Daisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, January 21, 2010

papan kenyataan bilik..

encek mohd hasben yg buat suma ni..
menggantung, menampal..
smpai ada 1 gambar scan baby dlm kad merah yg dokter wat rujukan tu pon dia pi cabut letak kt situ..
hahaha..
nanti nak pi check up, nk kena amek blk masuk dlm kad tu..


~keterangan gambar:
1. poskad Australia yg beliau pos masa berlayar dulu.. time mula2 nak bercintan la konon.. haha..
2. gambar masa dia kursus tahun lepas..
3. semua gambar scan baby.. dari 6 weeks - 15 weeks..
4. kalender pregnant. utk tanda tarikh checkup & usia kandungan (weeks)..
5. gambar pi Langkawi.. ;p

hmm..
sweet juge..
;p

>> baju kurung yg beli, kain pakai suma dah tak muat.. tandanya?

Tuesday, January 19, 2010

REDD..

REDD = Revised Expected Due Date..

ok.. bukan 10 July 2010 lagi..
skrg dah jadi 7 July 2010 pulak..

harini dah 15 weeks 6 days..
esok dah masuk 15 weeks 7 days = 16 weeks = 4 bulan?


tp.. awat perut tak nmpk macam org pregnant?
tp (lagi).. awat dah tak selesa pakai seluar jin?
nak kena beli skirt ni..
selesa sket.. longgar2 gitew..
trett...tet..tet..

>> feeling better..

Thursday, January 14, 2010

sang bakal ibu dah wat buku merah..

..errr.. atau buku pink namanya..
;p

yeahhhhh..
akhirnya aku berjaya gak wat buku ni setelah lebih 5 jam mata berkelip kt klinik nu.. jem otak aku.. huhuhu..


mujur encek mohd hasben ada menemani.
dia siap ponteng keja lg sbb dah malas nk pi ofis ptg tu.
over. mcm dia yg pi wat checkup.
aku siap pi keja lg pahtu ok..

so far, takdak apa yang sangat membimbangkan.
cuma paras hemoglobin (sel darah merah) rendah.
jadi, aku kena byk makan ayam, daging, ikan, sayur-sayuran, dan jambu batu.
takdak masalah..
i follow~~
:D

1 lg, berat aku rendah sgt. 41.5kg..
patutnya 45kg.
huhu.. hat tu payah nak ligan tuh..
lepas-lepas ni mebi..

skrg tgh pikir nk bersalin kt mana.
tp within shah alam la..
kalau buleh kt tempat yg boleh bersalin normal n bleh operate.
bkn apa.. standby.
aku tgk ramai kengkawan ada yg takleh nk bersalin normal.
so, sebagai langkah berjaga², aku kena standby jgk..
just standby mentally & physically..
bab kos, insyaAllah mampu.
lgpon kampeni kaver some amount kan..
the balance, the father will cover la..
heeee~~

oh ya..
smlm pi scan.
dah nmpk keseluruhan baby.
nmpk posisi dia dok camna..
dah nmpk ruas² kt jari dia.
dokter siap suh kira ada berapa jari dia..

"ok, kira jari baby ya.. 1,2,3,4,5.. alhamdulillah.."
guess what? aku perasan something..
dok tenung ibu jari dia dok kt mana..
haaaa.. dok kt mulut dia..
sang bayi tgh isap jari ke...?
hahahaha.. tomeyyyy...

serious masa tgh scan tu, aku tak rasa aku tgh tgk isi perut aku.. aku kagum sgt & terhibur mcm tgk tv.. cerita national geographic..
hahahaha..

regards,
bakal ibu yg sengal² ubi..

>> sedap weh kerepek ubi.. krukk.. krukk.. (baca: bila mcm ngidam suma jadi sedap)

Wednesday, January 6, 2010

13 weeks..

skrg nak masuk 14 weeks actually..


last week ada pegi scan perut (yg masih flat ni) bersama encek mohd hasben kt klinik an-nur sec 6, shah alam. alhamdulillah, baby sehat. bak kata dokter..
"ok, tgk yer.. itu kepala dia, tu kaki dia. nmpk tak tangan dia yang mengapai-gapai tu? jari-jari pon dah nampak terbukak. jari kaki pon dah nampak.. baby awak mmg alhamdulillah nmpk sempurna sifatnya.."

uih.. kata-kata dokter sgt menyejukkan ati.
hehehe..

otw balik tu ckp kt encek mohd hasben lagi..
"dalam perut.... ada tangan... mengapai-gapai... ada tangan..... dalam perut..."
dia gelak.
mmg gaya aku ckp sounds scary.
hahahaha..

btw, we're so happy..
especially my hubby..
chayok baby.. keep growing..
your mummy is trying her best..
:)

skrg tgh menggila:
1. laksam <-- breakfast and lunch
2. kuetiaw tomyam <-- dinner
3. milo ais @ soya ais

info from this web:

question: what will happen in the 14th week?

answer:
Your child can now move his facial muscles and he’s actively giving his tiny features a good workout by squinting, frowning, grimacing and even sucking his thumb!

