Daisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Sunday, April 25, 2010

Detail Scan of the Sang Bayi..

mungkin dah ramai tgk kt fesbuk ai gambar2 ni..
tp nak letak jugak kt sini untuk direkodkan kt blog ni pulak..
tarikh buat detail scan ni pada 17 April 2010..

presenting..........
the SANG BAYI in 'her' mother's womb..
tadaaaa...

muka sang bayi..

kaki dan betis yg berotot.. sgt sesuai main futsal.. hehe..

ukuran betis dan kelihatan tapak kaki yg bulat tu..

tgh isap jari.. (dari pandangan bahu belakang)

her?
ahaa.. glad to say, dokter ckp dia maybe adalah seorang pompuan..
tp dokter berkata lagi..
"kalau nmpk itu adalah pompuan, dia juga berkemungkinan menjadi lelaki.. kalau dah nmpk dia lelaki, maka dia takkan berkemungkinan utk kluar sebagai seorang pompuan.."
ha.. macam tu pulak..

nak tau kesahihannya, tunggu la dia kluar bln 7 ni..
InsyaAllah..

>> teori sang abah hampir tepat dah tu.. (cerita sebenar berkenaan teori ni akan diceritakan kemudian.. sekiranya dah sahih la nanti.. hehehe..)

Wednesday, April 14, 2010

sang bayi taip entry sendiri..

halow.. how r u.. (nada idlan raja lawak)
nama saya sang bayi..
pelikkan nama tu?
tu la.. sang abah dan sang ibu blom bg nama kt saya lagi.
terpaksa saya guna nama timangan tu..
tp dengar-dengar ibu saya nak letak ala-ala nama dia.
tamak kan dia tu? hehehe..

hm.. ni fes taim saya hack blog ibu saya.
penat tul carik tutorial camna nak hack blog org.
hehehe..
tu yg smpai tak reti nk taip apa tu.
hampir saya carik huruf 'P' tak jumpa.
ingatkan org buat keybod ni lupa nk letak huruf tu.
rupanya saya yg carik tak jumpa..
ada kt ujung ni rupanya...

sebenarnya harini saya dah genap 7 bulan.
mengikut kiraan kalender dokter, lagi 84 hari lagi saya akan keluar.
amazing meh..?


stat 7 bulan ni saya dah mula berkocak dgn sakannya.
ibu dah buat muka aneh sbb perut dia bergelombang.
time tu saya main papan luncur.
sori la ibu...
lupa diri sat.

bab makan alhamdulillah takdak masalah..
apa ibu makan, itu yg saya makan.
ibu tah brapa kali mkn nasik setiap hari.
muak jugak.
nak demand pon tak bleh sbb takleh nk tgk buku menu.
layan ja la..

ok la..
sebelum apa-apa terjadi, baik saya berenti menaip.
misti lepas ni ibu tukar password dia.
tihihihi..

ok.. kepada aunty angah & aunty noma yg sambut besday 12hb dgn harini, nanti saya blanje aunty² main bowling yer..
saya p wat latihan intensif dulu..
tatatititutu..

love,

sang bayi..
\(^_^)/

Tuesday, April 6, 2010

5th checkup @ 27 weeks..

pejam celik.. pejam celik..
dah nak masuk 7 bulan.
cuak2 ayam.. hehehe..

yesterday, pi checkup kt tempat biasa.
berat ai dah jadi 52.6kg. naik 1.3 dari last visit.
oleh kerana last visit adalah 2 minggu lepas, darah dah amek, so this week takdak wat blood test. cuma wat urine test saje. kata misi, semuanya ok.. sang bayi pon ok. heartbeat dia pon ok.. alhamdulillah.
heeeeeee..

skrg sang ibu amek ubat baru.
khas utk org kurang darah.
budak ismah yg cadangkan.
katanya ubat ni dokter tempat dia checkup dulu yg suggest.
dulu dia checkup kt private.
aku checkup kt gomen saje..
penjimatan.. simpan utk beranak kt private.
hehe..

ubat ni namanya Iberet Folic - 500.
brand Abbott.
nmpk sama macam obimin.
tp obimin dia jual kotak lain plak.
obimin kaler pink. ni kaler merah.
makan sebiji sehari.


tgk 2 minggu lg camna kesannya.
sbb 2 minggu lg kena pi checkup lagi.
blood test.
mencik la wat blood test.
abih darah ai..
dah la nak Q kt klinik tu berjanggut.
huhuhu..

>> sedikit letih.. kurang zat ka apa..

Thursday, March 25, 2010

4th checkup @ 25 weeks..

on the 4th checkup, ini hasilnya..

1. Hb (hemoglobin) sang ibu turun lagi. dari 9.5 ke 8.6.. kali misi suh beli ubat kt farmasi plak. kononnya ubat yg klinik bg tu dah tak lut. oh.. camtu pon ada..

