st time kena check bukaan tu, maka aku terkejut sket..
nak tau rasa dia camna, get pregnant 1st.. hehehe..
hm.. kata dokter lama lagi..
dia suh aku blk dulu.
tunggu sakit kerap sket baru datang smula..
maka, aku, encek mohd hasben dan emak pon pulang smula ke rumah..
dapat la MC 2 hari..

~~to be continue~~

4 komen kt sini:

Anonymous said...

cepat skit... aku nk tau cerita strusnya..... adeh.... xsabar ni (Iylia Hani)

ciPuding_7 said...

dah buat.. sila amek iktibar. haha..

marlyn said...

hi, salam perkenalan.

i jenguk2 je blog u. pastu best plak baca cerita2 psl u masa prgnt.
i prgnt 4bulan. boleh i tahu x mcm mana doktor check bukaan tu. macam seram je.

Puan tanah said...

marlyn: hi.. thanks for reading.. hehe.. masa nak check bukaan tu, dokter suh baring (thank God sbb dpt dokter pompuan) sambil bukak kaki. dia amek kapas yg telah diletakkan macam gel licin rasanya.. sambil dia ckp nak seluk check bukaan, sambil tu la jari yg dia pegang kapas td gerak menyeluk di tempat berkenaan.. tegamam jap sbb baru nk redi, skali dah kena seluk. hahaha.. terasa jari dia gerak2 sket dlm tu. bila dia keluarkan, dia ckp "baru 1cm".. tah camne dia sukat.. haha..

next day tu contraction lebih kerap. dgn prosedur yg sama cuma dokter pelatih yg buat. pedih gak.. sbb dia macam memutar2kan jari yg dipegang kapas tadi (maybe nk ukur kot) dlm tu.. huhu.. tetiba ckp, dah 4cm dan kena masuk labor room.. itu tergamam triple dari sblm tu. haha..