Daisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, July 6, 2011

Happy 1st Birthday Aufa..!!

Allah Selamatkan Kamu..
Allah Selamatkan Kamu..
Allah Selamatkan Aufa Farhana..
Allah Selamatkan Kamu..

Alhamdulillah, Aufa telah pon mencapai umur setahun pada harini.. ibu dia sgt happy dgn Aufa smpai dah lupa camna sakit bersalinkan dia tahun lepas. hehehe..

dalam masa setahun ni, nampak perkembangan yang positif dari segi pemikiran dia, attitude dia.. dan yang penting, tak banyak karenah. sesekali tu ada la jugak mengamuk, tp biasanya ibu dia mmg dapat tidor nyenyak. bangun mlm cuma sekali.. tu pon dia cuma minum air masak.

Sejak lahir Aufa dah dididik minum air masak. tp 2 bulan pertama, dia minum susu dan air zam-zam sahaja. mungkin sebab itu dia lagi suka minum air masak dari minum susu. kalau sebotol air masak bagi kat dia, mmg habis terus lah.. habis sbb main sembur-sembur jugak.. haha..

Mulut banyak smpai jumpa bangla dalam lif pon nak tegur. very the peramah ok.. dah la tegur org pon lidah berbelit mcm anney, pahtu bleh siap tunjuk2 lg.. hahaha..

apapun, semoga Aufa sentiasa sihat dan membesar dengan cergas serta sentiasa mendengar kata.. Ibu dan abah akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Aufa.. We love you.. mmmuuuahhhh...!!!

nah gambar dan video beliau pada pada hari lahirnya..



>> cheers.. :)

Thursday, June 30, 2011

keperluan ketika Aufa mula berjalan..

disebabkan Aufa dah mula bertatih dgn gigih, maka dgn ini, ibu dia telah membeli sepasang kasut yg sesuai utk berjalan di tanah.. pi carboot haritu tgk ada org jual croc utk bebudak. murah giles, RM5 sepasang. ambik size plg kecik = size 1. blk umah test kt Aufa.... amek hang, tapak kaki gajah budak ni.. tak muat! hahahaha.. mujur blk umah mak. makanya, sblm blk kl, pi blk kt carboot tukar amek size 2.


mula-mula pakai dia batak sket la. dah la kaler pink (kaler lain takdak ok..). so, kaler tu menyinari mata dia yg buat dia tertarik menarik utk dibuat main. cubaan pertama utk pakai adalah ketika pi tesko. dia bukan jalan pon sbb dok dlm troli. tp dia dok tgk kasut tu kt kaki dia dan cuba utk ambik. hehe.. takpa.. bagi biasa2 dulu..

1 lagi yg aku beli adalah ini.. baru smpai harini..

masa pi umah cik fareh kita baru ni, aku nmpk benda ni dan tanya dia ok ke tak anak dia pakai ni, membantu tak? dia kata, sgt membantu.. jadi, aku beli la kt Mudah sbb dah murah.. jadinya, rupa aku akan jadi camni la nnti.. cuma tak lidi macam dlm gambar sbb skrg dah byk isi yg lebih. huahahaha..


dlm doploh lebih saje.. agak2 aufa dah tak pakai nnti, aku gadai la..

>> seluar Aufa suma singkat (senteng) walaupon ambik size yg setahun. mmg sahih bkn ikut genetik ibu dia.. haha..

Tuesday, June 21, 2011

11.5 months-old Aufa.. langkah sudah bermula..

Aufa Farhana yang dikasihi demam..
jarang sgt dia demam.
sejak lahir smpai umor dia 11 bulan ni, ni kali ke 4 dia demam.
mungkin sebab skrg ni panas sgt kot..
kt leher pon ada ruam.

last weekend p bawak dia ke poliklinik Umra kt sec 13 sana..
timbang time tu, 8.55kg..
eh, ku sangkakan 10kg sbb rasa nak tergeliat tgn time dukung.. hoho..
oleh kerana time tu dia tak demam (tiba-tiba), maka dokter tak bg ubat demam.
check kerongkong dia, ada merah sket. sbb batuk byk..
jadi, 3 ubat dokter bg.. ubat utk clearkan paru2 (dokter tak ckp ubat batuk ok..), ubat titis utk selsema dan krim ruam.

lepas sehari, ruam dah 90% surut..
oh, bagusnya.. alhamdulillah..
batuk tu ada kurang sket tp masih ada lagi..

yg aneh tu, time dia tak sehat ni, dia punya aktif lebih dari biasa..
dan boleh jalan tanpa bantuan dari baby cot ke tv yg lebih dari 5 langkah..
amazing.. :)

dia ni kalau disuruh jalan misalnya, "Aufa, meh sini..", makanya, dari tgh berdiri tu, dia akan merangkak menuju ke kita..
kalau dibiarkan, dia akan jalan sendiri ke tempat yg dia nak.
mebi dia tak sedar kot dia tgh berjalan.
huahahahaha..

satu lagi, kalau kita bersentuhan dia dia baru dia nk berjalan..
sebelum ni, penah aku buat ujikaji, bila letakkan jari di ketiak dia dari arah belakang, dia jalan..
bila jari dikluarkan, dia turun ke lantai dan merangkak..
oh bijaknya.. sapa la bapak dia ni.. malas sungguh nk berjalan.
hahaha..

tu la..
ni demam nk boleh sesuatu ni.
nak ringan2kan badan..
gigi atas pon nmpk nk kluar dah tu.

chayok2..