2. berat sang ibu telah menjadi 51kg. seperti tidak percaya dah cecah 50kg.. macam mudah pon ada jgk.. haha..

3. kena suntikan kedua. untuk kancing gigi kot. sakit gak sposen.. huuu..

4. kaki tgn masih belum nmpk bengkak.. cuma kt tgn ada sket urat yg timbul.

itu saje.
masih blom kena minum air gula..
^_^


mari tgk apa kata fakta berkenaan perkembangan sang bayi & sang ibu pada minggu ke-25 ni..

Sang Bayi

Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya mereka. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu.

Sang Ibu

Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan.

itu saja..

attached herewith latest pic of the sang ibu for your evaluation. ahaks..!


>> tiba-tiba rasa cepat plak masa berlalu..

Tuesday, March 9, 2010

1st 3D photo of the Sang Bayi..

presenting...........
rupa Sang Bayi di peringkat awalan (preliminary)..

hm.. sang bayi senyum yer..
bagus2.. jgn muka ketat mcm......... (nama dirahsiakan)
hahaha..

beliau sgt sehat walafiat dan sgt aktif dalam perut sang ibu..
sang ibu pon aktif jugak..
aktif makan..
dah 49.5kg.. hamek..

masa scan smlm, dokter ada try nk tgk jantina.
tp bleh plak dia angkat sblh kaki (sblh angle yg kitorg tgh tgk)..
tgh lenguh lutut agaknya.. hahaha..
takdak can la nak tau jantina...

so, buat masa skrg, kami anggap dia pompuan saje..
(sambil terbayang sale Anakku baju skirt2 kt SACC mall yg aku tahan2 nak beli haritu)
farhana? <-- ok, aku mmg tamak. cdgn nama nk ada iras2 aku jgk.
;p

so, dalam sebulan lebih nanti, dokter akan buat detail scan utk semua2..
mebi scan otak suma kot..
tah. aku pon tak reti sgt.
tp time tu dah bleh sahih la jantinanya nanti.
InsyaAllah..

nah tgk gambar lain lak..

ni barang yg kakak bagi. used tilam dan kain baju utk new born.. tengkiu2..

sang ibu beli kt jayen smlm.. RM 5.99.. heee..

buku cerita + album baby.. klinik bagi..

tammat~~

>> ramai org kata bby lelaki.. sbb? 1. bentuk perut. 2. mak belemoih (comot/xbergaya).. hahaha.. whatever.. lihat saja sapa yg kena.. :D

Thursday, March 4, 2010

beli barang baby - siri I

dear baby,

your cute Mommy-to-be & not-really-Daddy-cool-to-be bought some of your stuff last few weeks..

at first, we just thinking to buy you a few..


then your daddy became excited...


but, your daddy suddenly knew that your mom was more excited than him. look!


And at last, he asked your mom to go back before she buy the whole JJ for you..

Mommy: ok.. ok.. ai insap jap..

>> kakak dah bagi barang baby yg dia dah tak guna.. blk rumah satlg baru nak tgk..

Wednesday, March 3, 2010

Kesan ultrasound kepada bayi..

semalam aku nak scan sang bayi..
tp mak tak bagi memandangkan sebulan lepas aku dah scan..
kata emak, slalu scan tak elok utk kesihatan baby..
adakah???
(macam kena sinar X la plak..)

so, harini try carik sket info pasal ni..

Adakah imbasan ultrasound selamat untuk bayi saya?

Imbasan ultrasound telah digunakan sejak 35 tahun yang lalu (bermula pada akhir 1950an) ke atas wanita hamil. Berbeza dengan X-ray, pengionan tidak berlaku dan kesan toksik terhadap embrio akibat radiasi adalah tidak relevan dalam hal ini.

Penggunaan imbasan ultrasound berintensiti tinggi dikaitkan dengan kesan peronggaan dan pemanasan yang boleh terjadi akibat pengionan yang berpanjangan dalam eksperimen makmal. Bagaimanapun banyak kajian klinikal mengenai penggunaannya untuk diagnosis yang telah diterbitkan dalam jurnal perubatan tidak menunjukkan kesan merbahaya ke atas sel-sel haiwan ujikaji atau manusia. Penemuan dalam satu kajian yang melaporkan bayi yang terdedah kepada imbasan ultrasound mempunyai berat badan lahir yang rendah tidak menunjukkan kebolehberulangan.

Namun persetujuan umum menyatakan imbasan ultrasound baik digunakan apabila perlu..

sumber: web ni
oo.. camtu..

>> purpose nak scan: sang bapa excited nk tau jantina baby.. tp sebenarnya tak kesah pon lelaki or pompuan. cuma dia nak tau teori dia tu btol ke idak.. dia teka baby girl.. tp apsal aku rasa mcm baby boy? rasa2 la plak.. hahaha..
>> today: 22 weeks..