Along with your child’s new movements, the top of your uterus may have also moved slightly above your pubic bone, pushing your tummy out a bit. Yes, your pregnancy is starting to show!

heeee...

>> bila nak bules makan nasik ni... dah 2 bulan tak mkn ni..

Wednesday, December 23, 2009

nak buat kad merah..

kadang-kadang org panggil kad pink. alaa.. kad ibu mengandung yg dibuat kt klinik-klinik kerajaan tu.. rupa dia camni..

sumber: blog ni

aku nak buat kad ni memandangkan pregnancy aku dah hampir 3 bulan (cepat2 la trimester 1 ni tamat.. cepat sket selera mkn ni dtg.. hoho..). haritu cubaan membuat kad ini kt kampung adalah tidak berjaya sbb aku menetap & kerja kt shah alam. so, dia suh gak wat kt shah alam. sgt tak bes bila kena Q dkt stgh hari utk wat appointment uk wat kad ni.. pahtu mungkin dlm sebulan baru dia panggil utk wat checkup utk wat buku ni.. aduyai.. nak Q tu yg gue letih tu.. sabar.. sabar..

jadi, permasalahannya adalah begini..

ada org sarankan waktu yg sesuai utk buat kad ni adalah bila kandungan dah 3 bulan. dan ada gak yg kata 3 bulan tu terlalu awal. nanti misi marah. jadi kena pegi buat bila dah masuk 5-6 bulan.. uih.. aku rasa, kalau time tu baru nak buat, bukan misi je yg marah, penjaga nombor kt klinik pon dah tengking aku gamaknya. hehehe..

so, mintak pendapatan anda semua yg lebih pakar berkenaan masalah ini..

bilakah waktu yg sesuai bagi ibu mengandung buat pertama kali perlu pergi ke klinik kerajaan untuk membuat kad tersebut? sila jelaskan dgn carta aliran yang sesuai..

sila jawab yer..
mekasih..
eceh..

>> jd antu spegeti..

Monday, December 14, 2009

tabiat luar biasa..


sindrom mengandung ni, biasalah, ada saja perkara luar biasa yg ibu-ibu diluar sana buat tanpa disangka-sangka.. dari perkara sebesar-besar smpai la yg paling kecik.. mai nak cerita apa yg dah jadi kt aku semenjak 2 menjak ni..

1. nasik tgk sebelah mata saje..

- nak kata tak lalu, ntah lah.. tak try pon. mcm takdak kemahuan langsung nk mkn nasik. dah sebulan gak la aku tak mkn nasik.. mujur bleh idup. hahaha..

2. suka tidor awal dan bgn tgh malam..

- lepas maghrib dah tidor. kadang-kadang tidor dgn baju kerja lg tuh.. nmpk mcm teruk sgt la letihnya. ni baru 2 bulan stgh. kalau 7,8 bulan x tau la camna..
- lepas tu, plg awal aku akan terjaga kul 12, plg lewat kul 2.. mata sangat segar bugar smpai dah takleh tidor. time tu la aku makan kt dapor.. pahtu smbung tgk tv 2,3 jam.. hoho..

3. perasaan nak mkn dah agak menjadi-jadi..

- bila rasa teringin nak makan, rasa nak time tu jgk. tp mesti la susah nak dpt kan.. contohnya teringin nak mkn bihun sup pakndak aku, tp dia bkn meniaga tiap2 hari.
- takleh tgk iklan kt tv.. suma pon rasa nak beli dan makan..
- takleh jalan-jalan kt food court sbb tgk org mkn macam sedap.. pahtu rasa nak beli walaupon aku tak mkn pon mknn tu..
- takleh dgr org cerita mkn yg sedap-sedap. nanti rasa nak jugak.. baru ni encek mohd hasben sms kul 12 tgh mlm kata dia tgh mkn mee goreng. haa.. terus aku rasa nak.. sapa suh cerita.

4. tak selesa dgn rasa air liur sendiri..

- maka, sekarang aku dah jadi peludah yg berjaya. hahaha.. tp aku behave la. takdak la mcm anney cret sireh tu..
- selagi tak tidor, selagi tu kena ulang alik pi toilet sbb nak meludah. bila dah tak larat, kena ada plastik kt tepi katil utk mengetuih.. teruk btol perangai gini.. aduyai..

5. malas mandi..

- ni masalah aku yg paling serius.. tp bila smpai masa rajen, sambil pi mandi, siap cuci bilik air lg.. tp yg rajen tu, sesekali la.. hehehe..

ni saja la kot buat masa ni. lepas ni taktau la plak apa yg nak jadi.. harap-harap, semoga ibu mengandung ini dapat tidor mengikut jadual org normal dan rajen mandi.. hehe..

sekian laporan saya..

>> 10 weeks = 2 bln stgh already.. tp perut masih flat..

Tuesday, December 1, 2009

8 weeks..


gambar scan smlm.. tak clear sgt sbb snap dgn kamera cap ayam hp saje..

smlm MMS ke bapanya yg sedang bernafas di laut Pangkor sana..

>> mak menakan aku ckp, if kantung tu bentuk bujur (spt gambar kecik yg bawah tu), kemungkinannya baby adalah lelaki.. kalau bulat, perempuan.. adakah?