>> seb bek la aufa ni bkn jenis mintak suh dukung..

Monday, June 13, 2011

Aufa @ 11 months-old.. Alkesah di nursery & baby sitter..

dear all.. lama tak menulis kt sini.. ibu aufa bizi lebih dari menteri. menteri tak bizi sgt sbb dia ada assistant. hehe..

semenjak 2menjak ni kalut betul dgn Aufa.. bermula dari dia kena cakar kt nursery tu la.. benda dah jadi, nak buat camna.. yg bleh ibu dia hot temper tu sbb pihak nursery tak bgtau apa yg dah jadi.. then tuduh Aufa buat sendiri dlm katil dia.. kalau kuku pendek, dia nk toreh dgn apa.. haih.. mujur ibu dia tak toreh penjaga nursery tu.. huhuhu.. idup ibu dia jadi porak peranda sat sbb nak kena carik tempat baru utk Aufa..


sian Aufa.. huhu..


laporan secara online kepada JKM dibuat supaya nursery tu ambil langkah berjaga2 lepas ni.. bukan utk membalas dendam, tp untuk memberi peringatan..

lepas kejadian tu, both her parents cuti.. lega.. sang abah dia cuti seminggu.. lega kuasa 2.. sbb ada masa utk cari new baby sitter, sementara tu sang abah bleh jaga dia kt rumah tp time lunch ibu dia kena blk jenguk jugak.. hehe..

smlm call kakak yg kata nk jaga dia haritu dlm kul 6 sbb nak p umah dia hantar walker. rupanya dia dah jaga anak org lain. oleh kerana kami cuti seminggu dan tak bg confirmation kt dia kata nak hantar aufa, dia dah janji dgn org lain plak. gelabah biawak sat. huhuhu..

lantas ibu dia p berlegar2 di blok umah tu kul 6.30 ptg, tanya kot2 ada org kt blok tu jaga anak org. jumpa org pertama kt blok, tp dia suh tanya nursery bwh tu.. org kedua adalah org nursery.. dia nak budak yg dah bleh berjalan.. pulak.. dia suh tanya org ketiga kt tingkat 5.. naik lif p tingkat 5.. org ke3 dah jaga ramai.. dia suh tanya org ke4.. dia bawak ke blok lain jmpa org ke 4.. umah kotor yg amat.. x penah la aku tgk umah camtu punya dahsyat.. bau semacam.. masuk je dlm rumah, mmg dah ckp awal2 dlm hati, "aufa tak bleh dok sini..". tgh dok sembang, nmpk bawah sofa dia ada pampers.. OMG.. tah dah pakai ke blom x tau la.. huhuhu..

lepas kluar dari umah tu, org ke3 ajak p rumah lg 1 sbb dia kata umah org tu dahsyat sgt.. haih.. tau pon. yg bawak aku p situ buat apa.. huhu.. dan ketika azan maghrib hampir berkumandang, finally jumpa org yg nmpknya berkenan di hati.. seorang makcik yg dah berpengalaman jaga budak since 2002.. lebih dari 20 org dah dia jaga.. yg dari baby smpai darjah 1 pon ada. masa tanya smlm, dia kata dia dah takdak sapa2 nak jaga sbb org yg last tu pindah rumah. yg sebelum2 ni pon berenti sbb pindah rumah. cuma baru ni ada org nak suh jaga anak.. tp baby kecik lg.. 2,3 bulan camtu.. sama-sama masuk dgn Aufa harini..

dalam masa sejam mencari umah baby sitter.. gigih mencari secara solo.. tak sangka Allah permudahkan jalan untuk Aufa dan ibu & abah dia ni.. Alhamdulillah..

dan harini, ibu Aufa mampu bernafas lega.. Aufa pulak dah mula duduk kt rumah baby-sitter barunya.. semoga dia baik-baik aja..


Aufa yg bulat @ PD..

>> phew.. (sambil perah peluh dari tuala)

Monday, May 30, 2011

2nd Anniversary.. :)

Alhamdulillah..
dah 2 tahun rupanya..
masih terlalu awal utk mengatakan kami dah faham hati budi masing2..
masih belum sebati jiwa masing2..
sedangkan pasangan yg dah lebih 20 tahun pon belum mencapai tahap tu, inikan pulak yg baru 2 tahun kan..
hati masing2 sedang ke arah itu..
masih belajar.. :)

tahun ni celebrate dgn org ke-3..
sang Aufa yg mulat..
dah pandai membebel..
dah pandai menjerit dgn pitching yg max..
dah boleh menapak selangkah dua..
dah ada gigi 1 stgh batang..
yg stgh tu baru tgh naik.. hehe..

bermula dgn mkn Pizza kt blkg UiTM dgn godaan perasaan oleh Aufa yg dengan sengaja baling brg2 ke lantai ketika kami tgh mkn..
lepas bagi biskut, dia behave sket..
hehe..

lepas tu, p eksesais kt i-city..
kali ni baru masuk betul2..
sblm ni jenguk dari luar saje..
ok la..
cuci2 mata..

bila encek hasben nak belanja masuk kt snow walk tu, oh.. adalah sgt eksitet..
RM 25 per adult.
maka, ketiga2 kami beratur nk beli tiket.
skali..................
kanak2 bawah 3 tahun tidak dibenarkan masuk.
sob.. sob..
ikutkan hati, nak je bg org lepak2 tepi tu tlg jagakan Aufa..
huahahaha.. ibu yg kejam.

apapon, sgt letih jenjalan semalam sbb parking jauh.
tp sgt hepi..
:)

tengkiu encek hasben..
i lap u veri strong.. :)

>> 3rd Anniversary tetap bertiga kot.. KOT? hehe..

Friday, May 20, 2011

gigi nan sebatang..

Aufa dah ada gigi..

dah 10 bln baru gigi tumbuh.

haritu nmpk mcm 2 nak tumbuh..

skali 1 saje yg naik dgn jayanya..

so far, dia tak merengek teruk sgt time nk tumbuh gigi tu.

ada org bg petua..

beli benda yg utk gigit2 tu (yg dlm tu ada air).

letak dlm Tupperware, boh dlm petiais sat utk bg sejuk.

pahtu bg baby gigit2.

kurang sket la radang gusi tu.

 

Aufa skrg dah mcm mak nenek..

dia punya kecoh, tak kira masa.

mungkin ada betul gak kata org.

kalau lmbt tumbuh gigi, dia byk ckp..

ni la contoh terdekat..

 

perkembangan lain, dia dah bleh berdiri tanpa pegang apa2..

tp takleh nk berdiri sendiri dari duduk melainkan kena paut kt meja @ benda2 lain..

bab nak melangkah tu yg dia masih lemah..

tp kalau dok luar walker & tolak walker, tak takot plak dia..

 

so, ujung bln ni, dah nak masuk ulangtahun ke 2 perkahwinan kami..

aufa plak sebulan stgh lg baru setahun..

doakan semoga kami baik-baik aja..

bab nak tambah org baru, mungkin lmbt sket kot..

2013 insyaAllah..

tp kalau dah rezeki, terima saja..

:)

 

cheers..

 

>> esok ke PD with MXARians.. lap u all.. weeewittt…
 
________________________________

ibu Aufa posted via email.. \(^_^)/

 
 

 

Sunday, May 1, 2011

almost 2 years..

perkahwinan kami dah nak menjangkau 2 tahun ujung bln ni..
pejam.. celik.. pejam.. celik..
sat saje kan..
lagi cepat masa berlalu sbb kalut dgn kerja, rumah tangga, Aufa..

kalau dulu bleh ikut suka nk tidor @ bgn kul brapa, skrg tak lagi..
sbb tanggung jawab dah makin bertambah..
nak make sure at least 80% kerja siap sebelum berehat dan yg paling2 penting adalah mengutamakan keperluan Aufa..
makan.. minum.. mandi.. tidor.. dia..

sebelum kawen dulu, kehidupan aku sememangnya diselubungi sifat pemalas yg melampau..
smpai rasa tak mampu utk menempuh tanggungjawab yang macam ni..
tp bila dah smpai masa tu, kita sendiri yg berubah tanpa disuruh..
tanpa rasa terpaksa..
tanpa rasa tertekan..
sbb kita tahu, tanggungjawab itu sebenanrnya adalah kehidupan kita..
walaupon byk tanggungjawab tp sgt enjoy menikmatinya..

komitmen plak dari pebagai segi..
kerja 5 hari seminggu itu adalah rutin ang mmg tak dapat dielak..
ditambah pulak kalau hari-hari kena blk lewat dari opis..
blk kerja nak masak..
tp seperti biasa, kalau aku masak lepas blk kerja on time, lepas isyak baru dpt mkn..
xtau apa yg buat lmbt sgt..
tp alhamdulillah, encek mohd husband tak penah nk mengeluh..
tak penah nk marah kalau lmbt siap masak..
tak pernah nk kondem kalau masakan tu ala kadar shj..
terima kasih kerana memahami..

mulai dari saat ini, sang isteri @ sang ibu akan cuba sedaya upaya menjadi terbaik dari hari ke hari..
InsyaAllah..
:)

>> Aufa dah hampir boleh berdiri tanpa memegang apa-apa selama beberapa saat.. happy for you.. :)